Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

GuRiNdaM PaNtuN IX

Maafkan kekanda wahai adinda,
Masa memang mencemburui kita,
Sejak awal pagi kuhadap periksa,
Baru sekarang selesai segalanya.

Kufahami kesibukan dirimu,
Masa terbatas tumpuan diberi,
Mengapa terlupa dikabar padaku,
Ke medan periksa tanpa inpirasi?

Selaut rindu segunung kasih,
Terlalu gah sebagai ukuran,
Tidaklah daku rasa bersedih,
Kata-katamu menjadi pegangan.

Walau masa berlalu pergi,
Teguh berdiri kenangan silam,
Usah difikir akan sendiri,
Rinduku padamu semakin mendalam.

Kemesraan tercipta tanpa disangka,
Garapan padu kasih sayang dan rindu,
Putaran waktu terus berlalu saja,
Imbasan nostalgia tetap diingatanku.

Kesepianmu untuk seketika waktu,
Memberi tumpuan akan peperiksaan,
Hanya doaku mengiringi dirimu,
Moga beroleh mercu kejayaan.

Ketika diriku menonton tv,
Terdorong hati menghubungimu dewi,
Asal dapat kudengar suaramu puteri,
Hilang sudah rindu disanubari.

Salam rindu aku layangkan,
Khas untukmu yang sedang keseorangan,
Andai dikau benar kesunyian,
Imbas kembali detik pertemuan.

Masa berlalu menambah kerinduan,
Panggilan pula menguat jalinan,
Mana mungkinku rasa kesepian,
Andai dirimu sentiasa diingatan.

Hati merasa sangat gembira,
Mendengar suaramu aduhai Nina,
Rindu padamu makin terasa,
Bagai api panas membara.

Sekiranya kau tahu rindu dihati ini,
Betapa resah gelisah perasaanku,
Kerna sayangku pada dirimu kini,
Ku tempuh dugaan walaupun pedih memilu.

Terlalu dalam luahan rasa,
Bagai lelayang terputus talinya,
Benarkah kata yang dinda nyatakan,
Memaksa diriku untuk bertanya.

Cetusan minda pantun terbina,
Ungkapan perasaan dari sanubari,
Mengapa kasih menjadi dilema,
Perlukah kuusir ianya pergi?

Janganlah pulak kata begitu,
Membuat diriku menjadi pilu,
Kusambut kasihmu penuh jitu,
Agar terurai resah dikalbu.

Maafkan diriku kerna membuatmu resah,
Bukan niatku untuk memaksa,
Itulah yg terbuku dapat diluah,
Moga hilang kerinduan bertakhta.

Aku juga tidak memaksa,
Merebut cinta sedang ada,
Andai dirimu dalam dahaga,
Akan kucurah air ditelaga.

Apa benar bagai dikata,
Atau hanya menyedap rasa,
Bukan daku dalam dahaga,
Hanya pengertian yang diminta.

Rindu memaksa untuk dikau berkata,
Antara jiwa dan citarasa,
Memang rindu sudah lama terbina,
Hanya luahan penyembuh rasa.

Kasih terjalin tanpa diduga,
Hanya seakan ingin mencuba,
Rupanya ia teramat mesra,
Hingga terlupa alam yang nyata.

Jangan dilayan amukan kerinduan,
Memancing resah dikalbu jua,
Terhadap peperiksaan diberi tumpuan,
Moga beroleh kejayaan diiringi doa.

Terpaut hati atas senyuman,
Terikat diri atas layanan,
Tenggelam diriku dalam lamunan,
Sering terbayang diamuk kerinduan.

Kasih terbayang diruang mata,
Hanya teringat padamu dinda,
Lama sudah tidak bersua,
Hanya lamunan sering menjelma.

Rindu berpanjangan tiada putusnya,
Rencam adat berkasih sayang terisi,
Terhentikah lamunan yang menjelma,
Andaikata kita bersua kembali?

Terukir indah sebuah cerita,
Antara cinta dan juga asmara,
Siang malamku kau asyik menggoda,
Bilakah kita dapat bersua?

Terkejut daku dengan pernyataan,
Menggoda dirimu tanpa batasan,
Tidakku jangkakan sebuah pertemuan,
Kerana keadaan dan waktu tidak mengizinkan?

Sekelumit kasih dicurah tanpa jemu,
Diselit rindu tercerap mesra,
Terima kasih atas pengertianmu,
Segalanya kuhargai sebilang masa.

