Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

13 OKTOBER  2003 

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni macam biasa. Cuma waktu pagi saya hantar adik saya ke sekolah. Kemudian saya baca paper dan kemudian saya sambung tidur sampai jam 11 pagi. Kemudian saya isi borang minta kerja. Ada rezeki adalah... Men bolehlah ada kabel “super”. Hehehe... Gurau ja Men...

Kemudian saya tonton telenovela. Saya cerita tak yang saya suka tengok telenovela ni? Rasanya tak kot. Untuk pengetahuan semua saya memang tonton Catalina Y Sebastian dan Pangako Sa Yo. Hehehe... Dua-dua ni dari episod satu!

Catalina Y Sebastian semuanya 120 siri. Sebelum ni saya minat tonton El Amor No Es Como Lo Pintan. Kemudian Pangako Sa Yo. Dulu jam 11 pagi sekarang jam 2.30 sampai jam 3.30. Pangako Sa Yo banyak berkisar tentang Angelo dan Yna. Semuanya 480 Episod. Kalau saya tertinggal saya akan baca sinopsis di Internet. Terutamanya Catalina Y Sebastian waktu Solat Jumaat. Bila balik Jumaat dah habis dah. Memang tak sempat tengok! Jadi saya akan refer kat Internet sinopsisnya... Salah satu laman ... www.telenovela.kedaikopi.org . Hehehe...

Saya memang sempat tengok sebab saya kerja waktu pagi sampai jam 12 atau 1. Kemudian masuk kerja pulak jam 4. Jadi saya memang sempat tengok. Hehehe...

Kemudian saya masuk kerja. Hari ni tak ramai customer sangat. Jadi saya banyak surf Laman kawan-kawan saya. Memang best bila baca jurnal orang. Macam anda baca diari saya ni... Hehehe...

Kemudian saya balik tengah malam dan saya siapkan diari saya sebelum saya tidur kira-kira jam 3 pagi...

WASSALAM...

12 OKTOBER  2003 

ASSALAMUALAIKUM...

Damba Cinta Mu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Lirik lagu Raihan...
Lirik yang selalu saya nyanyikan...
Itulah diri saya yang selalu alpa...
Kadang-kadang bila saya naik motor dalam perjalanan yang jauh saya akan menyanyi lagu ni sampai mengalir air mata.

Saya pasti anda tahu lagu ni...
Cukup menginsafkan diri saya...
Ya Allah jangan Engkau halang hidayah-Mu kepadaku...
Amin...

Hari ni waktu pagi air tiba-tiba naik! Hujan tak turun beberapa hari dah. Rupanya sekarang berlaku air pasang. Maklumlah tengah bulan (kiraan Islam bulan mengambang). Jadi air tak dapat dialirkan ke laut kerana air laut sedang pasang. Air dari kawasan lain akan berkumpul di Kota Setar terlebih dahulu sebelum ke laut. Jadi sebab tu dah dekat beberapa buah rumah dimasuki air. Mujurlah kat rumah saya jenis yang agak tinggi.

Waktu pagi saya just rileks dan kemudian baca paper. Kemudian saya tidur sekejap sebelum saya bangun balik melayari Internet.Kemdudian saya masuk kerja kira-kira jam 4 petang sampai jam 12 malam. Saya tidur kira-kira jam 4 pagi selepas tonton Bola Malaysia lawan Bahrain. Alhamdulillah Malaysia seri 2-2 selepas ketinggalan 2-0. 10 minit terakhir, Malaysia score 2 bijik! Selepas sahur terus saya tidur.

WASSALAM...

11 OKTOBER  2003 

ASSALAMUALAIKUM...

- Agama -

Nur Syaaban: Malam 15 Syaaban penuh keampunan, rahmat

MALAM 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban yang jatuh pada malam ini adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam. Ini kerana ia adalah malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Mengikut ulama, malam Nisfu Syaaban, mempunyai lebih 20 makna. Antaranya, Lailatul-Mubarakah (Malam Keberkatan), Lailatul-Baraah (malam pelepasan), Lailatul-Qismah wal-Taqdir (malam pembahagiaan dan penentuan) dan Lailatul-Takfir (malam mengkifaratkan dosa).

