Bermula cuma kawan biasa,
Akhirnya menjadi teman bicara,
Menggarap hubungan penuh mesra,
Mencuit hati menjerat rasa.
Hari berlalu masa berganti,
Terasa kehangatan jalinan dicipta,
Meresap ke kalbu menyuntik raga,
Perasaan terusik panahan asmara.
Ungkapan rindu cetusan jiwa,
Menggamit rasa menguit sanubari,
Apa lagi yang boleh dikata,
Hati tersentuh menyetap diri.
Madah pujangga hiasan bahasa,
Terukir indah puitis bicara,
Hati terpaut jejaka berpunya,
Terjerat rasa menghantui jiwa.
Tersentak diriku dari lamunan,
Mengharap kasih dari kejauhan,
Entah ada kesudian tuan,
Membalas rasa satu permintaan.
Email dilayang tanda ingatan,
Melontar kegelisahan atas kenyataan,
Biarpun pedih ikhlas diluahkan,
Menyingkap situasi suatu kebenaran.
Gundah gulana berlalu pergi,
Aman dihati tenang dijiwa,
Lega terasa kedamaian digapai,
Indah perasaan disirami cahaya.
Tersentak diriku dari lamunan,
Mengenang kisah kasih terlarang,
Walaupun hiba melanda perasaan,
Namun hakikat semakin berkembang.
Dalam meredah arus dunia,
Kekadang terlelap hingga terlena,
Perasaan ku teringat padamu Nina,
Rindu membara sepanjang masa.
Meredah masa rindu berpanjangan,
Mengocak tasik hati dalam kepiluan,
Ingin saja dilerai ikatan persahabatan,
Moga jernih gerhana perasaan.
Usah dinda berkata begitu,
Membuat diriku semakin sayu,
Biar detik merungkai waktu,
Menambah rinduku padamu selalu.
Adakalanya kita terlupa,
Dimanakah duduk perkara,
Walaupun tahu dalam bahaya,
Hanya kerna panahan asmara.
Asmara bergelora didalam dada,
Hanya antara yang tahu sahaja,
Biarlah ia dipendam rasa,
Luahkan ia bila bersua.
Dalam kegelisah gurindam tercipta,
Untuk melontar rasa hiba,
Memendam rindu menerbit duka,
Apakan daya tabah sentiasa.
Nikmat bercinta sememang ada,
Antara hakikat keperluan dunia,
Simpan ia jangan terluka,
Atau mungkin didengar kata.
Hakikat kehidupan penuh pancaroba,
Menghadapinya perlu ada kekuatan,
Jika kita teralpa seketika,
Musnah pedoman punah keimanan.
Memang benar katamu dinda,
Bahaya mengundang kira terlupa,
Ingin saja memendam rasa,
Tapi tak terdaya ku buat apa.
Hari2 yg berlalu tanpa dapat dikejar,
Hari2 mendatang amat menakutkan,
Menyemai kasih bertambah sukar,
Apakah ianya menuju penghujung jalan?
Usah bimbang aduhai Nina,
Rasa gelora berkocak didada,
Semoga kita cepat bersua,
Meluah rasa sekian lama.
Dalam kerinduan menyambut Ramadzan,
Tak sanggup lagi untuk menahan,
Menunggunya penuh kesyahduan,
Semoga berada dalam ketabahan.
Dalam kedinginan malam yang syahdu,
Tersentak hatiku menyebut namamu,
Nampak ceria bila bertemu,
Menambah erat kasih dihatiku.
Sepimu membuat daku terpana,
kehadiranmu seketika menusuk jiwa,
Amukan rindu dibatasi masa,
Mengugat kasih dalam mesra.
Keabadian kasih igauan insan,
Memupuk hati dan perasaan,
Masa membatas ruang perjumpaan,
Namun terasa bibit kemesraan.
Dalam mengejar erti kemesraan,
Terbayang wajahmu penuh keayuan,
Membisik mesra penuh kemerduan,
Membuat diriku dalam kerinduan.
Dalam meniti hari berlalu,
Terkenang segala kenagan lalu,
Bibit mesra usah diragu,
Walau rindu datang bertamu.
Kasihmu ku sambut mesra,
tak sabar menanti saat bersua,
Melepas rindu terbuku didada.
