Bersamalah kita menentang PAS!( 2 )
Assalamualaikum ,
Saudara Pena M.I
Diniah....dan muslimin dan muslimat sekelian
Saya amat bersetuju
dengan saudara , sejak PM kita memerintah negara ini , tak habis-habis tuduhan
dan cerita-cerita ‘dongeng’ kononnya Panglima Islam kita , Dr.Mahathir menghina
Islam , menghina Nabi kita , Muhammad Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasslallam
, menghina ulama dan macam-macam. Saban hari , celik aje mata kita dah dengar
cerita-cerita fitnah ini baik melalui Harakah ( Suratkhabar Iblis - raja segala
fitnah ) mahupun ceramah-ceramah murahan Pas disana-sini.Yang peliknya
kaki-kaki fitnah ini terdiri dari kalangan hamba Allah yang mengangkat diri
mereka sebagai ulama ( kononnya ) dan ada pula ( yang takliq buta ) mengangkat
mereka- mereka tersebut sebagai ulama murshid , Masya-Allah betapa nakalnya
pengikut-pengikut tersebut.
Saya terkadang
tersenyum dengan gelagat para ‘ulama’ hari ini terutamanya dari PAS dan PUM ,
kata nak Islam , nak praktik sunnah Nabi , nak bangunkan Islam , Nak
mertabatkan Islam , Nak ikut Al-Quran dan macam-macam lagi propaganda
‘ala-Abdullah Bin Ubair’, tapi mulut-mulut para ‘ulama’ ini tak habis-habis
dengan makian, carutan dan fitnah....apa Nabi kita yang mulia , Muhammad
Rasullullah sallallahu ‘alaihi wassallam dulu pun macam tu juga ??? Maki Abu
lahab , Maki Abu Jahal , carut sana-sini ........????? Jadi ...ulama macam tu
kaaa ...yang kita nak ikut ? Itu bukan ulama tapi Iblis yang bertopengkan
ulama!
PUM yang kononnya
mendakwa sebuah persatuan yang mewakili semua ulama di Malaysia , tak kurang
juga kenakalannya.....cakap kita bukan boneka PAS , cakap kita bukan penyokong
PAS , kita hanya cuba mempertahankan ulama dari dihina dan ditambah lagi ( agar
semakin sedap didengar ) untuk mempertahankan Islam dari penghinaan dan
kejian.Tapi yang bertambah lucu , bila ada suku sakat PAS yang terang -terang
menghina Allah , yang terang-terang menghina Al-Quran seperti mengatakan Allah
Taa’ala mencarut , bercakap lucah dengan hambanya , boleh bekerjasama dengan
Iblis , boleh maki .......maka PUM buat-buat tak dengar , kalau diajukan soalan
kenapa PUM tak lawan ulama-ulama ini ( yakni PAS ) , jawab mereka
...mudah....itu kenyataan orang politik , kita cuma NGO
...masya-Allah......kalau macam tu orang politik boleh cerca agama laaa , boleh
hina Allah Taa’ala lah????? Tapi bila Dr. Mahathir cakap sikit pasal ulama yang
menyeleweng...terus aje melenting kononnya Panglima Islam Malaysia ini menghina
Islam.