Lailatul-Ijabah (malam diperkenankan doa), Lailatul-Syafaah (malam syafaat), Lailatul-Idil-Malaikah (malam raya malaikat) dan Lailatul-Hayat (malam hidup) iaitu tidak dimatikan seseorang antara waktu Maghrib dan Isyak bagi mereka yang menghidupkan malamnya.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Fitri dan Adha), tidak dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati."

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: "Malaikat Jibril datang kepadaku pada malam pertengahan Syaaban dan berkata kepadaku: Ya Muhammad! Dongakkanlah kepalamu ke arah langit."

"Aku bertanya: Apakah malam ini? Jawab Jibril: Pada malam ini Allah membukakan 300 pintu dari pintu rahmat dan sesiapapun juga, melainkan ahli sihir, ahli nujum, pemabuk arak, orang yang berterusan mengambil riba dan berterusan melakukan zina. Adalah sekalian mereka itu tidak akan diampunkan hingga mereka bertaubat.”

Diriwayatkan dalam beberapa hadis di mana Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya doa pada malam ini tidak ditolak sama sekali."

Malam 15 Syaaban ini yang dipenuhi keampunan dan rahmat Allah, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca kalimah syahadah, surah Yassin, beristighfar, selawat, tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

Surah Yassin dibaca bagi memohon kepada Allah tiga perkara iaitu ditetapkan iman kepada Allah, dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah dan dikurniakan rezeki yang halal. Ini kerana mengikut sesetengah ulama, pada malam itulah ditukar atau ditentukan umur dan rezeki bani Adam.

Sebenarnya, Nifsu Syaaban adalah malam dilimpahi rahmat, penuh kemuliaan dan kelebihan hingga doa dikabulkan.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Jika tiba malam pertengahan Syaaban, maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat), berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia.

Firman Allah bermaksud: “Siapa yang memohon keampunan, maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya, adakah kamu ... adakah kamu (berturutan pertanyaan daripada


Allah walaupun sepanjang tahun memerhatikan perihal manusia, pada malam penuh berkat itu, keprihatinan-Nya kian bertambah lantaran Allah memberikan kemuliaan yang sempurna dan menunggu ibadat orang yang beriman.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh.

"Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dangan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”

Keagungan Syaaban dengan malam Nisfu Syaaban adalah seperti Rejab dengan malam Israk Mikrajnya dan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadar. Pada malam Nisfu Syaaban datang Jibrail kepada Rasulullah lalu berkata: "Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan pintu langit."

Dalam kitab Iq'na juga dinyatakan bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah kali kedua dan berkata: “Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu, angkatkan kepalamu. Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.”

Dalam riwayat lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit pertama, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis kerana takutkan Allah pada malam ini.

Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

Pada pintu langit ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu.

Dan pada langit kelapan, malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya)? Maka jawab Jibril: hingga naik fajar Subuh. Dan katanya lagi, pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki dan perempuan daripada api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab. (Bani Kilab adalah antara orang Arab yang banyak memelihara kambing).

Sabda Rasulullah bermaksud: "Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa segala makluk-Nya, melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya."

Sabdanya lagi: "Apabila pada malam Nisfu Syaaban, maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang dan puasa kamu pada siangnya."

Allah berfirman, maksudnya: "Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya, adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya. Demikianlah pertanyaan lainnya hingga keluar fajar Subuh."

Dalam kitab Al-Baroka disebut bahawa jin, burung, binatang buas dan ikan di laut berpuasa pada hari Nisfu Syaaban.

Hari ni adalah hari Nisfu Syaaban. Manfaatkanlah kelebihan hari ini sebaik mungkin... Di atas adalah petikan dari akhbar Berita Harian Jumaat 09 Oktober 2003.

Hari ni hari yang sibuk buat diri saya. Saya kena tunaikan Cek ayah saya di Bank. Mujurlah guna mesin Automatik. Kalau buat secara konvensional jenuh sebab ramai sangat customer. Kemudian saya ke BSN untuk sedikit urusan. Kemudian saya tukar kad ATM di PAB. Banyak masa saya pagi ni kat bank. Kemudian ke LTH (lembaga Tabung Haji) untuk urusan penyimpanan tetapi komputer offline pulak!

