Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
MENU BAHASA MAYA E-mailkan apa jua bahan anda kepada MAYA
                               
"Simple" Bahasa Dua Kerat dengan apa jua cara sekali pun. Berikan sedikit
"Free" Bahasa A Kroni masa untuk dipamerkan bahan anda.
Bahasa Umpan Tata Sila nyatakan dengan jelas laman pilihan anda.
Bahasa Banding Kamus !!! Segala bentuk bahan di laman ini adalah
KALAU LAH ….. untuk berhibur semata-mata. Tidak ada kena
      mengena dengan sesiapa sahaja yang masih
  "FREE"  BAHASA hidup atau pun yang telah mati terima kasih
SETIAP TAFSIRAN BOLEH DILAKUKAN BERULANG KALI.
TANAM LALANG TAK TUMBUH  PADI
> Pekerjaan yang dilakukan petani-petani selepas musim menuai.
> Oleh kerana tiada apa yang hendak dilakukan selepas menuai padi, petani-petani Kampung Sena
beramai-ramai menanam lalang pula.
RUSA DITEMBAK KIJANG YANG KENA
> Perbuatan menembak dengan sebarang senjata letupaan mengikut rasa hati si penembak.
> Bahagian tepi punggung Musa berdarah akibat terkena peluru tabur yang dilepaskan sesuka hati
oleh Pak Taha yang kononnya ingin menembak babi hutan di kebunnya.
INDAH KHABAR DARI RUPA
> Berita sensasi yang diwar-warkan ikut sedap selera pembawa berita sahaja.
> Berduyun-duyun orang ramai mengerumuni super market yagn baru dibuka itu untuk membeli sekilo
gula yang ditawarkan dengan harga 5 sen sekilo. ( Akhirnya semua kena tipu !!! )
AIR TENANG JANGAN SANGKA TIADA BUAYA
> Sikap berwaspada doktor haiwan ketika memeriksa haiwan-haiwan berpenyakit.
> Doktor Hashim sentiasa berwaspada setiap kali memeriksa anjing gila yang dibawa oleh tuan-tuan
mereka ke klinik haiwannya.
BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
> Perihal pekerja-pekerja binaan yang bertungkus lumus menyiapkan sesuatu projek.
> Tiada mata yang sanggup memandang kumpulan pekerja-pekerja binaan itu memikul tiang-tiang
besi untuk dibawa ke atas bukit itu bagi menyiapkan sebuah loji penyimpan air.
BELUM MENETAS SUDAH HILANG
> Kejadian kecurian yang menjadi-jadi dan sukar di kawal khasnya di kampung-kampung.
> Kecurian telur-telur ayam telur di Kampung Sena menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit.
BERSELINDUNG SI SEBALILK TELUNJUK
> Perbuatan cuba menyembunyikan kesalahan kecil.
> Saiful yang dituduh mencuri seluar dalam penghuni asrama perempuan dengan sepetah mungkin
menangkis soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya.
KALAU BUKAN REZEKI, DI DALAM MULUT JATUH KELUAR
> Sikap gelojoh yang keterlaluan ketika makan.
> Amin berjaya menghabiskan lima pinggan mi maggi hanya dalam masa dua minit.
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
> Alat atau senjata yang dibawa oleh seseorang semasa menjalankan tugasnya.
> Sebagai seorang pemandu bas ekspres, Encik Romzi sentiasa membawa segenggam cili padi untuk
dimakannya sekiranya dia terasa mengantuk.
KARAM BERDUA BASAH SEORANG
> Sepasang kekasih yang mengambil bahagian dalam acara sukan air.
> Junid dan Junaidah telah mendapat tempat terakhir dalam acara tarik rakit yang telah diadakan
di kampung mereka sempena Minggu Sukan Air.