Pandai sungguh menyusun bahasa,
Disulami penuh kata pujangga,
Apakah lahir perasaan cinta,
Atau sekadar bermadah seloka?

Duhai kekanda pujaan adinda,
Terpegun daku bila dikau berbicara,
Persoalan antara seloka dan cinta,
Tepuklah dada tanya selera.

Pertemuan diatur tanpa diduga,
Terkadang terhalang kerna terpaksa,
Namun mesra tetap terasa,
Kerna dirimu sentiasa bertakhta.

Kesedihan dihati ini tiada siapa yang tahu,
Kedukaan yang dalam sering menghantui,
Kehadiranmu memberi sedikit cahaya padaku,
Walau kutahu padah yang menanti.

Kasih termetri secara terpendam,
Hatta kerinduan memagari antaranya,
Mungkinkah jalinan mesra akan terpadam,
Jika rahsia terbongkar akhirnya?

Sekian lama sepi membisu,
Membuat kita asyik menunggu,
Kerna saling faham antara satu,
Moga tidak megundang jemu.

Saban hari menanti kabar darimu,
Tidak secuit pun rasa jemu,
Memang kita faham satu sama satu,
Betapa pedihnya saat kesepian itu.

Merdu suaramu menghibur hatiku,
Rindu padamu mengusik mindaku,
Ciuman kasih kulayangkan padamu,
Hanya itu termampu buat diriku.

Betapa kerinduan terubat akhirnya,
Mendengar berita darimu membuatku ceria,
Layangan kasihmu kusambut mesra,
Moga perhubungan ini mekar sentiasa.

Diam bukan menjauhi diri,
Apa tah lagi ingin menyendiri,
Kukenang dikau dikejauhan ini,
Sabar menanti sapaan mu dewi.

Pada malam kian sunyi,
Daku rindu suaramu dewi,
Terasa indah hubungan ini,
Bagai angin diwaktu pagi.

Sepiku bukan merajuk diri,
Bukan pula memendam hati,
Niat tak mahu menggangu konsentrasi,
Agar peperiksaan diberi prioriti.

Liku kehidupan merentasi masa,
Kerinduan itu tetap menjelma,
Jalinan hubungan kian erat mesra,
Bagaikan angin sepoi-sepoi bahasa.

Pengorbanan masa dan juga diri,
Keluarga tersayang tidak terkecuali,
Kursus dijalani penuh dedikasi,
Bayangan kejayaan bakal menanti.

Hanya kata-kata dorongan dan semangat,
Bersama ketabahan dan kecekalan hati,
Semoga periwiraku terus kuat,
Meraih kejayaan kemudian hari.

Sering hadir dalam memori hidupku,
Semua pantun disusun indah lagi bermutu,
Mungkinkah ia akan hilang begitu,
Ditelan takdir dan juga waktu.

Hati gembira mendengar berita,
Suaramu ayu amat tergoda,
Kuimpikan kita dapat bersua,
Melepas rindu tidak terkira.

Riang rasa tidak terperi,
Mendapat panggilan tidak terduga,
Pertemuan dimpi melerai rindu,
Semoga perhubungan terus dibaja.

Terkadang aku termenung sendiri,
Mengenang kisah silih berganti,
Berdosakah aku selama ini,
Cuba melerai ikatan tali?

Pernah terfikir hubungan kita,
Rasa bersalah kadang melanda,
Telah sekian lama bersapa,
Mengapa baru terfikir akan dosa?

Setelah melihat akan cerita,
Juga mendengar akan ceramah,
Banyak membabit hubungan kita,
Seakan tersalah memilih arah.

Andai hati tersedar dari lena,
Hingga akhirnya penyesalan timbul,
Demi kebaikan kita bersama,
Apa tindakan perlu diambil?

Hati menangis andai berpisah,
Kuselam hatimu yang lama sudah,
Kasih berputik begitu indah,
Terkulai layu angkara bermadah.

Terciptalah satu kisah trajis,
Remuk perasaan dalam lara,
Kuakui hati akan menangis,
Andai terjadi perpisahan antara kita.

Hari mendatang kian samar,
Kerna kasihmu seolah kucemar,
Kurampas hatimu dengan sedar,
Hingga membuat sayangmu pudar.

Sungguh pilu bila memikirkan,
Arah tuju tidak kelihatan,
Tiada jalan memulih kekusutan,
Hanya satu saja ...PERPISAHAN.

