Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Membina Pulau Layang Layang

Pulau Layang Layang Malaysia

Pulau ini dibina dengan menambak kawasan terumbu karang. Pasir disedut dari dalam lagun dan ditambun di atas terumbu yang terdedah sewaktu air surut.

Dua buah tongkang (barge) ditarik naik ke atas terumbu sewaktu air pasang paling tinggi (berpandukan masa dalam sebulan). Kemudian ditambat dengan sauh. Bila air surut kering, tongkang di pecahkan di bahagian bawah supaya air laut boleh masuk. dan pasir laut mula diisikan ke dalam tongkang menyebabkan ianya berat dan tetap kedudukan walaupun waktu air pasang.

Kemudian seawall dibina. pasir disedut dari lagun dan ditambak lagi sehingga pulau menjadi lebih besar. Kemudiannya bangunan didirikan dan pokok-pokok ditanam. Pokok-pokok yang ditanam adalah dari jenis yang tahan kepada keadaan persekitaran laut dan angin masin (salt spray).

Kedua-dua gambar ini adalah diambil oleh Allahyarham Baed, Cawangan Komunikasi, Jabatan Perikanan Malaysia (circa 1982). Gambar atas adalah diambil dari pesawat helikopter Tentera Udara Malaysia. Kelihatan Stesen LIMA TLDM dan sebuah jeti yang telah dibina. Gambar bawah menunjukkan kawasan di mana duduknya resort LLIR sekarang pada waktu air surut. Kerja2 penambakan sedang giat dijalankan dengan jentera oleh Syarikat Sin Matu dari Limbang. Burung Layang Layang bertelur dan membesarkan anak di sini. Apabila anak2nya telah cukup kuat untuk terbang mereka akan terbang pergi dalam satu kumpulan yang besar.