Kini telah hampir setahun Norli dengan sahnya menjadi isteri Norman, walaupun
Norli hanya menjadi isteri Norman yang kedua Norli tetap rasa bahagia.Walaupun
masih ada suara sumbang yang kedengaran Norli tetap tidak ambil peduli
semua itu, janji dia telah menjadi isteri Norman yang sah disisi agama.
Buat masa ini Norman seorang suami yang baik dan penyayang, Norli rasa
sungguh gembira walaupun berbagai rintangan yang dihadapinya sebelum dapat
menjadi suami isteri yang sah.
Buat masa ini isteri pertama Norman masih belum mengetahuinya, namun semua
itu tidak akan dapat disimpan lama suatu hari pasti akan terbongkar juga.
Norli yakin dia akan tabah dalam apa juga keadaan dan berharap agar Norman
akan sentiasa bersama dengannya. Untuk sementara ini Norman hanya datang
pada waktu siang dan kadang-kadang hingga kelarut malam dirumah Norli,
namun Norman terpaksa pulang juga ke rumah Murni isteri pertamanya. Semua
itu terpaksa dilakukan untuk mengelak dari rahsia mereka terbongkar untuk
seketika dan Norli telah mengaku sanggup untuk berkeadaan begitu buat sementara
waktu.
Perkahwinan mereka juga ditentang kuat oleh keluarga Norli, namun untuk
melihat anak mereka bahagia kedua orang tua Norli terpaksa terima Norman
walaupun dihati mereka begitu sukar untuk menerimanya. Kedegilan Norli
memaksa mereka beralah dan tetap berdoa agar anak kesayangan mereka bahagia.
“Sayang.....abang terpaksa balik dulu, lambat nanti bising pula kak Murni
tu” Norman telah bersiap-siap untuk pulang.
“Hmmm....baiklah bang, hati-hati semasa memandu ye”. Norli menghantar Norman
hingga kemuka pintu.
“Okey..sayang...kunci pintu ni...jaga diri baik-baik tau”. Norman mengucup
dahi Norli dan terus berlalu ke kereta.
Norli melambai tangan dengan hati yang sayu...namun apakan daya dia sendiri
yang sanggup untuk berkeadaan begini untuk sementara waktu. Walaupun berat
untuk melepaskan Norman pergi dia terpaksa merelakan juga demi ikatan yang
terjalin ini akan berkekalan untuk hari yang mendatang. Kesepian memang
dirasakan oleh Norli namun janji yang pernah dilafazkan pada Norman terpaksa
ditunaikan walaupun kekadang hati kecilnya memberontak agar haknya sebagai
isteri yang sah diberikan.
“Nor...kiranya kita kahwin, buat sementara Man tak boleh bermalam dirumah
Nor. Buat seketika Man tak nak sakitkan hati kak Murni, Nor.......sanggupkah
nanti Man cuma datang kerumah Nor waktu siang dan lewat malam tanpa bermalam
bersama Nor nanti”.
“Nor sanggup Man....Nor faham keadaan Man, janji Man tetap sayang pada
Nor. Segala rintangan akan Nor hadapi dengan sabar, asal kita bahagia bersama
nanti”.
Itulah janji yang kini membelenggu diri dan jiwanya. Betapa mudahnya melafazkan
janji namun begitu perit untuk melaksanakannya. Apa yang telah dikata terpaksa
dikotakan walau seperit manapun jiwa yang menanggongnya. Norli terus kekamar
tidurnya yang berhias cantik namun hanya sepi yang mencengkam kalbu. Hatinya
merintih agar suaminya ada disisi membelai manja, bergurau senda juga memadu
asmara dengan mesranya. Apakan daya semua itu hanya impian yang menggoda
kesepian jiwa perempuannya.
Ada ketika fikiran nakalnya cuba melayang jauh dan membayangkan saat-saat
indah Norman bersama Murni, hatinya merasa cemburu yang membara.
