Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Firasat 2

berikut ini ada perincian tabiat lelaki itu
berdasarkan bintang masing-masing

Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja ,pada badanya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementinkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita,tambahlagi dia merupakan seorang yang panas darah ,maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syawatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan da bernafsu.Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati curiga dan marah-marah

Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang brotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinnya.Lelaki ini pentingkan sekuriti
Dari segi kewangan, begitu juga dalam segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa ini lah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhanya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang mana dan telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilinnya , dan ini membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

Gemini
Ia mempunya muka dan badan yang menarik .adab dan senyuman nya menarik ,menyebabkan orang ramai tertarik kepadannya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatanya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan teratur. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi paangan hidup dia suka weanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi kerana itu di anggap kebudakan dan remeh ,dan keran itu dia bermasalah untuk jatuh cinta krana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan keran itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati.lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubunagn kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikan .Dia mengetetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan Dari rasa berahi.Dia bukan lah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia kahein lambat dan memilih pasangan yang hauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah .padanya ,wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.

Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalaman nya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik , dan mudah menagis , sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuaan terhadapnya ,tetapi tidak patut di lakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . kebahgian rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka perpoya , dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahanya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya , walaubagaimanapun , dia adalah suami yang seria , dan amat sukar untik bercerai.

Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkis nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berposnaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka ,menjadi popular dan di puji .kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasanganya merasa bertuah , tapi pasanganya pelu lah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini berkahwin dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempuranaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.dia juga agak mementingkan hal hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasanya.

Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar.matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil.orang Libra tidak gemar tangan nya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia timbang rasa dan berhati hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segei membeli baju , wangian , atu perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang di cintainya atau sesiapa yang di anggap penting.

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .renungannya yang tajam seolah olah dapat membaca isi hati orang lain .sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perassannya tetapi dapat menyembunyikan keaddan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat memnunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -u–dang , ugama atau politik . Tubuh badanya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau wanita yang menyimpan wanita lain .

Capricorn
Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan keadah .Dia tidak suka menukar –nukar rancangan yang telah di buatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita mengguanakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yangberemosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.

Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakainya agak luar biasa .dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara perkara yang menarik untuk di lakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada seuatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingan kan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .sebagai lelaki , dia di sukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .

Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .dari segi berpakaian ,mungkin di akelihatan kurang kemas .walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedayaupaya mengelakanya Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah di pengaruhi atau di tinggal kan .tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .


 

Mengenal Lelaki dari anggotanya

Kulit
Warna kemerahan tanda pemarah , daya fikir lemah , tidak tetap dalam melakukan pekerjaan .Warna kehijauan kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selelsai .warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuanya .warna kulit yang sangat putih yanda penyakit dan kekurangan darah .selain dari itu melambangkan kelakuannya baik.
(Kalau ada yang menggunakan 'Fair & Lovely' macam mana nak kira ni?
Rambut
Jika rambut kasar dan keras , itu tanda berani dan otaknya sihat . Jika hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna
(tapi sekarang ni dah ada banyak pewarna rambut ... macam mana plak tu?)
Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal .sederhana tanda berpengetahuan . terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurus nafsu kurang akalnya
(kalau yang cacat kepala terbesar atau terkecil?)
Dahi
Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya .sederhana luasnya dan berketus tanda pengasih dan berani .dahi yang kecil tanda kurang akal .dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah
Mata
Mata Yang jarang di kerdipkan tanda bijaksana .mata besar tersembul tanda tamak dan tidak di percayai,dan dia ingin memiliki harta orang lain .Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal .Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda di kasihi oleh manisia lain serta panjang umur.Mata yang kerapa di kerdipkan tanda pemaaf .mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan
Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hindong bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung tanda bijak dan sempurna akalnye serta penyayang.

Bibir

Bibir yang tebal tanda kurang berakal .Bibir yang nipis tanda suka menghasut .Bibir yang merah tanda sihat.<merah keputihan tanda berakal dan mudah faham.Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit .Bibir hujau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram 
Gigi
Panjang dan besar tanda pendusta .sederhana tanda sempurna kelakuanya.Sempurna rapat tanda jujur.
Dagu
Dagu yang luas tanda takbur.Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat .dagu sederhana tanda sempurna kelakuanya .
Suara
Nyaring tanda berani.Perlahan tanda pendusta dan bebal .Tidak tetap tanda bunyi bodoh .Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak.
Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana .mulut yang luas tanda berani mulut yang sederhana tanda sempurna akalnya .
Telinga Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah .Telinga kecil tanda kurang akal .Cuping telinga yang melekat tanda kejam
Bahu Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani .Bahu yang singkat tanda sukakan pekerjaan yang jahat .nelikat bahu yang di tumbuhi bulu roma tanda kuat berjima&rsquo;.
Belakang
Belakang yang lebar tanda keras hati ,takbur dan pemarah ,Bongkak tanda gigih dan bijaksana .Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana .
Leher Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta .Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit .Leher besar tanda suka berolok olok tetapi berani.Urat leher yang timbul tanda pemarah.
Dada
Dada yang sederhana tanda berakal.Dada yang di tumbuhi bulu tanda kurang berakal dan suka melalkukan perkara jahat.
Lidah
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.
Lengan
Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah .berani, berjaya dalam kerjanya tapi takbur dan suka meninggi diri .lengen yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.
Tapak tangan
Berjari panjang tanda berani dan berakal .Tapak tangan yang lembut tanda tanda mudah memahami.tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.
Jari
Jari yang panjang dan lebar tanda kuat .Jari yang pendek tanda bebal Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman
Perut
Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit .Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.
Pinggang
Pinggang yang lembut tanda berani.Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur.
Betis
Betis yang sederhana tanda sihat
Kaki
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal .Kaki yang kecil tanda fasik.kaki yang besar tanda bodoh.
Tumit
Tumit yang besar tanda sihat .Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan .tumit yang kecil tanda kurang sihat.
Langkah
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya.langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.

 
 
Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang di praktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan .Walaubagaimana pun ,ini merupakan falsafah &ndash;falsafah umum .banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan .mengenai personaliti seorang lelaki.

 
 

undur ke Firasatku 1

kembali ke manu galaksi
 


maju ke Firasatku 3