"Baiklah pelajar-pelajar. Masa sudah tamat. Sila letakkan pen dan ikatkan kertas jawapan anda." laung Ustazah memecah kesunyian dewan peperiksaan tersebut. Arisya dan Iskandar segera menamatkan perbualan mereka dan mengikut arahan yang diberikan. Setelah semua kertas jawapan di kumpulkan, Arisya segera mengemaskan barangnya untuk pulang ke rumah. Namun, niatnya terhenti apabila Iskandar menghalangnya dari tempat duduknya. Arisya tidak mampu untuk menolak mahupun menjerit. Dia sedar sekiranya dia melakukan perkara tersebut, sudah pasti dia sendiri akan mendapat malu. Terpaksalah Arisya merayu kepada Iskandar supaya memberinya laluan. Iskandar tidak mengendahkan rayuan tersebut. Sebaliknya, Arisya akan dilepaskan setelah menjawab soalan yang bakal diajukan.
Arisya dapat merasakan suatu kelainan pada Iskandar pada masa tersebut. Iskandar memandang Arisya dengan renungan yang tajam lantas merapatkan mukanya ke telinga Arisya. "Arisya ..Arisya sayang Is tak?" lembut suara Iskandar mengajukan soalan. Arisya terkejut dengan soalan tersebut. Berderau darahnya, meremang romanya mendengar suara Iskandar yang romantis. Arisya menelan air liurnya. Lidahnya kelu seribu bahasa. Matanya tidak berkelip memandang lantai. Iskandar mengulangi soalannya. Arisya masih membisu.
Tiba-tiba, terkeluar juga luahan hati
Arisya . "Abang!"
nada suara Arisya agak berlainan. Iskandar menoleh ke luar dewan. Dari jauh kelihatan abang
Arisya, Azlan sedang menuju ke dewan
peperiksaan. Iskandar segera meninggalkan Arisya yang masih dihujani seribu
persoalan. Arisya merasa lega sedikit. Dia bimbang sekiranya tingkahlaku
Iskandar diketahui oleh abangnya. Azlan terkenal dengan sikapnya yang panas
baran dan amat dihormati oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Disebabkan
itulah, tiada seorang pun pelajar lelaki yang berani mengganggu Arisya.
Sepanjang alam persekolahan Arisya di sekolah tersebut, Arisya tidak pernah
menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ekoran sikapnya yang pendiam
dan pemalu itu juga menyebabkan dia sukar untuk didekati. Impian hidupnya hanya
untuk berjaya dalam pelajaran. Namun, kehadiran Iskandar serba sedikit mencabar
hati keperempuanannya.
Peristiwa petang itu membuatkan fikiran Arisya tidak tenteram. Pelbagai
persoalan bermain-main di fikirannya. Mengapa Iskandar bertanya perkara itu kepadanya. Apakah Iskandar tidak sedar
bahawa dirinya itu telah mempunyai kekasih. Seorang gadis yang muda dua tahun
darinya, lemah lembut dan ayu. Tidakkah itu semua masih tidak mencukupi. Mengapa
perlu dia mencari aku??? Adakah Iskandar dicabar oleh rakan-rakannya untuk
menawan hatiku ini??? Mengapa semua ini terjadi di saat aku ingin menempuh
gerbang peperiksaan?? Semua persoalan itu lenyap dalam lenaan di malam yang
dingin.
Peperiksaan SPM bermula. Semua pelajar Tingkatan 5 pasrah dengan segala keputusan peperiksaan yang bakal mereka perolehi. Yang penting mereka telah sedaya upaya menjawabnya. Sehari sebelum tamat hari peperiksaan. Arisya terserempak dengan Iskandar. Arisya masih segan silu. Apatah lagi bila terkenangkan peristiwa di dalam dewan peperiksaan dahulu. Iskandar meminta alamat Arisya untuk dihubungi serta sekeping gambar untuk kenang-kenangan. Begitu juga dengan Arisya .Keesokannya, mereka bertukar-tukar sampul. Iskandar segera beredar. Arisya membaca surat yang dikepilkan didalam sampul tersebut. Setiap baris ayat ditelitinya. Isi surat itu begitu menyentuh perasaannya. Semenjak itu, perkara yang ingin diberitahu oleh Iskandar sering bermain di fikirannya.
Seminggu selepas tamat peperiksaan,
Arisya
memenuhi masa lapangnya dengan mengambil kursus komputer
di Ampang Point, Selangor. Dia menetap di rumah pakciknya sehingga tamat kursus
tersebut. Hubungan
Arisya
semakin rapat dengan Iskandar walaupun hanya berhubung melalui cebisan kata-kata di
lembaran.
Di lembaran juga, Iskandar meluahkan segala-galanya. Hati
Arisya
telah dimiliki oleh Iskandar.
Arisya
berazam untuk menjadi seorang kekasih yang setia dan jujur dalam hubungan.
Apakah ianya mampu bertahan??
Tanpa disedari, titisan airmata membasahi pipi
Arisya.
"Apakah kepastian yang kuharapkan selama ini
akan mengundang sinar kebahagiaan?" rintih hati kecilnya. Segera
Arisya mencapai tisu lalu dilap air mata yang mengalir itu dikhuatiri akan
diketahui teman sepejabatnya.