Dalam mengejar kenelut kehidupan,
MEncari kebahagian suatu kepastian,
Walau apa bentuk rintangan,
Moga kasih kita tetap berpanjangan.
Wajahmu kupandang penuh keayuan,
Senyum manismu terasa sungguh menawan,
Kerinduan terubat sewaktu pertemuan,
Seolah benci akan perpisahan.
Menjelang sudah tahun baru (2006),
Cabaran getir perlu dihadapi,
Perlu ada kekuatan yang padu,
Untuk berjaya tabah harungi.
Dari kejauhan hanya titipan,
Alunan kasih bersama kerinduan,
Tidak pernah padam sinaran,
Mekar seiring masa berjalan.
Dalam hati ada perasaan,
Hanya dikau dan diriku yg tahu,
Betapa kuatnya rasa ikatan,
Andai terluka punah kalbu.
Mengingatimu membuatku gembira,
Tapi juga membuatku derita,
Perlukah diberi kata dua,
Melerai hubungan antara kita?
Terima kasih wahai adinda,
Mengingat daku akan usia,
Moga kita terus mesra,
Tidak seperti dimamah usia.
Hati teringat padamu selalu,
Merindui dirimu yg pernah kutemu,
Kekadang terlupa menghubungi juwitaku,
Dek kesibukan datang bertamu.
Bukan merajuk jua menyepi,
Kekangan masa kesibukan kerja,
Membatas waktu tugas diuliti,
Namun ingatan tetap menguja.
Dalam diam engkau membisu,
Walau berkali kuseru namamu,
Namun kutetap menunggu hatimu,
Untuk memperkata akan sesuatu.
Kala senja mula menjelma,
Dikau ku tunggu tak kunjung tiba,
Hilang sudah entah kemana,
Membuat diriku gundah gelana.
Rindu hatiku sudah terubat,
Mendengar suaramu penuh hebat,
Inginku layangkan bingkisan berat,
Sebuah ciumna penuh erat.
Lewat masa hati tertanya,
Apa gerangan orang disana,
Mungkin sibuk berangan saja,
Atau keletihan dengan kursusnya?
Sibuk berangan sudah semestinya,
Keletihan kursus tetap terasa,
Namun kumohon darimu dara,
Selalulah hiburkan hatiku yang lara.
Manakan mungkin hati lara,
Terpisah dari tersayang hanya sementara,
Makin menambah rindu membara,
Pertemuan semula terubat segera.
Katamu mungkin terkeluar biacara,
Atau hanya andaian saja,
Tapi akan kubuktikan jua,
Cuma tunggu waktu dan ketika.
Pantun dituju untuk disana,
Tiada berkait dgn disini,
Menguji minda menyemarak suasana,
Jika terasa maaf dipohoni.
Katanya pantun bukan utk disini,
Tapi disana sms terus kemari,
Apakah niat tersimpan dihati,
Atau sengaja melarikan diri.
Dalam kerinduan suaramu penuh syahdu,
Membisik kata sayang dan rindu padaku,
Ingin segera kucurahkan hatiku,
Untuk santapan syurga dirimu.
Dujai manisku yang jauh menyendiri,
Gerangan apakah yg bermain dihati,
Hendap ku singkap pasti tak ditemui,
Eloklah sahaja segera dimaklumi.
Ingin kusentuh dirimu sayang,
Ingin kuluah perasaan terpendam,
Walau jauh igauan melayang,
Akan kuingat hingga mata terpejam.
Apa benar kata dinda,
Atau hanya penyedap kata,
Kalau benar bagai dikata,
akan kupeluk erat dirimu dinda.
Memang abang memendam rasa,
Untuk memiliki dirimu dinda,
namun jika benar bagai dikata,
kurela menyerahkan segalanya.
Jangan terlalu mengikut rasa,
Mingkin menjurus ke sengsara,
Pintaku satu mengawal jiwa,
Agar keharmonian tetap terpelihara.
Terlalu jauh anggananmu kanda,
Penuh ranjau dan ringtangan perlu ditempuh,
Bisa merobek hati2 org yg disayangi sediakala,
Akhirnya sendiri yang tersepuh.