Terus terang saya
katakan bahawa Nik Aziz kaaaa , Hadi awang kaaa.....dua-dua tu tak guna
...cakap tak serupa bikin dan cukup emosional ( amat bertentangan dengan sifat
ulama yang warak/zuhud apatah lagi nak mengikuti sunnah ) .....sepanjang yang
saya perhatikan...baik dari ceramah-ceramah yang dibuat oleh 2 orang manusia tu
dan juga dari interview dengan pihak media , mereka berdua ni kekadang sebab
tersangat emosional ........terkeluar kata-kata kesat...yang terbaru si Nik
Aziz tu panggil Barua pada seorang ulama UMNO. ( Saya cuba menyelidiki
kitab-kitab Hadith Shahih Muslim dan Bukhari , kalau-kalau ada Nabi kita yang
mulia ada menyebut perkataan - perkata kesat semasa tempoh dakwahnya
....errr...tak adapun ! Tak puas hati , saya cuba lagi merujuk kitab-kitab lain
yang ditulis oleh para Imam tersohor samada ada riwayat para sahabat , tabien ,
at-tabien atau ulama zuhud yang mengeluarkan kata-kata makian terutamanya pada
orang Islam...errr...pun tak ada ! Maka itu hairan bertambah .Jadi
logiknya.....kalau kita banyak baca Al-Quran ( bukan baca sahaja tanpa
memahaminya dan menghayatinya ) , begitu juga mendalami ilmu Hadith dan
mengikutinya serta faham akan sejarah Islam , Insya-Allah kita akan tahu antara
Dr.Mahathir , Nik Aziz , Fadhil Noor mahupun Hadi Awang....siapa lebih benar ,
lebih ikut sunnah nabi.Kalau hanya setakat pakai jubah ( heret dan tayang
kesana kemari ) , pakai janggut , pakai serban , buka pondok agama
.....belumlaa lagi boleh ‘gerenti’ yang sifulan tu betul-betul ‘benar’ dan
disukai Allah.Mungkin siFulan tu saja nak mempropagandakan pemakaian dan
kegiatannya sebab dapat mengaburi/menipu masyarakat awam.
Orang PAS ini suka
buat ceramah ...kerana tanpa ceramah....tidak wujudlah PAS , tanpa ceramah
....tidak adalah kepopulariti PAS...sebab itulah dalam pemikiran mereka , Allah
jadikan Khalifah dimuka bumi ini untuk umat manusia sebagai hanya buat ceramah
...hal-hal lain tak penting ....! Sebab itu bila Polis tak bagi permit ,
melenting bagai nak rak ...macam orang kena rasuk , tak sedar diri sampai upah
dan hasut pengikut agar menjadi samseng ( kononnya perbuatan ini diharuskan
dalam Islam dan mungkin boleh jadi mati shahid kalau terbunuh ) ...dibakarnya
trak Polis , dipukulnya Polis , dimaki dan macam-macam perkara keji terhadap
Polis ....dek hanya tak dapat berceramah ( Sebab PAS telah men’fatwa’kan
ceramah itu sebahagian daripada rukun Islam.....sebab itu boleh dakwa mati
shahid ). Dah jadi demikian , cepat-cepat inform media dan cetak dalam Harakah
, kononnya Polis yang jahat , Polis yang zalim walhal orang tau Polis dah guna
macam cara ....nasihat , bincang dan arahan. ( Saya tak kata UMNO tu sekular )
, orang fasiq , orang Munafiq apatah lagi orang Kafir!Bagi PAS , kekerasan
adalah sebahagian daripada tuntuttan Islam , lebih priority daripada kelembutan
dan kesabaran! Apakah semua ini wujud dalam kehendak Islam yang lebih
mengarahkan supaya digunakan kebijaksanaan , kesabaran dalam menghadapi situasi
demikian?
Ceramah....memang
banyak untungnya......orang akan terlopong mulut bila dengar sang pemidato
berjela-jela bercakap arab, silih berganti dari satu Surah ke satu
Surah.....ada atau tidak kaitannya dengan isu yang nak diketengahkan ...tidak
penting , yang utama para penonton terpukau dengan kefasihan berbahasa Arab
oleh mereka-mereka ini. Semakin beruntung bila dapat selitkan antara
surah-surah tersebut dengan cerita-cerita fitnah , makian dan umpatan agar
semakin terlopong mulut para pendengar! Bila dah jadi ‘panas’ ( mungkin kerna
bahang api neraka ) maka para pendengar yang sudah tidak dapat memaksimumkan
lagi kelopongan mulut nya , maka diganti dengan takbir ‘Allahu
Akhbar!’......Inilah ‘pesta’ yang sering dilihat dalam setiap ceramah
PAS!!!!!!!Tak salah dan tak melampau jika saya katakan inilah ‘Pesta Seks ‘
....bukan pesta yang mengambarkan penzinaan sesama manusia ...tetapi pengzinaan
terhadap ayat-ayat Allah Taa’ala ! ( malulah sikit wahai jamaah PAS , Islam itu
bukan untuk orang yang tidak mahu menggunakan akal ).