Betapa seksanya batin merintih tanpa dipedulikan oleh Norman. Bila memandang
katil yang berhias cantik namun sepi Norli rasa mahu menangis. Kesepian
dan kedinginan malam menambahkan lagi perasaan yang bergelora dihatinya.
Norli keluar keruang tamu untuk menenangkan perasaannya, Norli cuba mengemas
ruang yang sederhana itu untuk melupakan dan sekurangnya dapat memberi
sedikit kecerian dalam dirinya.
“Nor.....bila kita kahwin nanti Man nak Nor berhenti kerja dan jadi surirumah
sepenuh masa”. Norman menatap wajah lembut Norli sambil memegang tangan
dan mengusap perlahan.
“Mengapa Man tak suka Nor kerja?”. Norli bertanya dengan suara yang manja
sambil merenung tepat kedalam mata Norman.
“Man suka isteri Man sentiasa ada dirumah setiap kali Man balik dari kerja,
disambut dengan senyuman dan Man boleh bergurau senda dengannya tanpa alasan
letih bekerja”. Norman tersenyum pada Norli sambil mencubit hidung mancung
Norli.
“Habis tu..kak Murni tak pernah sambut Man ke?”. Norli cuba pancing perasaan
Norman terhadap isterinya Murni.
“Murni merupakan seorang isteri yang baik, cantik dan mengambil berat tentang
keluarga. Cuma sejak dia mula berniaga masanya banyak dihabiskan
di Butik dari diri Man, itu yang buat Man rasa kesepian dan....Nor jadi
teman yang mengisi setiap kesepian Man” Norman tetap tersenyum sambil memegang
tangan Norli.
Harini genaplah setahun Norli dan Norman menjadi suami isteri. Norli telah
berjanji dengan Norman untuk makan malam bersama. Norli juga telah sediakan
hadiah untuk suaminya yang tercinta, sebotol minyak wangi dan sehelai tali
leher. Norli berdandan cantik untuk malam ini sambil menunggu Norman datang
menjemputnya. Tak sabar rasanya Norli untuk menemui Norman kerana dah tiga
minggu Norman tak datang kerumahnya kerana ada kerja diluar daerah. Norli
terus menanti dengan penuh debar.
Debaran hatinya semakin memuncak bila deringan telefon menjerit meminta
diangkat segera, Norli terus mendapatkan telefon.
“Hello.....” Norli bersuara perlahan.
“Sayang...abang ni”. Terdengar suara garau Norman.
“Abang.....abang dimana ni...Nor dah siap semuanya, abang
nak datang jemput Nor pukul berapa bang...?” Norli bertanya manja.
“Nor....abang nak beritahu Nor, yang abang tak dapat nak makan malam bersama
Nor. Malam ni abang dan kak Murni ada jamuan dirumah kawannya, maafkan
abang...Nor..”. Suara Norman kedengaran tersekat-sekat seakan serba salah.
“Tak mengapalah bang..... Nor faham keadaan abang. Nor harap abang gembira
disana nanti...jangan risaukan Nor”. Norli menuturkan dalam sebak dan diiringi
airmata yang tidak diminta hadirnya, lalu dia terus meletakan gagang talefon.
Betapa sedih dan pilu dirinya disaat itu, namun tiada siapa untuk menjadi
tempatnya mengadu. Norli terus merebahkan dirinya ditilam sambil menangis
sepuasnya. Keciwa benar rasa hatinya ketika ini. Disaat ini dia teringat
kata-kata ibunya tempohari diwaktu Norli memohon restu untuk berkahwin
dengan Norman.
“Nor....bukan mudah untuk menjadi isteri yang kedua ni...kau bukan saja
akan diumpat, malah terpaksa beralah dan bersabar kerana kau mengambil
hak orang. Kau dah biasa dimanja dengan sepenuh hati, bagaimana kau mampu
untuk berkongsi suami dengan orang lain Nor.....fikirlah sebaiknya. Baju
pun kita tak suka berkongsi...inikan pula suami yang menjadi tempat bermanja
dan menumpang”. Mak Tijah cuba menasihati anak kesayangannya.
