Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Laman Web PAS Kawasan Ampang Jaya


PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DI SETIAP
KAWASAN PARLIMEN DAN DUN


Amat banyak pengajaran yang boleh kita pelajari daripada kemenangan PAS di Terengganu. Di antara faktor yang membawa PAS kepada kemenangan itu ialah program Pusat Khidmat Masyarakat di setiap Parlimen dan DUN yang dilaksanakan di sana.

Oleh kerana selepas ini kerajaan Barisan Nasional akan memulakan langkah pemulaun ke atas setiap kawasan yang dimenangi oleh PAS/Barisan Alternatif maka saya mencadangkan penubuhan Pusat-Pusat Khidmat Masayarakat sepertimana yang telah diwujudkan di Terengganu.

Langkah ini akan membolehkan khidmat diberikan kepada rakyat oleh setiap wakil rakyat dengan bantuan PAS/Barisan Alternatif - Perhubungan dan Kawasan. Adalah amat mudah bagi Barisan Nasional untuk "menipu rakyat" dengan menunjukkan kepada mereka bertapa silapnya mereka memilih PAS/Barisan Alternatif dengan hanya menghalang pembangunan di kawasan-kawasan yang tidak diwakili oleh Barisan Nasional.

Seterusnya di dalam keadaan ketiadaan bantuan kewangan daripada kerajaan maka PAS/Barisan Alternatif perlu memberikan khidmat yang "terbaik" kita supaya rakyat dapat melihat sendiri bertapa komitednya PAS/Barisan Alternatif terhadap kesejahteraan mereka. Dengan itu kita juga boleh mengagalkan usaha kerajaan Barisan Nasional untuk menghukum rakyat yang tidak memilih mereka.

Pembenci BN
Petaling Jaya,
Selangor D.E.

( Surat di atas telah pertama kalinya disiarkan di dalam Harakah )

BILIK GERAKAN WAJAR DIJADIKAN
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT


Saya mencadangkan agar Bilik-Bilik Gerakan PAS yang dibuka semasa pilihanraya tidak ditutup tetapi dipertingkatkan untuk menjadi Pusat Khidmat Masyarakat.

Saya juga mencadangkan agar bekas-bekas calon PAS yang bertanding mengendalikan pusat-pusat itu supaya dapat memberi alternatif kepada rakyat yang mahukan pelbagai khidmat yang selalunya diperolehi dari seorang wakil rakyat. Kita tahu bagaimana wakil-wakil rakyat Barisan Nasional selalunya jarang turun ke padang kecuali di musim-musim pilihanraya.

Bagi kebanyakan kawasan Parlimen dan Dun di Selangor peratusan undi yang diberikan kepada PAS adalah melebihi 40%. Terdapat tempat sehingga 48%. Ini bermakna hampir separuh dari pengundi telah menolak Barisan Nasional.

Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggung-jawab kita untuk memastikan nasib-nasib mereka yang mengundi kita itu terbela.

Pak Man Bulan Penuh
Kg. Cheras Baru,
Kuala Lumpur.


"Click Untuk Kembali Ke Senarai Kandungan"