Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Laman Web PAS Kawasan Ampang Jaya :
Surat Anda

DRAMA RAMPASAN SENJATA DI GERIK DAN SAUK :
MASIH BANYAK SOALAN YANG BELUM DIJAWAB


Alhamdulillah drama di Sauk dapat diselesaikan dengan aman.

Saya bukanlah hendak memperkecilkan kewibawaan ATM  dan PDRM namun penyelesaian kepada krisis tersebut nampak begitu mudah sekali.

Mengapa begitu senang menyerah walaupun mempunyai simpanan senjata yang banyak dan menyerah bermakna sudah tentu akan didakwa dan mungkin dihukum mati. Jadi keluar pun mati tak keluar pun mati !

Dan yang menghairankan kenapa kumpulan ini lari hanya 50 kilometer dari tempat rampasan ? Kenapa tidak lari ke tempat yang susah hendak dikesan ? Ataupun terus menyeberangi sempadan ke Thailand ?

Sebenarnya banyak lagi soalan-soalan yang masih belum lagi terjawab. Soalan pertama bagaimana senjata begitu banyak dapat dilarikan tanpa sebarang tentangan masih menunggu satu jawapan yang memuaskan.

Tetapi apa yang begitu nyata UMNO-BN sudah tentu akan menggunakan isu ini untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam dan orang Melayu yang "moderate" dengan memburuk-burukkan kumpulan-kumpulan Islam. Kononnya kumpulan-kumpulan tersebut terlalu fanatik kepada Islam sehingga sanggup membunuh dan mencetuskan huru-hara.

Tambahan pula anggota keselamatan yang terbunuh di Sauk adalah dari kalangan bukan Islam. ( Nota : Mengapakah mereka menghantar SB India ke Sauk bukankah di Sauk tidak ramai orang India ?  Bagaimanakah beliau hendak membuat kerja-kerja "undercover" ? )

Usaha-usaha juga akan dilakukan untuk menyamakan bagaimana fanatiknya kumpulan tersebut dengan bagaimana fanatiknya PAS. Dan PAS mesti diperangi seperti kumpulan Sauk itu.

Akhirnya kejadian di Sauk akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menjauhkan masyarakat terutamanya orang-orang bukan Islam dari PAS.

Nampaknya walaupun pada mula kejadian rampasan senjata ini memalukan kerajaan dan merugikan UMNO-BN tetapi setelah ianya selesai ianya memberi satu senjata propaganda yang cukup kuat bagi UMNO-BN.

Dani ini berlaku di dalam keadaan UMNO-BN tidak mempunyai sebarang isu untuk menyerang PAS dan setelah kekalahan mereka dari segi moral di Teluk Kemang.

Maka kejadian di Gerik dan Sauk ini bagaikan dirancang dan bukannya terjadi dengan tiba-tiba. Atau mungkin juga saya tersilap !

Saya yang serba dhaif,
Kati b. Katan
6 Julai 2000


( Surat yang disiarkan adalah pandangan penulis dan bukannya pandangan resmi PAS Kawasan Ampang Jaya )


Click Untuk Kembali Ke Menu