Termimpi aku di dalam lena,
Dihimpit tuju mencari arah,
Katakan sesuatu padaku Nina,
Agar kusutku hilang sudah.

Menghitung hari tanpa jemu,
Menanam kasih disudut hatimu,
Walau kunci tidak kau serah padaku,
Semoga subur dan tidak layu.

Kasihku padamu tak akan pudar,
Walau masa silih berganti,
Tapi diriku masih sedar,
Setakat mana perlu dibatasi.

Usah disebut akan perpisahan,
Akan menambah lagi kekusutan,
Hanya perlu cari kewajaran,
Agar hubungan terus berkekalan.

Hati terpaut padamu sayang,
Membuat siang ku menjadi riang,
Andai malam ku tidak tenang,
Moga dirimu sudi bertandang.

Ada ketikanya tidak kufahami,
Akan hubungan antara kita,
Walaupun konflik hati dialami,
Wajarkah diteruskan jua?

Imbasan pertemuan teramat indah,
Walau seketika masih aku terasa,
Hati yang keras akhirnya punah,
Apakah ilmu yang diguna?

Duhai kasih pujaan hamba,
Rinduku membara sepanjang masa,
Bukan ilmu menjadi penyebabnya,
Hati yang ikhlas punca segalanya.

Tercari-cari dalam mimpi,
Satu wajah dalam memori,
Terasa aku hanya sendiri,
Menggamit rindu disanubari.

Andai dirimu ingin dikasihi,
Usah dicari dialam mimpi,
Luahkan saja pendam dihati,
Agar terubat rindu dihati.

Seloka bermula untuk bersenda,
Peralihan masa mengubah suasana,
Jalinan kasih sungguh mempesona,
Andai terpisah pilu terasa.

Qada dan Qadar ketentuan Ilahi,
Adat dunia hidup dan mati,
Pilukan terasa bila sendiri,
Namun tetapkan ketabahan hati.

Ingin sekali memanggil namamu,
Duka dihati tiada siapa yang tahu,
Bukan untuk memujuk rayu,
Sekadar melerai rindu bertalu.

Aku pun sama merindui dirimu,
Terasa ingin dekat dihatimu,
Hanya mesra kuharap darimu,
Agar tenang hatiku selalu.

Ada ketikanya kita terlupa,
Dimana kedudukan hubungan ini,
Perlukah kita terus leka,
Mengejar sesuatu yang tidak pasti?

Dalam daku duduk sendiri,
Terkenang akan dara pujaan,
Ingin melepas amok kerinduan,
Namun terhalang sebab tugasan.

Terasa sungguh akan kehilangan,
Lenyap seketika dikau dalam percutian,
Tugasan perlu diberi keutamaan,
Amukan rindu dilerai kemudian.

Izinkan aku menyayangi dirimu,
Walau untuk sementara waktu,
Apakh dikau jua begitu,
Dahagakan kasih dariku?

Berikan daku sedikit waktu,
Untuk menjawab soalan diaju,
Sungguh membuatku terharu,
Untuk memberikan jawapan padu.

Pandai adinda mengukir kata,
Membuat daku terus terjaga,
Kuizinkan dikau berfikir seketika,
Walau terpaksa menunggu masa.

Niat dihati tak mahu mengganggu,
Tapi perasaan bergolak ingin tahu,
Apa gerangan orang di situ,
Moga sihat ceria selalu.

Telah kucuba mencari punca,
Hari kedua masih tak kujumpa,
Namun usaha tetap kucuba,
Akhir hari ini berjaya juga.

Terasa rindu menyelubungi jiwa,
Dihentak perasaan tidak terhingga,
Namun apa yang mampu terdaya,
Menumpang kasih dihatimu adinda.

Kasih bersambut tercerap mesra,
Terasa terlalu dekat dihati,
Andai terputus jiwa sengsara,
Terpahat kelukaan disanubari.

Mengapa harus beranggapan begitu,
Hingga tersasar arah dituju,
Yakinlah ia tak akan berlaku,
Semaikan kasih dan bajai selalu.

Maafkan adinda wahai kekanda,
Mengheret dikau dalam suasana,
Hanya meluahkan kebimbangan melanda,
Kerna masa mendatang tak terduga.

Merdu suaramu mencuit hatiku,
Lembut wajahmu memukau jiwaku,
Terasa lama tidak bertemu,
Membenam diriku ke onak rindu.