Alhamdulillah hari ni saya dapat berpuasa sunat Nisfu Syaaban. Malam tadi pun sempat saya baca Yassin sebanyak 3 kali. Alhamdulillah...

Kemudian saya ke kedai saya dan kemudian semak email sebelum saya balik berehat. Waktu balik rupanya air dah semakin naik dekat rumah saya. Nak banjir pulak ke? Hujan dah berhenti! Kemudian, saya sempat tidur selama 30 minit. Kemudian saya masuk kerja dari jam 4 petang ke 12 tengah malam. Tengah malam, waktu saya balik air dekat rumah saya dah semakin surut. 

WASSALAM...

10 OKTOBER  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Saya tak sangka saya cepat mengatasi “masalah” saya. Hehehe... Kalau kita lakukan sesuatu dan terima sesuatu dengan redha, kita akan cepat recover dari masalah. Bagi saya ia bukannya satu masalah cuma macam satu kejutan sahaja. Hehehe...

Terima kasih atas sokongan ramai pihak. Alhamdulillah saya ada banyak sokongan. Terima kasih semua...

Hari ni selepas Subuh saya berehat sekejap kemudian saya membaca paper. Kemudian saya tertidur sebelum saya bersiap nak Solat Jumaat di masjid Alor Semela.

Hari ni imam baru. Khutbah berkisar tentang air mata. Air mata keinsafan kerana takutkan Allah dan bermacam lagi jenis air mata. Banyak mengajar saya tentang Cinta Sejati.

Kemudian saya masuk kerja jam 4 sampai jam 12 tengah malam. Ringkas sahaja untuk hari ni. Saya tidur kira-kira jam 1 pagi.

WASSALAM...

09 OKTOBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah hari ni macam biasa saya berpuasa Sunat setiap Isnin dan Khamis. Syukur kerana saya boleh meneruskan amalan sunat ni setiap minggu. Rasa cukup lega dan saya dah tak sabar menanti hadirnya Ramadhan. Kalau dulu saya memang tak begitu sukakan Ramadhan kerana bulan tu kita tak boleh makan di waktu siang selama sebulan tetapi kini saya semakin mengerti betap[a besar hikmahnya Ramadhan. Biar pun amalan saya tak seberapa, saya amat menantikannya agar jiwa saya lebih terisi.

Teringat pulak malam tadi. Hujan turun lebat dan kedai tutup awal, jadi saya tak dapat nak keluar beli makanan. Jadi saya hanya masak nasi goreng. Kicap pun dah habis. Selalu paling simple saya buat nasi goreng kicap. Bubuh bawang goreng, tauge dengan sedikit garam cukuplah tapi malam tadi saya sahur dengan nasi goreng budu. Hehehe... Saya dah tak ada idea dah. Sedapppp...

Saya dengan makanan memang semuanya sedap. Hehehe... Hari ni saya banyak habiskan masa waktu pagi dengan buat kerja peribadi. Lepas tu saya just rehat kat rumah sambil membaca dan berfikir. Jam 4 saya masuk kerja dan kemudian macam biasa. Hari ni sibuk sikit sebab orang agak ramai. Jenuh saya nak layan pertanyaan dan nak ajar cara menggunakan komputer. Tapi saya suka orang tanya saya. Saya suka berinteraksi dengan pelanggan. Banyak benda yang akan saya dapat. Saya banyak belajar sesuatu yang baru. Terima kasih...

Yang best kerja kat CC ni boleh surf free. Hehehe...  Tapi tengok keadaanlah... Nak chat memang tak bolehlah sebab sat-sat ada orang mintak tolong. Tapi saya pulak tak suka chat kecuali dengan orang yang dah saya kenal. Kalau tak kenal lagi, susah sebab orang sekarang suka menyamar. Tak best lah kalau macam tu. Sebab tu saya tak suka chat tapi saya tahu cara nak chat dan saya banyak kena handle bab teknikal chatting ni.

Hehehe... Lepas kerja jam 12 tengah malam, saya dengan Men pi minum sambil berbual banyak benda sampai jam 1.30 pagi. Saya bila balik, settelakan beberapa kerja sebelum saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah