Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
undefined
undefined

WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, KESIHATAN TIDAK BOLEH DIBELI!

 

PENGALAMAN diserang angin ahmar (stroke) pada 17 September 1999 setelah mengidap darah tinggi sejak 1978 mengajak saya menilai semula persepsi kebahagiaan yang selama ini mengatakan wang adalah segala-galanya. 

 

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng pernah menyatakan, “Serangan angin ahmar kini dikenal pasti sebagai penyakit yang boleh menyebabkan kematian ketiga selepas penyakit jantung dan kemalangan kenderaan bermotor di Malaysia.” (Laporan Utusan Malaysia 2.8.2000). 

 

Kenyataan beliau pada sidang media selepas merasmikan Rumah NASAM (Persatuan Angin Ahmar Malaysia) di Petaling Jaya itu menyebut mengenai purata serangan angin ahmar di negara ini dianggarkan 2 bagi 1,000 orang.  Ini menunjukkan bahawa 46,520 orang diserang angin ahmar setiap tahun. Antara tanda-tandanya ialah: sakit kepala, penglihatan kabur, kebas di beberapa bahagian tubuh dan sukar bertutur.

 

Golongan yang terdedah kepada serangan angin ahmar meliputi pesakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.  Manakala menurut kajian Hospital Kuala Lumpur pada 1995, sebanyak 47 % pesakit angin ahmar terlantar di katil selepas menjalani rawatan dan 22 % lagi terpaksa menggunakan kerusi roda.  Sementara itu, 86 % bekas pesakit angin ahmar menghadapi masalah untuk makan, 36 % masalah pertuturan dan 32 % lagi masalah pundi kencing.

 

Alhamdulillah setelah mengambil makanan seimbang FLP yang terdiri dari ALOE VERA GEL, BEE POLLEN, BEE PROPOLIS dan ARCTIC SEA FISH OIL (Omega 3 & 9) mulai 5 Oktober 1999 yang diperkenalkan oleh Encik Hashim Md. Zain (sebelum ini beliau tidak saya kenali) di samping melakukan senaman, kesihatan saya semakin pulih.  Sebagai tambahan, saya mengambil ABSORBENT C serta diurut oleh Encik Ang Tek Chi iaitu pakar saraf  yang banyak berjasa kepada pesakit kencing manis (diabetes).

 

Walaupun pada awal dahulu saya terpaksa menggunakan kerusi roda dan kemudian menggunakan tongkat ketika menjalani rawatan di Unit Fisioterafi Hospital Alor Setar atau ketika menghadiri temujanji dengan Pegawai Perubatan (Doktor), kini saya sudah boleh berjalan tanpa tongkat.  Lebih menggembirakan ialah saya sudah kembali ke pejabat mulai 7 Mac 2000 setelah hampir 6 bulan terpaksa tinggal di rumah yang rasanya sudah melebihi setahun bercuti!  Hilanglah rasa bosan kerana berada di rumah begitu lama.

 

Dengan serangan tersebut barulah saya sedar bahawa kesihatan juga merupakan salah satu kekayaan dan kebahagiaan kerana MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENYEMBUHKAN.  Wang bukanlah segala-galanya dan kesihatan tidak boleh dibeli!

 

Semangat ‘Jonathan Livingstone Seagull’; watak dalam novel Richard Bach telah benar-benar berada dalam diri saya apabila pada 25 Ogos 2000 yang lalu saya turut hadir pada satu program anjuran FLP Star Club Butterworth (walaupun ia seperti suatu mimpi).  Sejumlah tidak kurang 100 orang peserta memenuhi Dewan Perjumpaan, Forever Living Sales Centre, untuk berkongsi pengalaman bersama beberapa orang pesakit kencing manis yang telah sembuh didatangkan dari Alor Setar.  Sementara bekas pesakit barah payudara di Butterworth, Puan Sally Tan yang kini turut menjadi pengedar FLP berjaya menceritakan pengalamannya selain pengedar dari Ipoh menceritakan salah seorang pelanggannya yang menderita penyakit kulit yang kronik akhirnya sembuh sepenuhnya setelah mengamalkan makanan seimbang FLP.