MENU UTAMA TOP
      PANDUAN  
Ada air adalah ikan Ke langit tak sampai, ke bumi tak jejak
Ada gula ada semut Ke tengah boleh, ke tepipun boleh
Ada kemenyan sebesar lutut, tak dibakar tak kan tahu Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Ada padi kerja menjadi, ada beras kerja deras Kecil-kecil cili api
Ada tangga nak panjat tiang Kelapa muda tidak berminyak
Ada ubi ada batas Kelip-kelip terbang malam
Ada udang disebalik batu Kemana turunnya air kalau tidak di cucuran atap
Air dicencang takkan putus Kemudi patah perahu tembuk
Air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek
Air ditetak tak kan putus Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi
Air penuh sedulang tak akan berkocak Kukur apa kepada kukur, nyiru juga yang binasa
Air sama air sampah ke tepi jua Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara
Air surut kapar hilir, air pasang kapar tersangkut Labu tak melata ke hulu, kundur tak menjalar ke hilir
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya Lain biduk lain digalang, lain bengkak lain menanah
Akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba Lain dulang lain isinya
Alah bisa tegal biasa Lain mangkuk lain cawannya
Alah membeli menang memakai Lain padang, lain belalang
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusukan Laksana bunga dedap
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng Laksana garam dengan asam
Anjing ditepuk kepala menjungkit ekornya Laksana katak diharung ular
Anjing galak babi berani Lalat memang mencari puru
Antan patah lesung hilang Langit menyungkup kepala
Api padam puntung berserak Langit runtuh bumi cair
Arang habis besi binasa, tukang kerja penat sahaja Lantai dan dinding bertelinga belaka
Ayam baru hendak berkokok Lebih pucuk dari daun
Ayam bertelur di buntut, awak bertelur di dahi Lekuk batu dititik air
Ayam ditambat disambar helang Lemak-lemak santan berlada
Ayam terlepas tangan berbau tahi Lembu punya susu, sapi dapat nama
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Lempar batu sembunyi tangan
Bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya Luka yang hilang, parut nampak jua
Bahu memikul hati menyokong Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih
Baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan Makan hati berulam jantung
Baling batu sembunyi tangan Makan masak mentah
Banyak air ikan tidak mati Makin murah makin menawar
Bapa borek anak rintik Masak di luar, mentah di dalam
Barang digenggam jatuh terlepas Mati gajah kerana gading
Batu yang bergolek tak akan mengumpul lumut Mati harimau kerana belanng
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam Mati ikan kerana umpan
Belalang sudah menjadi helang Mati semut kerana gula
Belanga kurang senduk yang lebih Mati tidak bersumpah, hidup tidak kerana kaul
Belum menetas sudah dibilang Melentur buluh biar dari rebungnya
Bengkok batang bengkoklah bayangnya Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau Melepaskan batuk ditangga
Beraja di mata, bersultan di hati Membasuh arang terconteng di muka
Beranak tidak berbidan Membawa perut ke rumah orang
Berani kerana benar takut kerana salah Membeli kerbau di padang
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Membuat mahu, menerus tidak
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Membujur lalu melilntang patah
Bercerai tidak bertalak, bernikah tidak berkadzi Memetik kecapi tali sumbang
Bercinta akan geliga di mulut naga Menaggguk di air keruh
Beri betis hendak paha Menahan jerat di tempat genting
Berjagung dahulu sementara padi masak Menanam tebu di bibir mulut
Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah Menarik rambut di dalam tepung
Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau Mencurah air ke daun kealdi
Berkaul pada keramat Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Berkayuh sampan bocor Menetak dengan belakang parang
Berkerat rotan berpatah arang Mengaji dari alif, membilang dari sa
Berkokok di luar gelanggang Menimbun di tempat tinggi, menggali di tempat lekuk
Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap Merajuk pada yang kasih, marah pada yagn sayang
