TERJEMAHANNYA:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang.
1. Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan)
Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
2. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati
dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah
di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal
kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
3. Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh
petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan
Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak
munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah
engkau melihat sebarang kecacatan?
4. Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali,
nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada
melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana
habis tenaga dengan sia-sia).
5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi
langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang,
dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan
dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
6. Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap
Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali.
7. Apabila mereka dicampakkan kedalamnya, mereka
mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
8. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana
kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan kedalamnya sekumpulan besar (dari
orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah
kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia
dahulu)?"
9. Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang
kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan
serta kami katakan (kepadanya): "Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu
(wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan
yang besar!"
10. Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu
mendegar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah
kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka ".
11. Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka
(sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah
dari ahli neraka.
12. Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar
hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak
melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
13. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan
atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
14. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian
makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya,
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
15. Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah
digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah
dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah
(tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah
nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
16. Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada
Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang- balikkan bumi
menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan
kamu di bawahnya)?
17. Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut)
kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada
kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu maka dengan itu, kamu
akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
18. Dan demi sesungguhnya! Orang-orang (kafir)
yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul- rasulnya lalu
mereka dibinasakan) dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya
kesan kemurkaanKu.
19. Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan
(kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah
yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembangkan sayapnya dan mengatupnya?
Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (Kekuasaan) Allah
Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.
20. Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi
kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya)
orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya
21. Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada
kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka
(yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan
diri (dari kebenaran).
22. Maka adakah orang yang berjalan (melalui
jalan yang tidak betul), yang menyebabkan dia selalu jatuh) tertumus di
atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul,
melalui jalan yang lurus rata?
23. Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang
menciptakan kamu (dari tiadakepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati (untuk kamubersyukur, tetapi) amatlah sedikit
kamu bersyukur".
24. Katakanlah lagi: "Dialah yang mengembangkan
kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
25. Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah
datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang
yang benar?"
26. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya
ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah,
dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran
yang terang nyata"
27. Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka
melihat (azab) yang dijanjikanitu secara dekat, muramlah muka orang-orang
yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka) "Inilah dia yang dahulu
kamu kerapkali minta disegerakan kedatangannya!"
28. Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka)
"Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang
bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi
rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkankamu), - maka siapakah
yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak
terperi sakitnya?"
29. Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka):
"Allah Dialah Yang MahaPemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang KepadaNya
kami berserah diri oleh itu kamuakan mengetahui kelak siapakah yang berada
dalam kesesatan yang nyata".
30. Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu,
sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain
Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar
mengalir?"
FADZILAT SURAH AL-MULK
Abu Hurairah Radi-Allaho 'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa'ati (memberi syafa'at) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi."
Nota: Surah al-Mulk juga dikenali sebagai surah
Tabarak-al-ladhi
Tentang surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) ini
ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe
wa sallam bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam
setiap hati orang-orang yang beriman."
Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara solat Maghrib dan Isya adalah seumpama seseorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke 9 didalam kiraan Islam . Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puloh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam 'Laila-tul-Qadr'. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.
Tirmidzi rahmat-Ullah 'alaih meriwayatkan daripada Ibn-e-Abbas radi-Allaho 'anho; "Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah disatu tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur.Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk). Merekapun menceritakan peristiwa itu kepada Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan."
Jabir Radi-Allaho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam tidak akan pergi tidur sebelum ia membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk).
Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho telah berkata
bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan hahawa ada seorang
pendosa besar yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca
surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang
ini dan memohon kepada Allah, "Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali
membaca daku." Dengan syafa'at dari surah ini diterima oleh Allah lalu
diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan
dengan pahala." Khalid Ibn-e Ma'dan radi-Allaho 'anho juga telah meriwayatkan
bahawa, "Surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan
berkata, 'Ya Allah! jikalau aku ini berada didalam KitabMu, maka terimalah
syafa'atku, jika tidak hilangkanlah sahaja daku ini daripada KitabMu!'.
Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor
burung, mengembangkan sayapnya keatas rnayat
itu dan menjaganya daripada siksaan kubur." la telah meriwayatkan semua
sekali kelebihan-kelebihan surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak
akan pergi tidur sehinggalah ia membaca dua surah ini.
Ta'us rahmat-Ullah 'alaih telah berkata, "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.
Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthman radi-Allaho 'anho berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah ia menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka. Ia menjawab, "Aku telah mendengar dari Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.
Ya Allah! selamatkanlah kami daripada azab ini
dengan keampuananMu.