Menyedari perkara tersebut, ingin saya sampaikan petikan pendapat Pakar Motivasi Rogers E. bahawa terdapat 5 golongan manusia di dunia sejak zaman dahulu hingga sekarang supaya anda dapat memikirkannya dengan fikiran waras dan bersifat terbuka:

 

1.      Pencipta/pembaharu (Innovators).

-         Tidak ramai (4 % sahaja).

-         Punya risiko tinggi.

-         Pulangan berlipat kali ganda.

-         Bersifat agak ganjil; banyak berfikir tetapi agresif.

 

Di antara individu dalam golongan ini ialah Edison; pencipta wayang gambar dan lampu elektrik, Stevenson (lokomotif), Wright Brothers (pesawat terbang) J.L. Baird (televisyen), Henry Ford (motokar) dll.

 

2.      Penerima Awal (Early  Adaptors).

-         Jumlahnya sekitar 8 hingga 12 %.

-         Berisiko tinggi.

-         Pulangan juga amat tinggi.

-         Sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan cepat bertindak.

 

Siapakah individu golongan ini?

 

3.      Majoriti Awal.

-         Jumlahnya melebihi golongan ke-2.

-         Mempunyai perasaan was-was, kurang yakin, takut-takut.

-         Risiko kurang, pulangan juga kurang.

 

Golongan ini sering ditemui.  Mungkin kita juga adalah di antaranya.

 

4.      Majoriti Akhir.

-         Jumlahnya memang ramai dan sering ditemui.

-         Perasaannya sudah menjadi tepu.

-         Apa yang dibuatnya ialah secara ikut-ikutan; orang lain sudah ramai yang mengaut untung.

-         Tiada risiko.

 

Awas!  Golongan ini agak merbahaya kerana kadang-kadang mereka bersifat penghasut; suka memperkecil-kecilkan apa yang orang lain buat.  Dengan itu mereka ini ibarat serigala dalam sebuah satira Inggeris yang dibuat nyanyian:  “Mengapa serigala, tak dapat anggur masam katanya”.

 

5.      Degil.

-         Wujud di mana-mana termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara maju yang lain.

-         Sukar menerima pembaharuan, lebih senang dengan cara kuno.

-         Sentiasa ada alasan, berdolak-dalik.

-         Bersikap biarlah orang lain nak buat apa pun, aku peduli apa?

 

Sebagai tanda kesyukuran, saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja.

 

Sekian, wassalam.

 

ABDUL HALIM YAACOB (A. Setar).

(Pesakit stroke dan darah tinggi yang semakin pulih).

Telefon:    04-7714422/012-4020063.

E-mel:       as_riz@tm.net.my

1 September 2000.

 

 

TOPIK 1

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 

Mungkin anda kurang senang dengan kehadiran mesej ini.  Abaikan jika ia tidak penting.  Tetapi pengirim sekadar ingin mengingatkan bahawa:

 

Menurut Kementerian Kesihatan, 53% daripada 2.7 juta pesakit darah tinggi di Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas tidak sedar bilakah mereka mula menghidapnya (Utusan Malaysia, 8.9.2001). Ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang, serangan jantung dan angin ahmar (stroke) yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur atau status pekerjaannya.

 

Kebanyakan pesakit kanser hanya menyedarinya pada peringkat akhir dan ia adalah sudah terlambat.  Rawatan radioterafi dan kemoterafi akan membunuh bukan sahaja sel kanser, tetapi kesemua sel dan hanya akan menyebabkan sel kanser kurang aktif untuk beberapa ketika sahaja.

 

Proses hemodialisis akibat kerosakan buah pinggang merupakan kaedah paling mahal.

 

Sendi mempunyai tulang rawan bagi menyerap hentakan dan terdapat minyak di antaranya yang akan berkurangan bila usia meningkat.  Bagi mengatasinya sepatutnya ia dijaga sejak dari mula kerana untuk menggantikannya dengan besi sebagai alternatifnya ia berharga tidak kurang dari RM 50,000 sepasang.

 

Menurut laporan Mingguan Malaysia 30.9.2001, Hepatetis B lebih berbahaya daripada HIV dan cara ia berjangkit juga adalah serupa.