Berpaut pada rambut sehelai Mulut disuap pisang, buntut dikait onak
Berselindung di sebalik telunjuk Mulut yang manis mematahkan tulang
Berserah berkebilan, berpesan berturutan, Nafsu tidak bertepi
Bertemu buku dengan ruas Naik basuh kaki sahaja
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi Naik membilang tangga, turun selangkah jejaklah bumi
Bertumpu dahulu baru melompat Nampak kulit tahulah isinya
Besar periuk besarlah keraknya Nangka masak menyelak sarungnya
Besar sandar dari gelegar Nasi basi penolak nafsu
Biar berkafankan kain cinai jangan kain kadut Nasi habis, budi bersua
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas Nasi sudah menjadi bubur
Biar luka di dada jangan luka di belakang Nasi sudah menjadi bubur
Biar mati anak jangan mati adat Nasi tak dingin pinggan tak retak
Biar putih tulang, jangan putih mata Nasib penyapu banyak berjasa turun darjat
Biar rebeh jangan roboh Nyamuk lepas, pijat kena picit
Biar titik, jangan tumpah Nyamuk mati gatal tak lepas
Biduk lalu kiambang bertaut Nyawa di hujung tanduk
Buang yang keruh ambil yang jernih Nyiur setandan gugur tak sama
Buat baik berpada buat jahat jangan sekali Obor-obor airnya hitam
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Ombak kedengaran pasirnya tak kelihatan
Buaya tidak menolak bangkai Orang kenyang dijamu, lauk sedap menjadi tawar
Bumi mana tidak ditimpa hujan Orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor Orang memelihara dirinya di dalam sarang lebah
Bunga disunting perdunya ditendang Orang mencubit kita menampar
Bunga disunting, perdu diberakkan Orang mengantuk disorngakan bantal
Bunga yang harum ada juga durinya Orang pemalas sudah makan
Buruk perahu, buruk pengkalan Orang tua diajar makan pisang
Burung terbang dipipiskan lada Pacat hendak menjadi ular naga
Busut juga ditimbuni anai-anai Padam api berselerak puntung
Cacing hendak menjadi naga Padam nyawa tarik puntung
Cakap sejengkal jadi sedepa Padi rebah terkukur untung
Campak baju nampak kurap Pahit dahulu manis kemudian
Cari umbut kena buku Panas setahun hujan sehari
Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga Pangku tangan cerut perut
Cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit Patah dalam tempat bernaung
Cincin emas tak akan tampan bermata kaca Patah kandar di tengah jalan
Cuba-cuba menanam mumbang Patah tumbuh hilang berganti
Cubit paha kiri paha kanan terasa jua Patah tumbuh hilang berganti
Dada manusia tak dapat diselam Pecah buyung tempayan ada
Dahulu disorok kemudian dotohok Pecah tempayan pekasam, muka terconta arang
Dahulu permata sekarang kaca Pelabur habis pelembang tak alah
Dalam kilat ada kilau Pelanduk dua serupa
Dalam menyelam cetek bertimba Pelanduk terlepas dari jeratnya
Dari jauh angkat telunjuk bula dekat diangkat mata Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi
Daripada cempedak biarlah nangka Pepat di luar, runcing di dalam
Datang seperti semut pergi seperti ribut Pepelah tua luruh, pelepah tua jangan ketawa
Dekat tak tercapai, jauh tak berantara Perempuan melangkah, ular tidak lepas
Di mana anjing menyalak, disitulah biawak memanjat Perut kosong penggilap otak
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Perut tidak bertelinga
Di mana kutu makan kalau tidak di kepala Pipit hendak meminang enggang
Di mana padi masak di situlah tekukur jinak Pipit pekak makan berhujan
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat Pipit pekak makan berhujan
Dianjak layu, dianggur mati Pisau di tangan kanan, mentimun di tagan kiri
Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali Pucuk dengan pelepah
Dihujankan kering, dijemurkan basah Pucuk dicita ulam mendatang
Dijunjung merekah kepala, dipikul runtuh bahu Pucuk layu disirami hujan
Dikunyah patah gigi, ditelah sembelit Pukul anak sindir menantu
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar Pulang paku buah keras
Diluah mati emak, ditelan mati bapa Punggur rebah, belatuk tumpang mati
Direndam tak basah, dibakar tak hangus Putih di luar kuning di dalam
Ditatang di anak lidah Putih tapak kaki
Ditumbuk dikisar barulah lumat Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah
