KEPERLUAN KEPERLUAN SOLAT YANG BAIK YANG DIANJURKAN
OLIH
AHLI- AHLI SUFI.
Ahli ahli Sufi menulis bahawa ada dua belas ribu fadhilat yang dapat dicapai dalam solat melalui dua belas perkara.Kalau seseorang mahu mendapat manafaat yang penoh dari solatnya,dia mestilah menjaga perkara perkara ini.Ikhlas sudah tentu mustahak pada setiap langkah.Perkara perkara itu adalah saperti berikut:
1. Ilmu:Sesuatu ibadat yang diamal tanpa ilmu amatlah rendah mutunya dari ibadat yang diamal dengan cukup ilmu.Olih itu kita mestilah tahu:
a. yang manakah dari amalan amalan itu yang
fardu dan yang sunat.
b. apakah yang fardu dan apakah yang sunat
dalam wudhu dan solat.
c. bagaimanakah Syaitan itu menhalang dalam
solat.
2. Wudhu:Kita mestilah cuba:
a. membersihkan hati kita dari hasad dan
dengki saperti mana kita membersih anggota anggota
badan kita yang lain.
b. menjaga diri kita agar bersih dari dosa.
c. supaya jangan membazir dalam menggunakan
air.
3. Pakaian:Pakaian kita hendaklah:
a. yang diperolehi dari sumber yang halal
b. yang bersih.
c. menurut sunnah yakni mata kaki (buku
lali) jangan ditutup
d. sederhana dan jangan yang bolih menunjukkan
sifat pelagak dan pemegah.
4. Waktu:Kita hendaklah bolih:
a. memberitahu waktu yang betul pada sebilang
masa.
b. berwaspada akan azan setiap ketika.
c. menitik beratkan waktu solat kerana
takut kalau kalau terlambat.
5. Qiblat:Ada tiga perkara yang mesti dipastikan semasa mengadap qiblat:
a. kita hendaklah mengadap qiblat dengan
jasad.
b. Hati kita mestilah selalu mengingati
Allah kerana qiblat hati ialah Allah.
c. Taatilah Allah sepertimana hamba mentaati
tuannya.
6. Niat:Untuk ini kita perlukan perkara perkara yang berikut ini yang mestilah dititikberatkan:
a. Kita mestilah yakin dengan sebenar benar
yakin akan solat yang hendak ditunaikan.
b. Kita hendaklah sentiasa sedar bahawa
kita sedang mengadap Allah yang melihat kita.
c. Kita mestilah yakin dengan sebenar benar yakin
bahawa Allah mengetahui segala apa yang ada didalam hati kita.
7. Takbir tahrima:Keperluan takbir tahrima adalah:
a. Lafaz lafaznya dilafaz dengan betul.
b. Kedua dua belah tangan hendaklah diangkat
hingga ketelinga.Ini menandakan bahawa kita sudah putuskan segala hubungan
kita dengan segala galanya kecuali Allah.
c. Kebesaran Allah terasa didalm hati semasa
melafaz "Allahu Akhbar"
8. Qiyam:Semasa qiyam kita hendaklah:
a. Pandang ke tempat sujud.
b. Rasa didalam hati bahawa kita sedang
berdiri dihadapan Allah.
c. Jangan ingat apa apa
9. Qaraat:Keperluan keperluan qaraat adalah:
a. Menbaca Quran dengan tajwidnya.
b. memikiri makna ayat ayat yang dibaca.
c. cuba mematuhi apa yang dibaca sedaya
upaya.
10. Ruku':Keperluan keprluan ruku' adalah:
a. Belakang kita mestilah lurus yakni seluruh
badan atas dari kaki hendaklah lurus saperti satu garisan.
b. Lutut dipegang kukuh kukuh dengan jari
jari direnggangkan.
c. Mengucap tasbih dengan penuh tawadhu'
dan khusyu'
11. Sujud:Keperluan keperluan sujud adalah:
a. Tangan diletak dekat dengan telinga.
b. Siku ditinggikan dari bumi.
c. Mengucap tasbih dengan khusyu'.
12. Qaadah:Keperluan keperluan qaadah adalah:
a. Duduk di atas kaki kiri sedang kaki kanan ditegakkan.
b. Mengucap tasyahud dengan khusyu' serta
mengingati maknanya kerana ia mengandungi salawat
atas Rasulullah s.a.w serta doa bagi saudara saudara kita orang Islam.
c. Menganggap salam sebagai satu ucapan
salam kepada Malaikat Malaikat serta juga oarang orang disebelah kanan
dan kiri kita. Sapertimana yang telah dikatakan ikhlas adalah intisari
bagi segala perkara maka ia menghendaki kita agar:
a. Bersolat semata mata untuk mencapai
keredhaan Allah.
b. Memahami bahawa adalah hanya kerana
rahmat dan rahimNya yang kita dapat bersolat.
c. Mengharapkan pahala yang dijanjikan
oleh Allah.