 

Diabetes (kencing manis) juga diberi julukan ‘supermarket’  semua penyakit kerana bukan sahaja darah penghidapnya  manis, bahkan peluh juga demikian dan amat disukai oleh semua bakteria pembawa penyakit serta kehilangan deria rasa.

 

Pengalaman diserang angin ahmar pada 17.9.1999 setelah mengalami tekanan darah tinggi semenjak 1978 menyebabkan saya ingin berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja. Selain itu saya juga pernah menghidap thyroid dan gasterik tidak lama dahulu.

 

Setelah mengambil makanan seimbang Forever Living selain melakukan senaman, Alhamdulillah saya semakin pulih dan berupaya berjalan tanpa menggunakan tongkat.  Sedangkan di peringkat permulaan dahulu saya terpaksa menggunakan kerusi roda atau tongkat serta mesti dipapah untuk berjalan ke bilik air.

 

Anda juga berpeluang mengikuti penerangan lengkap dan demo PERCUMA mengenai:

 

Ø      Aloe Vera yang mengandungi lebih 75 khasiat makanan.

Ø      Aloe Vera yang terbukti berkesan bagi mencegah dan memulihkan KENCING MANIS, JANTUNG, DARAH TINGGI, HEPATETIS B, KULIT, GOUT, KANSER, BUASIR,  ULSER, GANGGUAN HAID DAN MENOPAUS AWAL BAGI  WANITA, SYSTEMIC LUPUS ERITHEMATOSUS (SLE), GINJAL (BUAH PINGGANG),  SEMBELIT,  ASTHMA (LELAH), GASTRIK dan banyak lagi.

Ø      Mengatasi masalah tidak memperoleh zuriat (anak) walaupun sudah lama berkahwin.

Ø      Saksikan air paip dan air minuman tidak lagi menjadi pengalir elektrik (electrolite); tetapi ia boleh berubah bila dicampur dengan Aloe Vera Gel.

Ø      Keupayaan Omega 3 & 9 (Arctic Sea Fish Oil) melarut dan membuang lemak (kolestrol) yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung serta mencairkan darah.

Ø      Omega 3 & 9 (Arctic Fish Sea Oil) berupaya meningkatkan kecerdasan mental terutamanya kanak-kanak.

Ø      Jika anda berhasrat menurunkan berat badan bagi mengatasi obesiti (kegemukan), produk ini adalah sangat bersesuaian dan selamat.

Ø      Vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh tetapi kini sukar diperolehi dalam sumber semula jadi.  Mengapa?

 

Pergunakan 5 kesempatan sebelum datang yang 5; hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, muda sebelum tua dan kaya sebelum miskin.

(H.R. Hakim dan Baihaki).

 

Dapatkan juga maklumat di www.foreverliving.com

 

ANTARA KHASIAT DAN FUNGSI BARANGAN FOREVER LIVING PRODUCTS ( FLP )  ( KLIK )

 

Juga di talian: 03-92820033/92847546/92861020/92872237 (Ibu Pejabat), 03-33430629 (Kelang), 04-7725425 (A. Setar), 04-6433731 (Penang), 05-5495879 (Ipoh), 05-8056879 (Taiping), 06-2836093 (Melaka), 06-7619468 (Seremban), 07-3345931 (Johor Bahru), 07-4340633 (Batu Pahat), 09-5157311 (Kuantan), 019-9186638 (Mentakab), 09-6225997 (K. Terengganu), 082-424498 (Kuching), 085-422503 (Miri), 084-343650 (Sibu), 088-243842 (K.Kinabalu), 087-425309 (Labuan) dan 04-6212033 (B. Mertajam).

 

Jika anda ingin mendapatkan makanan tersebut, mungkin untuk kegunaan sendiri, saudara-mara atau kenalan yang menghadapi masalah seperti diterangkan itu, tidak perlulah menghubungi saya kerana anda boleh mendapatkanya di mana-mana pusat jualan yang berdekatan dengan menggunakan nombor ID saya sebagaimana yang dinyatakan dibawah.  ID tersebut  juga boleh digunakan di mana-mana pusat jualan Forever Living Products di seluruh dunia.

