Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
  MENU BAHASA MAYA E-mailkan apa jua bahan anda kepada MAYA
                                 
  "Simple" Bahasa Dua Kerat dengan apa jua cara sekali pun. Berikan sedikit
      "Free" Bahasa A Kroni masa untuk dipamerkan bahan anda.
  Bahasa Umpan Tata Sila nyatakan dengan jelas laman pilihan anda.
  Bahasa Banding Kamus !!! Segala bentuk bahan di laman ini adalah
 
  KALAU LAH ….. untuk berhibur semata-mata. Tidak ada kena
      mengena dengan sesiapa sahaja yang masih
KAMUS hidup atau pun yang telah mati terima kasih
SETIAP TAFSIRAN BOLEH DILAKUKAN BERULANG KALI.
MATA
Terdapat pada bahagian hadapan muka. Kadang-kadang ada di sisi muka. Ada yang
mata satu, mata palsu, mata juling, mata duitan dan mata-mata.  Ada orang pandang
orang lain dengan sebelah mata. Kalau mata rabun - dekat atau jauh lebih baik periksa
mata di kedai cermin mata. Dongak ke atas di siang hari boleh matahari. Buah mata
kucing enak dimakan. Ke pasar cari ikan Mata Uji Rashid. Awas dengan mata nanas !
  MATI
  Kejadian yang tidak boleh dielakkan oleh manusia, haiwan atau tumbuhan. Kejadian
  road tax' mati, lesen mati, enjin kereta mati, jam mati, anak cucu mati, mak bapa mati,
  tok nenek mati. Teruk juga manusia kalau angin mati, bini/laki mati atau modal berniaga
  mati. Ada juga yang mati katak, mati akal, mati diri, mati kutu dan mati langkah.
  Sehebat-hebat lelaki tak takut pada mati kecuali ……………
MADU
Sejenis bahan melekit yang terdapat pada bunga. Setelah dikebas oleh haiwan lain
diberi pula nama lain seperti madu lebah, madu tebuan, madu penyengat, madu
kelulut, madu semut, madu beruang dan madu orang. Keajaibannya ialah apabila
dijamah oleh lelaki manis rasanya dan apabila dijamah oleh perempuan pahit rasanya.
Ada orang tua-tua kata madu yang masni boleh bertukar menjadi racun. Betul ka ?
API
Sejenis bahan bakar untuk membakar sesuatu. Kegemaran api ialah MAKAN. Apa
sahaja yang dilintasinya pasti dimakannya cuma dengan cepat atau lambat sahaja.
Biasanya api tak boleh dibuat kawan kecuali sewaktu ia kecil-kecil sahaja. Api juga
boleh dipadankan dengan benda-benda lain seperti mancis api, pemetik api, bunga
api, rumah api batu api dll. Tukang masak pasti meradang kalau tak ada api
.
DUIT
Terdiri dari berbagai-bagai jenis rupa paras, bentuk tubuh dan warna-warni. Yang
paling glamour sekali dalam bentuk kertas atau lebih dikenali sebagai 'note'. Hari ini
ramailah manusia yang menghambakan diri kepada benda ni. Orang pertama yang
mereka cipta benda ni pasti menangis air mata darah melihat ciptaannya telah
disalah gunakan. ADA DUIT SEMUA JADI. TAK ADA DUIT MACAM-MACAM DAH TERJADI!
GLAMOUR
Dikenali ramai kerana kebolehan tertentu seperti di bidang seni, jenayah, politik, sosial
dll. Darjah terkenal yang lebih tinggi dari popular. Selain dari orang haiwan yang
mempunyai kebolehan tertentu seperti boleh bersembang-sembang, menari ala hip hop,
mendeklmasikan sajak, menyelesaikan masalah matematik dll juga boleh glamour
malah kekadang tu lebih glamour dari tuannya.
MENU UTAMA TOP