Saya amat bersetuju
dengan saudara ‘Pena M.I.Diniah’ bahawa atas dasar kejumudan dan ‘kefanatikan’
, kita sering menyalahkan kerajaan bilamana wujud permasalahan atau musibah!
Sebagai contoh masalah ‘kejatuhan moral anak-muda zaman’ ini yang dilihat dan
dijadikan isu hangat oleh PAS kononnya kerajaanlah puncanya! Anak lari dari
rumah ...kerajaan juga dipersalahkan , anak jadi pelacur , GRO ...kerajaan juga
yang dipersalahkan.....anak curi duit RM 10 ...kerajaan juga yang
dipersalahkan...jadi bila masa pula nak salahkan diri sendiri? Walhal Islam
tidak mengajar demikian , menyalahkan orang lain bilamana musibah berlaku atas
diri sendiri! Pokok pangkalnya , kita sendiri.....kalau kita benar-benar ikhlas
dan jujur terhadap agama Allah...maka kita perlu membimbing anak-anak kita
dengan ilmu dan penghayatan yang bersungguh-sungguh , memerhatikan setiap masa
, menerapkan sifat-sifat kekeluargaan Islam sebagaimana diajar oleh Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wassallam.Islam ini bukan agama mudah untuk masuk syurga.
Bukan macam
PAS....pangkah aje dah boleh masuk syurga....itulah yang dicanang oleh
sesetengah para pelajar IPTA , para ustaz & ustazah dikampung-kampung
terpencil seluruh negara terutamanya makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang
mungkin antaranya mangsa kepada ‘agama diakhir usia’ ( Sila lihat penjelasan
saudara Astora dalam isu agama di MM pada 3/32002 )
PAS sering
mencanangkan apa yang dibuat oleh Panglima Islam Malaysia , Dr. Mahathir dalam
memakmurkan negara boleh juga dilakukan oleh orang lain. Bagi orang yang ada
akal.....sejarah adalah evidence yang paling shahih....PM kita yang terdahulu
tidak mampu nak buat macam mana yang dibuat oleh Dr.M , Di Indonesia , Di
Filipina , DiKorea mahupun di Argentina ...walaupun silih berganti
pemerintah...negara tetap menghadapi kemelut dan permasalahan...terus dibayangi
kemiskinan , kejatuhan moral dan peperangan!Janganlah ambil yang jauh , cuba
kita renung sikit kat Terengganu dan Kelantan...apa dah jadi? Syarikat-syarikat
kepunyaan kerajaan negeri semakin tenat dan ada yang ditutup , masalah
kemiskinan semakin meningkat , tidak ada usaha pro-aktif untuk menambahkan
pelaburan semasa.... Apatah lagi ‘Perundangan Islam’ yang dulunya kesana-kemari
dilobi , dicanang nak dihidupkan semakin lenyap dan terus hilang!Bila ditanya
‘Bila lagi nak mengubal perundangan Islam ?’ Jawab mereka tidak
lain....kerajaan BN yang haling.
Sikap berdolak
dalik , sikap talam dua muka adalah sebahagian daripada ciri-ciri atau
pembawaan PAS , depan orang melayu , kata kita nak wujudkan pemerintah an Islam
tapi bila berhadapan dengan golongan kafir lain pula dikata kononnya perjuangan
menegakkan negara Islam bukan matlamat PAS....akhirnya bila perkara ini
dibongkar oleh pihak media , PAS mula tersepit antara nak jaga hati para
penyokongnya atau rakan politiknya.....DAP. Akhirnya setelah begitu
begini...keluar pula kenyataan kononnya PAS tetap memperjuangkan negara
Islam.Realiti talam dua muka ini boleh kita perhatikan sepanjang tahun 99
hingga sekarang.....Depan orang melayu .....memuji dan menyanjung...depan orang
Cina...kutuk melayu....Masya-Allah!