 

 

ABDUL HALIM YAACOB

(ID: 600000222262 NRIC: 530523025273)

 

Tel: 04-7714422 atau 012-4020063

 

Mungkin anda juga bermaksud untuk mencari alternatif lain.  Layari laman web www.harmonisers.net  untuk tujuan tersebut.  Ketahui misteri warna perlindungan, level sama ada spiritual, emosi, mental atau fizikal iaitu elemen diri anda; tanah, air, api dan angin.  Menngapa anda sering mengalami sakit gigi, sendi, belakang, sukar tidur dan sebagainya.

 

14 Februari, 2002.

 

 

TOPIK 2

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera,

 

Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja di samping mengamalkan sains umum serta hukum-hukum fizik yang memang terdapat dalam ajaran Islam.  Terpulanglah kepada penerima maklumat ini sama ada mahu menerimanya atau sebaliknya.

 

Di luar sangkaan serangan angin ahmar (stroke) yang saya alami pada umur 46 tahun pada 17 September 1999 itu menyebabkan saya dimasukkan ke hospital selama 2 malam dan saya rasa mungkin akan mati kerana menurut pihak Hospital Alor Setar (HAS) tiada ubat khusus untuknya selain latihan yang berlandaskan kekuatan semangat, keyakinan yang tinggi serta kesabaran.  Selepas dibenarkan pulang, ada kawan yang menasihatkan agar jangan diurut kerana ada mangsa yang diurut tidak dapat berjalan langsung, sedangkan sebelumnya dia berupaya berjalan walaupun dengan amat perlahan.  Masalah yang dihadapi ialah saraf dan bukannya urat.

 

Alhamdulillah rupanya umur saya masih dipanjangkan supaya maklumat mengenai pengalaman serta pengambilan makanan seimbang Foreever Living Products (FLP) yang diperkenalkan oleh Encik Hashim Md. Zain (sebelumnya saya tidak mengenali beliau) mulai 5 Oktober 1999 dapat disampaikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa.  Sebagai tambahan bagi menyegerakan proses pemulihan, saya telah diurut oleh Encik Ang Tek Chi (pakar saraf) sebanyak 3 kali.  Sesungguhnya pengalaman juga adalah ilmu yang bermanfaat dan sepatutnya disebarkan.  Kita tidak boleh kedekut atau bakhil kerana ilmu bukan milik mutlak kita, tetapi adalah hak semua orang tanpa batas ugama atau fahaman.

 

Sesuatu penyakit yang diturunkan itu tetap ada ubat atau penawarnya.  Apa ugama sekalipun menggalakkan setiap orang berikhtiar di samping banyakkan berdoa kepada Allah supaya segala hajat dimakbulkan.

 

Ingin saya maklumkan kepada sesiapa sahaja bahawa madu lebah mengandungi keajaiban yang luar biasa walaupun ada sesetengah pihak memperkecil-kecilkannya. Menurut Dr. Schwit, dekan di Universiti Wiscousin: "Sesungguhnya madu mengandungi semua zat mineral yang membentuk kerangka tulang, terutama zat besi, tembaga dan mangan.  Zat besi itu sangat penting hubungannya dengan sel-sel darah merah, iaitu sel-sel yang mengandungi oksijen untuk berbagai jaringan tubuh."

 

Menurut kitab suci al Quran pula pada surah An-Nahl ayat 68-69 (bermaksud): Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).  Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran) Allah bagi orang-orang yang memikirkan.

 

Hasil kajian juga menunjukkan terdapat tidak kurang 11 jenis lebah yang menghasilkan madu dan ia telah digunakan sejak 700 tahun sebelum Masehi dan mungkin lebih lama daripada itu.  Penyelidikan berhubung keajaiban madu lebah turut melibatkan pelbagai peringkat saintis dan kalangan sarjana perubatan seluruh dunia.

 

Petikan yang diperturunkan di atas diambil daripada buku 'KHASIAT MADU LEBAH UNTUK RAWATAN DAN PENYEMBUHAN' tulisan H.Ahmad Rais (Kelang Book Centre).

