Raja Berdaulat,Negeri
Sejahtera:
Begitulah bunyi tema Perayaan Hari Keputraan Sultan Kelantan tahun ini.
Perayaan tahun ini agak meriah kerana Kerajaan Pusat melalui JPP telah
bermurah hati memperuntukan jumlah wang yang banyak untuk sambutan tahun
ini, dengan satu niat yang tersembunyi.
Bentuk sambutan tahun ini bukan menjadi topik utama yang ingin di sampaikan
oleh penulis. Tetapi penulis terasa terpanggil untuk mengulas tentang tema
perayaan itu " RAJA BERDAULAT, NEGERI SEJAHTERA.
Memang sekali imbas tema ini amat tepat. Tetapi jika dikaji rangkap pertama
"RAJA BERDAULAT " akan ternampak cacat cela nya. DAULAT RAJA KERANA
RAKYAT.
Dengan senario politik Kelantan hari ini, berdaulatkah Raja Kelantan ???.
Majoriti rakyat Kelantan telah memberi mandat kepada PAS untuk memerintah
Kelantan. Tetapi Raja Kelantan telah menafikan pilihan rakyat. Sebaliknya
secra terang-terang menyebelahi Parti Pembangkang (UMNO)
Antara bukti yang nyata Raja Kelantan berpihak kepada UMNO ialah :
1. Menagamalkan sikap konfratasi dengan MB Kelantan.
2. Baru-baru ini, beliau telah memanggil semua ketua Bahagian UMNO ke
Istana. Untuk apa penulis tidak tahu. Tapi yang pasti ialah untuk merancang
bagaimana mahu menumbang Kerajaan PAS.
3. Sambutan hari Keputraan Tahun ini banyak dikendalikan oleh Ajensi
Kerajaan Pusat.
Walau apa pun, jelas majoriti rakyat Kelantan berada di belakang Kerajaan
PAS Kelantan. Hanya segelintir ahli UMNO sahaja berada di belakang Raja. Itu
pun UMNO Ku Li. Berdaulat kah Raja Kelantan dengan keadaan ini??.
Daulatkah Raja Kelantan apabila sebahagian besar rakyat Kelantan yang
bencikan maksiat, menyumpah dalam hati kerana Raja Kelantan telah
membenarkan satu acara mungkar di adakan di Perkarangan Istana pada
12/4/2002 ini nanti ???. Walaupun acara itu di anjurkan oleh MTR (Ibrahim
Ali), namum Raja Kelantan telah merestuinya.
Inikah tingkah seorang Ketua Agama ????Layak kah Raja Kelantan di sebut
dalam khutbah jumaat sebagai Amirul-Mukminin ??? Patutkah semua umat Islam
berdoa keatasnya pada setiap hari jumaat ???.
Daulat Raja Kerana Rakyat. Rakyat yang sentiasa mendoakan kedaulatan nya.
Tapi hari ini rakyat Kelantan telah mengenali siapa sebenarnya Ketua
Kerajaan Kelantan.
Shafie Abdul Latif
Monday,
April 08, 2002 7:43 PM