Dua bdan satu nyawa Rambut bapanya sudah berpindah ke kepala sendiri
Duduk meraut ranjau, berdiri mengintai arah Rambut sama hitam, hati lain-lain
Ekor anjing bagaimana diurut pun tidak akan lurus Rambut sudah dua macam warnanya
Emas manakan sama dengan suasa Rasa pedih cuping telinga
Fahaman sempit membawa padah Rebung tak miang, bemban pula yang miang
Fikir dahulu sebelum berkata Rentak sedegam, langkah sepijak
Fikirlah dengan kepala jangan berfikir dengan lutut Rezeki helang tak akan dapat dimakan musang
Gagak dimandikan tujuh hari pun tak akan putih Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari
Gaharu dibakar kemenyan berbau Ringan mulut berat punggung
Gajah berhati, kuman pun berhati juga Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Gajah dialah oleh pelanduk Ringan tulang berat perut
Gajah dipandang seperti kuman Rosak anak kerana menantu
Gajah ditelan ular lidi Rosak badan kerana mulut
Gajah mati meninggalkan tulang Rosak bawang ditimpa jambak
Gajah putih ditambat Rosak tapai kerana ragi
Gajah seekor gembala dua Rumah kata pergi, kubur kata mari
Gajah turun di tengah rumah Rumah mana tidak bersampah
Garam dikulum tidak hancur Rumah siap pahat berbunyi
Genggam bara api biar sampai jadi arang Rumah terbakar tikus habis lari
Gigi dengan lidah lagikan tergigit Rusa di hutan kancah sudah dijerang
Gigi telah gugur, tebupun menjadi Rusa ditembak kijang yang kena
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah Sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat
Gulai terlebih serai maung rasanya Sama lebur, sama binasa
Gunung sama didaki lurah sama dituruni Sambil menyelam sambil minum air
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari Sarang tebuan jangan dijolok
Habis di celah gigi Satu perahu dua nakhoda
Habis kapak berganti beliung Satu sangkar dua ekor burung
Hangat-hangat tahi ayam Sebab berkelahi dengan perigi, akhirnya mati dahaga
Hangus tidak berapi, karam tidak berair Sebab buah kenalnya pokok
Hanya jauhari kenal manikam Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Hanyut dipintasi, lolos diselami, hilang dicari Sebelum duduk sudah melunjur
Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Sebelum sampai ke api, tentu bahangnya dulu terasa
Harapkan hidang sampai kelutut Secubit tidak jadi segenggam
Harapkan pagar, pagar makan padi Sediakan payung sebelum hujan
Harapkan punai terbang tinggi, Sedikit hujan banyak yang becak
Hari pagi dibuang, hari petang dikejar Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Harimau bertempik tak makan orang Segenggam terlebih, segantang kekurangan
Harimau hendak menghilangkan jejaknya Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Harimau menunjukkan belangnya Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
Harimau menyembunyikan kukunya Sekali air bah, sekali pandati berubah
Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah Sekali mengorak, dua tiga hutang selesai
Hempas tulang berisi perut Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya
Hempas tulang tak berbalas jasa Selemau-lemau puntung di dapur, ditiup menyala juga
Hendak bertanduk kepala dipahat Sepanjang-panjang sarung, begitu juga matanya
Hendak ditelan tak masuk, hendak diludah tak keluar Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Hendak kayu berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai Sesat surut, terlangkah kembali
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Setajam-tajam pedang, tajam lagi lidah manusia
Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong Siapa makan lada, dia yang terasa pedasnya
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Siapa makan nangka dia kena getahnya
Hidup pokok biar berbuah, hidup manusia biar berjasa Siapa pun menjadi raja, tangan ke dahi juga
Hidup segan, matitak mahu Sudah berputik balik berbunga
Hilang bahasa lenyaplah bangsa Sudah diludah dijilat balik
Hilang tukul hilanglah pahat Sudah jatuh ditimpa tangga
Hutang emas dibayar emas, hutang budi dibawa mati Sudah terang lagi bersuluh
Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang Sudah terantuk baru tergadah
