|
|
|
|
|
Laman Web PAS Kawasan Ampang Jaya
PENGARANG BERITA HARIAN AKAN DIREHATKAN
Terdapat beberapa pendapat bahawa pengarang akhbar Berita Harian akan direhatkan tidak lama lagi.
Ini berikutan dengan pengendalian tragedi di Sauk oleh akhbar tersebut.
Akhbar itu telah menyiarkan berita-berita tentang tragedi itu di muka hadapannya pada hampir setiap hari sejak tragedi itu berakhir. Tiga atau empat muka juga dikhaskan setiap hari untuk berita-berita tentang kes rampasan senjata di Gerik dan kumpulan Al-Ma'unah.
Buat pertama kalinya Berita Hairan nampak lebih ke hadapan di dalam menjadi alat penyebaran "maklumat" Kerajaan Barisan Nasional dari Utusan Malaysia.
Walau bagaimanapun usaha-usaha yang dilakukan oleh Berita Hairan ini gagal untuk mempengaruhi sentimen rakyat. Penyiaran berita kes Al-Ma'unah ini yang terlampau kerap telah "backfire" oleh kerana ianya telah mengakibatkan "overkill" kepada isu ini. Ramai yang telah menyatakan rasa meluat dan menyampah dan berita ini telah menjadi "insignificant" atau "non-issue" kepada mereka.
Tinjauan ke beberapa tempat di Lembah Kelang menunjukkan bahawa orang-ramai tidak lagi berbincang atau bercakap di kedai-kedai kopi tentang isu Al-Ma'unah.
Dan yang lebih mencemaskan UMNO ramai yang pada mulanya percaya kepada apa yang ditulis di dalam suratkhabar-suratkhabar telah mula goyah di dalam pendirian mereka. Penyiaran berita yang bertubi-tubi dan kadang-kala mengutarakan perkara-perkara yang tidak logik atau remeh-temeh juga membuat mereka mengesyaki bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena.
Ini ditambah pula dengan usaha media-media yang kuasai oleh UMNO untuk melibatkan PAS di dalam isu Al-Ma'unah. Pada masyarakat apabila PAS cuba dilibatkan maka sudah terserlah akan agenda politik di sebalik tragedi di Sauk itu.
Pada masyarakat PAS dan Barisan Alternatif sudah cukup selesa dengan sokongan yang padu dari rakyat maka dengan itu adalah tidak masuk akal untuk terbabit dengan apa yang dispekulasikan oleh media-media tersebut.
Maka sebab itulah Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa beliau sendiri akan membuat pengumuman tentang isu Al-Ma'unah ini di televisyen. Oleh itu nampaknya pengarang Berita Harian akan mengalami nasib yang sama seperti A. Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin sebelum ini.
Bakhtiar Effendi 17 Julai 2000
( Pendapat penulis bukan pendapat resmi PAS Kawasan Ampang Jaya dan kami tidak bertanggung-jawab di atas isi kandungannya )
"Click Ke Menu Utama"
|
|
|
|
|