Nik Aziz dalam
wawancara nya dengan sebuah akhbar Inggeris tempatan pada 30 April 2000 mengatakan
: " Saya harap orang Cina tidak dikongkong oleh Barisan Nasional . Orang
Cina saya selalu sebut , lebih cerdik daripda orang melayu , kesihatan orang
cina lebih tinggi daripada orang melayu , kekayaa orang cina lebih daripada
orang melayu. Orang yang begini kalau boleh bimbing Islam , saya kata lebih
baik , biar orang Cina memimpin Islam diMalaysia , biar orang melayu
turut.......!"
Inikah sifat
seorang ulama yang sanggup menghina dan mengeji dan menjatuhkan maruah
bangsanya kepada kaum kafir...sampai mengiyakan agar orang melayu ni jadi pak
turut!
Pada awal hujjah
tadi , saya ada membangkitkan bahawa PAS itu adalah khawarij ! Dan bagi
menyokong dakwaan tersebut saya telah menyenaraikan beberapa kitab yang boleh
dijadikan rujukan sejauh mana kemungkaran yang telah dilakukan oleh golongan
tersebut yang boleh dikaitkan dengan apa yang telah dibuat oleh PAS !
Prinsip utama kaum
khawarij ialah mengatakan bahawa " IMAN HARUS DISERTAI DENGAN AMAL DAN
BAHAWASANYA PERBUATAN DOSA DENGAN SENDIRINYA BERARTI TIDAK ADANYA IMAN !".
Diatas dasar inilah
, terbentuklah tuduhan kafir keatas mana-mana muslim yang melakukan dosa samada
dosa kecil mahupun dosa besar.Atas dasar inilah juga , golongan fanatik dan
takliq agama bebas untuk mencerca , mengutuk , memaki , mengelar dan menfitnah
mana-mana muslim yang melanggari asas prinsip diatas.
Cuba perhatikan
Amanat Haji Hadi yang dijadikan pegangan sebilangan besar para pentakliq PAS
bahawa UMNO itu kafir & Taghut sehinggakan keharmonian umat islam yang
sebelumnya begitu indah dan baik , hancur begitu sahaja.Inilah perlanggaran
akidah yang paling buruk , menyedihkan serta memalukan umat Islam
keseluruhannya.......yakni hanya kerana politik , umat Islam tiada persaudaraan
sebaliknya permusuhan dan dendam.
Imam Abu Hanifah
r.a antara tokoh agama dan ulama terbilang yang menentang asas prinsip Kaum
Khawarij dan sentiasa berusaha memulihkan akidah kaum Khawarij ini melalui
sessi perbincangan dan perdebatan dengan mereka. Saya ingin membawa saudara
sekelian untuk sama-sama memikirkan satu sessi pertemuan antara Imam Abu
Hanifah dengan golongan tersebut dalam persoalan ‘KAFIR’.
Perdebatan ini
telah berlaku ketika mana sekumpulan puak khawarij memasuki masjid dan berjumpa
dengan Imam Abu Hanifah : " Didepan pintu ada 2 jenazah , salah satu dari
keduanya adalah jenazah seorang lelaki yang meminum arak dan meninggal dunia
dalam keadaan mabuk. Manakala jenazah yang kedua ialah jenazah seorang wanita
yang hamil dari sebab penzinaan dan ia meninggal dunia ketika melahirkan
anaknya sebelum ia bertaubat. Adakah kedua-duanya itu termasuk dalam golongan
orang-orang mukmin atau kafir?. Abu Hanifah bertanya kepada mereka : "
Dari kelompok manakah mereka berdua ini ? Apakah mereka ini berasal dari
kelompok kaum Yahudi ?" Jawab mereka : " Tidak!" Bertanya lagi
Imam Abu Hanifah : " Dari kaum Nasrani ?" Mereka berkata : "
Tidak!" Bertanya lagi akan Imam Abu Hanifah : " Dari kaum
Majusi?" . Mereka menjawab "Tidak!" . Imam Abu Hanifah berkata
lagi: " Dari millat ( agama ) manakah mereka ini ?" Mereka menjawab :
" Dari millat yang bersaksikan bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan
bahawasanya M
Firman Allah
Taa’ala dalam Surah 14 ayat 36 yang berbunyi : "......maka barang siapa
mengikutiku , sesungguhnya orang itu termasuk golongan ku , dan barang siapa
menderhakaiku , maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang".