 

Untuk pengetahuan anda, Omega 3 & 9 (Arctic Sea Fish Oil) iaitu minyak ikan di Kutub Utara yang dicampur dengan minyak zaitun berupaya meningkatkan perkembangan otak di samping mencairkan darah dan melarutkan lemak yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

 

Manakala Aloe Vera yang sangat berkhasiat itu selain boleh melembutkan urat saraf juga berupaya menghilangkan sembelit yang boleh menyebabkan toksik (racun) diserap oleh dinding usus pengidapnya.

 

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa Bee Propolis iaitu damar yang digunakan oleh lebah untuk membina sarang pernah disalut kepada bangakai tikus dalam sarang lebah lantas memelihara bangkai tersebut dalam tempoh yang cukup lama tetapi masih berkeadaan baik dan tidak busuk akibat serangan bakteria (kuman).

 

Bee Pollen pula sangat berkhasiat memelihara paru-paru bagi menjauhkan lelah atau serangan kuman ke atasnya.  Sementara Royal Jelly adalah makanan istimewa Ratu Lebah yang dapat melambatkan proses penuaan.

 

Di samping itu, jika pihak hospital membekalkan ubat-ubatan yang berkaitan pengidapan, janganlah berhenti mengambilnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan ikutlah nasihat yang diberikan oleh doktor serta jangan lekas merasa putus asa.

 

Sila rujuk alamat dan nombor telefon pusat-pusat jualan FLP (CENTRES) bagi membolehkan anda memperoleh maklumat lanjut.  Ia bukanlah ubat, tetapi adalah makanan seimbang yang setakat ini amat berjasa kepada kebanyakan orang termasuk saya yang pada peringkat awal tidak boleh berjalan tanpa kerusi roda atau bantuan seseorang.  Tetapi kini Alhamdulillah, saya semakin pulih dan tiada sebab bagi saya menukarkan jenama dan syarikat terbabit.

 

Ada beberapa bukti yang menunjukkan produk tersebut dapat mengatasi masalah-masalah tersebut dengan izin Allah jua.  Antaranya:

 

1.     Pasangan yang telah lama berkahwin dan tidak memperoleh anak, mendapat anak - ada yang memperoleh anak kembar 3 setelah mengambil makanan seimbang FLP.

2.     Wanita yang putus haid awal dan perjalanan haid tidak betul pulih setelah mengambil makanan seimbang FLP. Salah seorang di antara yang mengalaminya ialah isteri saya.

3.     Pengidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE) - kaki dan tangan bengkak serta bertukar warna kepada ungu apabila sejuk, sukar menelan makanan , terdapat protein dalam air kencing serta tekanan darah meningkat - disahkan oleh doktor bahawa tiada sebarang ubat bagi menyembuhkannya.  Pengidap penyakit ini pulih setelah mengambil makanan seimbang FLP. Pengakuan mengenainya terdapat dalam majalah Gayahidup terbitan syarikat bagi bulan September/Oktober 2000.

4.     Aloe Vera berupaya memulihkan penyakit kulit yang kronik. Terdapat anak-kanak yang terbakar keseluruhan badan akhirnya pulih setelah diberikan makanan seimbang FLP.

5.     Encik Hashim Md Zain mengidap Hepatitis B selama 16 tahun dan pulih kembali setelah mengambil makanan seimbang FLP.

6.     Pengidap barah payudara (buah dada), Puan Sally Tan pada mulanya teragak-agak  untuk memakannya sehingga beliau jatuh pengsan pada suatu hari.  Kini beliau mengakui keajaiban produk FLP yang telah memulihkannya dan pada beliau dengan mengambil makanan seimbang  tersebut, dia seperti mendapat 'NYAWA' kembali.

7.     Pesakit tiroid (akibat kekurangan iodin) juga boleh dipulihkan dengan pengambilan FLP.

8.     Masalah berkaitan jantung dan paru-paru serta kencing manis yang telah dipotong jarinya dapat dipulihkan setelah mengambil FLP.

9.     Aloe Vera Gel juga didapati berkesan kepada pesakit buah pinggang jika diambil dengan kapasiti yang banyak.

 

Ada banyak lagi bukti-bukti berkaitan produk dan terpulanglah kepada seseorang yang berfikiran waras mengamalkannya.