Ibarat dakwat dengan kertas Tabur benih di tasik tak akan menjadi
Ibarat gasing, berpaku tetap berpusing Tahan jerat sorong kepala
Ibarat perahu tak karam sebelah Tak dapat tanduk telinga dipulas
Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua Tak pandai menari dikatakan tanah tinggi rendah
Ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu jua Takkan harimau makan anaknya
Ikan masih di laut, lada dan garam sudah disengkalan Takkan lari gunung dikejar
Ikan terkilat jala pun tiba Takut jatuh lalu tertiarap
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana pula Takut kerana salah, berani kerana benar
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk Takut titik, lalu tumpah
Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa Tanam lalang tak tumbuh padi
Ilmu didada masih hijau Tanam padi tumbuh lalang
Indah khabar dari rupa Telinga terbakar muka menyala
Itik di air kehausan, ayam di kepuk kelaparan Telinga yang lembut itulah yang kerap dipulas
Itik dimandikan tidakkan basah Telunjuk lurus, kelingking berkait
Itik mendengar guruh di langit Tempayan yang menjadi raga tak akan berair lagi
Itik tak sudu ayam tak patuk Tepuk dada tanya selera
Jadi umangn-umang Tepuk nyamuk menjadi daki
Jalan mati lagikan dicuba, inikan pula jalan biasa Tepuk tangan sebelah tak akan berbunyi
Jangan bermain api, nanti terbakar diri sendiri Terang-terang tanah
Jangan bersandar di batang rengas Terlayang-layang bagai bulu sehelai
Jangan diajar anak harimau makan dagingnya Terlayang-layang bagaikan daun sehelai
Jangan dijolok sarang tebuan Tiada beban batu digalas
Jangan disangka air sentiasa pasang sahaja Tiada beban batu digalas
Jangan ditentang matahari condong Tiada hidup kerana doa, tiada mati kerana disumpah
Jangan menghulur keris ke tangan orang Tiada rotan, akar pun berguna
Jangan sudah terperosok baru hendak membaiki lantai Tidak ada gading yang tak retak
Jari kudung disarungkan cincin Tidak dapat tanduk, telinga dipulas
Jauh bau bunga dekat bau tahi Tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket
Jauh di mata dekat di hati Tidak tahu menganyam, pandan disalahkan
Jauh menyalak dekat mencawat ekor Tidak tentu hujung pangkal
Jauh panggang dari api Tidur tak lena, mandi tak basah
Jejak dapat dihilangkan, helang tak mudah hilang Tinggi duduk dari cangkung
Jejak selut kaki terbenam Tinggi gelupur rendah laga
Jerat tak pernah lupakan pelanduk Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh arah Tuba habis ikan tak dapat
Jika di hulu airnya jernih, di hilirnya jernih juga Udang bukan ular pun bukan
Jikalau hati tidak suka, madu diminum terasa cuka Udang hendak mengata ikan
Jikalau hendak beranak ikutlah kata bidan Udang menggeletek dalam tangguk
Jikalau kasihkan padi buanglah rumput Udang menjunjung tahi
Jikalau menampi jangan tumpah padinya Ukur baju badan sendiri
Jikalau tidak kerana angin masakan pokok bergoyang Ular berlingkar digulung tikar
Jual sutera beli mastuli Ular menelan babi, cacing yang bengkak perut
Kain basah kering di pinggang Ular menyusur akar, tidak hilang bisanya
Kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang Umpan habis ikan tak dapat
Kaki untut dipakaikan gelang Untung ada tuah tiada
Kalah jadi abu menang jadi arang Untung melambung malang menimpa
Kalau bodoh boleh diajar, kalau bebal hilang fikiran Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Kalau bukan rezeki, dalam mulut jatuh keluar Untung sepanjang jalan, malang sekelip mata
Kalau dibuka tempayan budu Usul menunjukkan asal
Kalau diikut hati geram, hilang takut timbul berani Walau sejengkal lautan sekalipun
Kalau pandai meniti buih, selamat badan ke seberang Wang ada senang belanja
Kalau tidak berkulit, bercerailah tulang Wang boleh dicari, budi bahasa tak boleh dijual beli
Kasih bak lama juga Yang baik dipakai, yang buruk dibuang
Kata dikota, janji ditepati Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Kayu buruk tidak bercendawan, lumut juga tumbuhnya Yang sejengkal tak akan menjadi sedepa
Kayu mati berpunggur, manusia mati bernama Yang tegak disokong, yang rebah ditindih
