Sayang..
Kiranya keresahan
melanda dirimu
Kiranya lenaanmu diundang kekalutan
Kiranya irama syahdu menggamit seribu kenangan
Itulah hembusan rinduku
Sayang..
Kiranya jiwamu bergelora mengukir rindu
Kiranya bayangku bermain difikiranmu
Kiranya bicaraku berbisik di istana hatimu
Kiranya senyumanku menggegarkan pintu kalbumu
Itulah lintasan suci wajah cintaku
Ilham rasa
Arina Melissa Idayu
Sayang..ombak yang bergelora resah
Menghempas jiwaku ke pantai
Bulan yang mengambang rindu
Menghumban aku ke gaung sedu
Ke manakah nakku bawa lara ini?
Jika suatu hari nanti kamu berasa berasa kecewa itu amat pedih
,
Isyarat mata dan senyuman dapat menzahirkan cinta walaupun hati
cuba menyembunyikannya
Janganlah kamu menjadi seumpama bunga plastik yang hanya cantik
untuk dipandang,
tetapi tidak mampu mengeluarkan bau yang wangi
Lambat laun, kecantikan akan lenyap.
Oleh itu, carilah perempuan yang cantik agar kecantikannya
akan kekal lebih lama daripada yang hodoh
Cinta pertama hanyalah satu kebodohan dan dipenuhi persoalan
Dalam mencari teman hidup, sememangnya rupa paras itu tidak penting,
tetapi lebih teruk lagi seandainya rupa paras tiada dan perangainya teruk pula
Cinta adalah seumpama pohon. Untuk membesar ia perlu dibajai.
Baja cinta adalah kesabaran dan cemburu yang minima
Janganlah menghancurkan kebahagiaan orang lain jika kita tidak mahu
kebahagiaan kita dikecewakan
Sayang..hidup kita tidak akan berubah menjadi lebih baik dari masa lalu
jika kita tidak
pernah mahu mengubah ke arah kebaikan
Sayang..kiranya aku meninggal lebih dahulu darimu,
hanya satu saja pesanan yang berharga dapat
kutitipkan buatmu iaitu jadilah insan yang bertaqwa
Hargailah kasih sayang seseorang sewaktu dia bersama kita
kerana
tidak guna berasa kehilangannya setelah dia pergi
Hati kita tidak lagi mudah dikecewakan oleh manusia setelah kita rasa
betapa kelazatan cinta kepada Allah
Biarlah kita kehilangan kekasih, asalkan kita tidak kehilangan rahmat Allah