Dan aku menyatakan
pula berkenaan dengan diri mereka berdua sepertimana dinyatakan oleh Nabi Isa
a.s tentang suatu kaum yang lebih besar dosanya dari kedua orang ini:
Firman Allah
Taa’ala dalam Surah 5 ayat 118 yang berbunyi : " Jika Engkau menyiksa
mereka , maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau
mengampuni mereka , maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana ".
Dan aku menyatakan
tentang mereka seperti yang diucapkan oleh Nabi Nuh a.s ketika mereka berkata
kepadanya :
Firman Allah
Taa’ala dalam Surah 26 ayat 111 - 113 yang berbunyi : " Patutkah kami
beriman kepadamu , padahal yang mengikuti kamu ialah orang-orang yang hina
?".Nabi Nuh a.s menjawab :" Bagaimana aku mengetahui apa yang telah
mereka kerjakan ? Perhitungan amal perbuatan mereka tidak lain hanyalah kepada
Tuhanku jika kamu menyedari."
Begitu juga dalam
Firman Allah Taa’ala dalam Surah 11 ayat 31 yang berbunyi : " Dan aku tidak
menyatakan kepada kamu bahawa aku mempunyai gedung-gedung rezeki dan kekayaan
dari Allah , dan aku tiada mengetahui yang ghaib , dan tidak pula kau
menyatakan bahawa sesungguhnya aku adalah malaikat , dan tidak juga aku
mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh penglihatanmu bahawa
sekali-kali allah tidak akan mendatangkan kebaikkan kepada mereka. Allah lebih
mengetahui apa yang ada pada diri mereka. Sesungguhnya aku kalau begitu ,
benar-benar termasuk orang-orang yang zalim."
Mendengar jawapan
terakhir itu , mereka menyerah dan berkata kepadanya : " Kami berlepas
diri dari segala kepercayaan agama yang telah kami percayai sebelum ini dan
mulai kini mengabdikan kepada Allah dengan cara agamamu"
Dipetik daripada
Al-Makki , Jilid 1 m/s 124-125.
Dari petikkan
diatas dapat dibuat kesimpulan bahawa manusia biar apapun kedudukkannya samada
para pemimpin politik , ulama , ustaz , ustazah , pelajar IPTA mahupun orang
awam tidak mempunyai hak walaupun sebiji zarah sekalipun untuk mentakwilkan
tuduhan kafir , fasiq , munafiq dan sebagainya kepada muslimin yang lain
biarpun muslimin tersebut ada melakukan dosa besar , segalanya terserah kepada
Allah SWT kerana Allah lah yang berkuasa atas segala sesuatu!
Tidak macam PAS ,
para pemimpinnya begitu beria-ria melemparkan tuduhan kafir , yahudi , fasiq
dan munafiq kepada Pimpinan dan penyokong UMNO hanya dengan alasan kononnya
isteri siFulan tu tak pakai tudung , SiAnu tak jalankan Perlembagaan Islam ,
siPolan tu berganding dengan kaum kafir untuk wujudkan satu pemerintahan (
semua isu-isu ini telah dimainkan dengan hebat oleh PAS sejak tahun 80an
sehingga sekarang ).....hari ini ditambah lagi ...tak undi PAS , tak sokong PAS
bermakna menentang Islam , menentang Nabi dan Ulama maka itu kafir juga!!!!!Ini
semua adalah mainan politik PAS yang keji lagi mengejikan , memalukan serta
mencemarkan Istitusi Islam dan kegemilangannya.Dan ini juga merupakan satu
amalan bi’daah yang sesat lagi menyesatkan!
Ingatlah wahai
saudara sekelian , menuduh orang lain kafir hanyalah merupakan satu kerosakan
yang jelas, mencabar kekuasaan Allah swt terhadap hambanya. Umat Islam yang
bersekongkol dengan Amanat Haji Hadi ini wajib bertaubat nasuha dan wajib
memohon maaf kepada setiap muslim yang dituduh kafir!!!!!!!!!!!!!!