Walaupun hatimu terluka,
Kelopakmu dibasahi air mata,
Namun hanya satu yang kupinta,
Agar dikau menelefon ku segera.
Bila melihat bintang di awan,
Terukir wajahmu dalam senyuman,
Hendakku cium hanyalah lamunan,
Mengapa diriku diulit perasaan.
Dalam kerinduan suarumu penuh syahdu,
membisisk kata sayang dan rindu padaku,
ingin segera kucurahkan hatiku,
Untuk santapan syurga dirimu.
Dalam kesibukan menjalankan tugas
Terpaksa guna fikiran yg waras
bagi menghubungi mu jua agak terbatas ,
Walau ku terima kata yg pedas.
Teringat dirimu suatu kepastian
anganku mencium pipimu satu harapan
semoga tertunai jua satu impian
namun jangan sampai dkau putus hubungan.
Nak kucium bibirmu dkata putus hubungan
nak kucium pipimu dkata tiada harapan
nak kupegang tanganmu dkata kurang sopan
namun hakikat aku hanya memendam perasaan dalam igauan
Ketika duduk seorang diri,
wajah manismu terus menghampiri
mengusap lembut jari jemari
membuat diriku menyinar berseri.
Pandainya dikau menyusun kata
Membuat diriku tergamam seketika
usah diingat cerita lama
boleh terurai cinta kita
inginku sentuh tanganmu penuh mesra
mengapa digengam sedemikian rapat rupa
Adakah sesuatu yg tidak kena
atau sengja mengelak agaknya
Air mata jatuh menitis
Membasah skrin penuh puitis
Tak dapat kutahan walau setitis
Kerna mengalir seperti gerimis.
Berfikir sejenak tentang pertemuan
mengupas segala apa yg diperkatakan
Aku akhirnya sedar akan kebenaran
Bagi dirimu yg menegaskan ungkapan
Tidak salah jika berbicara,
hanya menyentuh soal biasa,
Tapi diriku lain pula,
Cuba mengerat hubungan yang ada.
Maafkan daku untuk segala
Hubungan mesra yang telah terbina
Melukakan hatimu tanpa kuduga
seakan untuk selama-lamanya
Aku bukan yang istimewa,
Jiga tidak menepati rasa,
Mem bahagiakan dirimu setiap masa
Bagi membalasa pengorbanan yg dicipta.
Mendengarderu air dilaut,
Melihat ombak berdersir di pantai
Terperangkap aku dalam kemelut
Seolah dilambung seperti badai.
Jiwamu meronta mencari cinta,
Memendam luka umpama cuka
Dikau juga merana jiwa
Akibat korban cinta asmara.
Aku yang kau panggil sayang
Meluahkan kebenaran yang terpendam
Untuk kebahagiaan yang tersayang
Bagaimaan harus kuungkapkan, luahan hati yang penuh misteri,
sering saja salah tanggapan,
membuat aku takut sendiri.
pantun darimu penuh gurindam,
terkehut hatiku bila terpandang,
usahlah dikau merasa geram,
membuatkan diriku semakin sayang.
tidak marah tapi geram
jemputan ikhlas dikata sumbang
luahan hati syik diperam
itu tandanya jiwa yg goncang.
jangan marah adinda kusayang
oada oantun yg baru kulayang
hanya hiburan diwaktu siang,
dlmmenuju perjalanan pulang.
gelora diriku semakin kencang,
bagai laut dipukul gelombang
jemputan sayang agak sumbang
kerana perutku sudah kenyang
sering ku kia dgn ungkapan,
sebagai luahan hati dan persaan
namun tak upaya menyatakan
hasrat sebenar yg kuharapkan,
perjalan jauh kenegeri org,
menghirup udara sungguhtenang,
tersingkap kenangan kenagan bersama sayang
yang tak layu dlm bayangan
keadaan memaksa ku membisu,
bkn kerna tak pedulipadamu
jika dusta luahan jiwa pd angaapanmu
apa logika ku berkata spt itu.
megapa dikau diam membisu
mengharap aku meninggalkan mu
adakah dikau tekah ketemu
pengganti diriku yg lebih jitu.
gelora diriku semakin kencang bagai laut dipukul gelonbamg jemputan sayang agak sumbang kerana perutku sudah kenyang