 

Ingatlah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Hakim dan Baihaqi (mafhumnya):  Pergunakan 5 kesempatan (nikmat) sebelum datangnya 5 (ujian); waktu hidupmu sebelum datang matimu, waktu sihatmu sebelum datang sakitmu, waktu lapangmu sebelum datang sempitmu dan waktu kayamu sebelum datang miskinmu.

 

Maklumat juga boleh diperolehi menerusi laman web: www.foreverliving.com

 

 

Akhirnya sekali lagi saya ingin menjelaskan bahawa niat saya adalah ikhlas untuk menyampaikan maklumat walaupun barangan FLP diedarkan secara Jualan Langsung Pelbagai Peringkat (MLM).  Ia adalah semata-mata bagi menepati sabda Rasulullah s.a.w.  sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari (mafhumnya):  Siapa yang inginkan rezekinya dibanyak-banyakkan dan umurnya dipanjang-panjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim.

 

Sekian.

 

 

ABDUL HALIM YAACOB.

(ID: 600000222262/NRIC:530523025273)

 

 

TOPIK 3

 

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

 

Walaupun saya masih belum pulih sepenuhnya, tetapi pada masa ini Alhamdulillah saya boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat. 

 

Faktor usia mungkin di antara salah satu penyebab. Namun angin ahmar (strokke) sebenarnya tidak memilih umur atau status pekerjaan. Ada orang yang selalu bersenam (joging) juga diserang meskipun masih muda!

 

Hari ini dengan perkembangan teknologi yang kian pesat, makanan dan udara disekeliling kita TERCEMAR DENGAN TERUK. 

 

Aloe Vera, Omega 3 dan produk lebah yang saya syorkan itu adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya tanpa mengira bangsa atau ugama yang dianutinya.  Ia bukan produk Amerika yang ada di antara orang-orang yang menghubungi saya mengajak supaya ia dipulaukan kerana dengan mengambilnya dengan sendirinya menyokong Amerika yang seratus peratus (100 %) berdiri di belakang Israel! 

 

Malangnya (jika    saya tidak keterlaluan) ada individu yang menghubungi saya itu merokok!  Menyedihkan juga kini kedapatan remaja terutamanya Melayu yang merokok dan menagih najis dadah.

 

Baru-baru ini (dalam bulan Februari 2002) ada sebuah rumah di Alor Setar terbakar dan dilaporkan berpunca daripada api lilin penagih-penagih dadah tersebut (ada juga pelajar) yang menjadikan rumah kosong berkenaan sebagai sarang mereka.

 

Untuk makluman saudara, saya telah berhenti merokok setelah lebih 30 tahun ‘menjadi abdinya’.  Setelah menyedari ia tidak membawa suatu manfaat selain menjejaskan kesihatan kerana  menurut kajian, asapnya mengandungi lebih 4,000 bahan beracun di samping harganya juga semakin meningkat, saya telah mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepadanya.

 

Saya sekadar mahu menunjukkan jalan kepada semua orang kerana akibat diserang angin ahmar pada 17.9.1999 itu kehidupan yang saya lalui amat menyiksakan. 

 

Terpulanglah kepada sesiapa yang berkenaan/menerima maklumat ini sama ada hendak menerima atau sebaliknya.  Keputusan adalah di tangan sendiri.  Tiada sesiapa memaksa.  Juga adalah mustahak kita menghindarkan fikiraan negatif atau pesimis.  Hendaknya kita mempunyai semangat yang tinggi/kuat.

 

Ada di antara kenalan bila melihat saya semakin pulih bertanya: “Ubat apa yang dimakan”.

 

Kepada mereka yang masih sihat saya menyatakan bahawa MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENYEMBUHKAN kerana untuk menyembuhkan meskipun ada harapan seperti yang saya alami, pasti mengambil masa yang panjang.

 

Wassalam.

 

 

ANTARA KHASIAT DAN FUNGSI BARANGAN FOREVER LIVING PRODUCTS ( FLP )  ( KLIK )

 

 

ABDUL HALIM YAACOB.