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Anjing yang biasa makan tahi, kalau tak makan dicium juga
Batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya
Bergalah ke hilir ketawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau
Bertangguh tak menjadi, beransur tak bertahan bertaruh di permalam
Biar mati berkalang tanah, daripada hidup berkalang bangkai
Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tak bergelora
Bunga gugur putik pun gugur, tua gugur muda pun gugur
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Dibakar tak hangus, direndam tak basah, dijemur tak lekang, dipancung tak putus
Durian dengan mentimun, menggolek kena digolek pun kena
Empat ganjil lima genap, kedur berbenting-denting, regang berjela-jela
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Habis kuman disembelih hendak memberi gajah makan
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Hendak dipegang takut mati, hendak dilepas takut terbang
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai
Hendak terbang tak bersayap, hendak hinggap tak berkaki
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang
Ikut hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang
Jangan dibawa resmi jagung, makin berisi makin cekang
Jauh berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak rasa
Kail sebentuk umpan seekor, sekali putus sehari berhanyut
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah
Kerbau dipegang padi talinya, manusia dipegang pada janjinya
Kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak
Laksana apung di tengah gelombang, ke tengah tidak ke tepi pun tidak
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi dipijak tak dapat dicapai
Lautan dalam dapat diduga, hati manusia siapa yang tahu
Lautan mana tidak berombak, bumi mana tak ditimpa hujan
Malu bertanya sesat jalan, segan berkayuh perahu hanyut
Mandi diolak-olak, cakap di bawah-bawah, tunduk bukan minta dipijak
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menghela lembu dengan tali, menghela manusia dengan akal
Muda akan tua, hidup akan mati, kalau tidak bilatah lagi
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak boleh ditutup
Niat di hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit
Niat hati nak peluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka
Orang baru kaya jangan dihutangi, orang baru kahwin jangan ditandangi
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Orang berpuru gatal badannya, nescaya menggaru juga kerjanya
Orang tempang jangan dicaci, ingat-ingat hari kemudian
Pantang helang dengan ayam, lambat laun disambarnya juga
Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga
Putus benang boleh disambung, putus arang bercerai lalu
Rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari
Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
Sayang emak sayang sahaja, sayang bapa menambah harta, sayang saudara semasa berada
Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayagn anak tangan-tangankan
Sayang-sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah, dimakan juga
Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit
Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan mengena
Sekali merengkuh dayung dua tiga pulau terlangsung, dua tiga hutang langsai
Selembab-lembab puntung di dapur, ditiup menyala juga
Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya
Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya balik ke belakang kerbau
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Tanah lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera
Tegak sama tinggi, duduk sama rendah, bersukat sama rata
Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu
Terdorong kaki badan binasa, terdorong lidah emas padahnya
Terkilan di hati, terkenang di mata, terasa bak duri di dalam daging
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau
Yang bulat datang menggolek, yang pipih datang melayang, yang jauh menjadi dekat
Yang memberi tangan di atas, yang menerima tangan di bawah
Yang menanti di padang rumput, yang mendatang kurus berkedut
Yang pandai mengata tidak, yang boleh mengaku pandai
MENU UTAMA TOP