Imam Abu Hanifah
berkata : "Kita tidak boleh mengkafirkan seseorang muslim kerana dosa yang
dilakukannya meskipun itu termasuk dosa yang besar, selama ia tidak, dengan
sengaja dan keras hati, menganggapnya sebagai sesuatu yang halal."
Dipetik dari Mulla
Hussain, m/s 6
Saya ingin
menggariskan beberapa tindakan Khawarij agar sama-sama kita buat perbandingan
dengan tindakan PAS.....err...lepas tu bolehlah buat kesimpulan.....
Pertama: Menganggap
Dosa itu sama aje dengan kekufuran. Atas dasar inilah mereka secara terang-terangan
mengkafirkan semua sahabat Nabi kita yang mulia, Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wassallam malahan tidak segan silu mencerca, memaki dan melaknat
mereka.
Kedua: Mengkafirkan
mana-mana muslim yang menjadikan sahabat-sahabat Nabi seperti Saidina Ali
sebagai imam mereka dengan menetapkan hukum-hukum syari’at berdasarkan
hadith-hadith yang diriwayatkan dari orang-orang ini.
Ketiga:
Mengkafirkan mana-mana muslim yang tidak sehaluan dengan pegangan dan fahaman
mereka dalam memahami maksud dan kehendak Al-Quran dan Hadith Rasullullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Adapun kaum
Azariqah, yakni kumpulan majoriti kaum Khawarij, mereka beranggapan bahawa
seluruh kaum muslimin, selain mereka adalah kaum musyrikin. Justeru itu mereka
mengeluarkan fatwa bahawa orang-orang dikalangan mereka yakni kaum Khawarij
tidak dibolehkan mengerjakan solat di masjid atau mana-mana tempat jika yang
menyerukan azan di sana bukan dari kalangan mereka sendiri. Semua sembelihan
yang dilakukan oleh orang yang bukan dari kalangan Khawarij adalah tidak halal,
mereka juga menfatwakan tidak boleh mengahwini seorang yang bukan dari kalangan
Khawarij. Puak ini juga beranggapan bahawa jihad melawan kaum muslimin lainnya
(yakni bukan dari kalangan Khawarij) merupakan kewajipan fardu Ain, dan halal
membunuh para wanita dan anak-anak serta merompak harta benda mereka. Bahkan
juga mereka dengan mudah mengkafirkan pengikut-pengikut mereka sendiri yang
tidak ikut berjuang di dalam jihad tersebut. Puak Khawarij juga menghalalkan
pengkhianatan, tipu daya dan penganiayaan terhadap para penentang mereka. Ap
Saya menyeru Umat
Islam kembali bersatu , memperkuatkan ummah demi kerana Allah Taa’ala .
Perjuangan kita ingin memartabatkan Islam tidak bermakna bahawa kita perlu
menyertai PAS , ini selain daripada pembuktian diatas PAS adalah Khawarij ,
juga perlu dinafikan sama-sekali bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS !
Kenyataan tersebut merupakan satu perlanggaran akidah kerana PAS dan Islam
adalah dua perkara yang amat berbeza , Islam itu adalah agama ciptaan Allah
Taa’ala yang direstui dan diredaiNya manakala PAS hanyalah sebuah parti politik
ciptaan manusia yang belum tentu mendapat Rahmat dan Keredhaan-Nya.Tindakkan
PAS yang lalu dan masakini jelas amat bertentangan dengan tuntuttan al-Quran
dan Hadith maka sewajarnya kita menentang mereka habis-habisan!Walaupun saya
tahu masih banyak kelemahan dalam UMNO yang perlu diperbaiki dalam
mempergiatkan usaha kearah 100% Pemerintahan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith
, namun saya yakin dengan kesungguhan dan kejujuran UMNO untuk merealisasikan
hasrat murni ters
Wassalam.
kamaruzaman
abdul rahman
Wednesday, March
20, 2002 7:59 PM