Kepada semua yang tak sempat membuat ucapan di depan umum atau di
mana-mana media elektronik/cetak, di sini MAYA sediakan berlori-lori antara muka untuk anda berbuat demikian. UCAPKANLAH apa-apa yang manasabah dan
pastikan anda tahu kemana sasaran ucapan anda. Elakkan dari menggunakan
sebarang perkataan yang tidak wajar. E-mailkan ucapan anda kepada
: dazadaza@tm.net.my
Untuk sesiapa sahaja/ucapan apa
sahaja/perayaan apa sahaja/apa-apa sahaja.
Ø
Engorang
tentu tak kenal kita orang. Tak kisahlah tu sebab kita orang tahu yang
engkorang memang tak kenal kita orang dan sudah tentu tak hingin nak kenal kita
orang. Ye lah engkorang siapa… kita orang siapa… Anyway kita orang terhingin
jugek nak buat ucapan untuk engkorang.
SELAMAT MANDI PAGI DAN PASTIKAN SELIPAR ENGKORANG TIDAK BERLAINAN SEBELAH BILA NAK KELUAR RUMAH NANTI !
Ø
Kepada
semua kuda-kuda yang pernah ku kenali SELAMAT MENYAMBUT TAHUN KUDA. Kepada haiwan yang bukan
dari kumpulan tikus, lembu, rimau, arnab, naga, ular, kambing, monyet, ayam
jantan, anjing dan khinzir janganlah merasa cemburu kerana tiada apa-apa
perayaan untuk anda .Manusia memang suka memilih bulu.
Ø
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI, SELAMAT MENYAMBUT KRISMAS,
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA, SELAMAT
MENYAMBUT DEEPAVALI, SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI, SELAMAT MENYAMBUT….. aik, berapa punya banyak
perayaan di Malaysia da…
Ø
Buat
bayi-bayi yang baru lahir dan belum pun diberikan nama lagi. SELAMAT
MENGHARUNGI DUNIA TANPA SEMPADAN INI. Kalau nak tahu, dunia hari ini dah macam dunia
moyang kita dulu di mana yang gagah memerintah, yang lemah dijajah, yang kaya
mengada-ngada yang miskin dicaci nista, yang cerdik mengadu domba yang dungu
dikotak-katik kepala. Tak payah ingat nak masuk balik ke dalam rahim ibu anda
kerana ibu anda tak mungkin membenarkannya ! Teruskan hidup di alam yang fana
ini.
Ø
Buat
Sham yang berada di Perak. SELAMAT HARI LAHIR KE 21. Ingat Sham, 21 bukan
bererti sduah lepas bebas tau. Bukan lesen untuk tidak lagi belajar. Bukan
lessen untuk tidak mendengar cakap emak bapak. Bukan lessen untuk
berkepit-kepitan. Any way, lessen “P” tu dah clear ke belum. Takkan masuk 3
tahun tak O.K. lagi ?
Ø
Hai
Emma, rambut you dah di birukan ke belum. Kan ke ari tu you cakap nak cuba
kaler biru pulak ? Kalau dah dibirukan, antar le kat member. Nak tengok. Haru
ke idak nye ! SELAMAT BERGAYA.
Ø
Jun.
SELAMAT
HARI RAYA AIDIL ADHA. Kata nak ke mekah tahun ni ? Tak jadi ? Dah berapa kali tangguh dah.
Tak silap nie dah masuk kali ke 3 dah. Tunggu lama-lama karang langsung tak
jadi. Hayat ni bukannya kita tahu bila nak tammmmat.