“Mak......Nor rasa Nor dah bersedia untuk menghadapi semua itu, abang Man
baik mak... dia takan membiarkan Nor dipersia begitu. Abang Man dah janji
akan memastikan hidup Nor tak terbiar”. Norli tetap dengan keputusannya
untuk berkahwin dengan Norman yang amat dicintai itu. Tiada siapa yang
dapat memisahkan mereka lagi.
“Mak dan abah amat menyayangi kau Nor.... kami tak mahu hidup kau dipersiakan.
Kalau Norman tu tak beristeri lagi..mak tak kisah, tapi....mak takut kau
menyesal nanti Nor. Bukan mudah menjadi isteri kedua ni Nor. Masih ada
masa untuk kau fikirkan kembali”. Mak Tijah terus menasihati anak manjanya.
“Mak.....restuilah impian yang Nor pilih ini mak. Nor yakin Nor akan bahagia
dengan abang Man nanti, mak dan abah restuilah kami. Nor akan tabah dalam
menghadapi segalanya”. Norli tetap dengan keputusannya untuk mencapai impian
hidup bersama Norman.
Norli terus menangis dan merintis memanggil ibunya yang telah pergi kerahmatullah
empat bulan yang lalu.
“Mak.....Nor berdosa dengan mak....Nor degil...tak dengar nasihat mak dan
abah. Inikah balasan kedegilan Nor mak”. Norli terus menangis hingga tak
sedar waktu bila dia terlelap. Norli terlena dengan baju yang disediakan
untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, tapi semua
yang telah dirancang tak dapat dilaksanakan. Pilunya hati yang merasa.
Norli terjaga dari tidurnya bila matahari telah memancarkan sinarnya dicelahan
tingkap, dia bangun dengan malasnya terus ke cermin dan melihat matanya
bengkak kerana menangis semalam. Hatinya masih terasa sedih kerana hasratnya
untuk meraikan ulang tahun mereka tidak kesampaian, hadiah yang ingin diberikan
pada Norman juga menambahkan kesedihan hatinya. Ingin rasanya dia mencampak
keluar hadiah itu agar hilang dari penglihatan namun tak tergamak untuk
dia melakukannya.
Apakah akhirnya kehidupan ku nanti, adakah impianku untuk hidup bahagia
akan berakhir derngan kekeciwaan. Kebelakangan ini impianku sering tercalar,
namun aku masih mencipta impian untuk bahagia bersama dengan orang yang
aku cintai. Itulah suara hatinya, tabah untuk terus mencipta impian yang
tiada pasti.
Hari ini tiba-tiba saja dia didatangi oleh tamu yang tidak diundang. Suatu
yang tidak terduga olehnya, bila dia menjawab salam dan membuka pintu yang
tercegat dimuka pintu ialah Murni isteri pertama Norman. Pucat wajah Norli...namun
dia tetap memberi senyuman yang mungkin tak semanis mana tapi cukup untuk
menghormati tamu yang berkunjung.
Berbagai persoalan bermain dikepalanya kini, adakah suatu yang buruk akan
berlalu. Norli menarik nafas panjang untuk menenangkan hatinya sendiri
. Aku akan tabah dalam menghadapi apa saja kemungkinan yang datang, tuhan
berilah kekuatan pada ku.
“Jemput duduk kak..” Norli mempersilakan tamu yang penuh tanda tanya sambil
menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Terima kasih”. Murni menjawab sambil menyambut salam dari Norli namun
tiada riak manis diwajahnya, hambar dan geram.
“Adakah awak kenal siapa saya?”. Murni bertanya dalam nada yang agak kasar.
“Hmmm......duduk dulu yer, saya kedalam buat air”. Norli rasa kecut juga
hatinya bila soalan itu diutarakan oleh Murni.
“Tak payahlah...saya datang bukan nak minum tapi inginkan kepastian dari
mulut awak sendiri, duduk saja disini”. Murni rasakan seperti tidak sanggup
lagi berlama-lama dirumah ini. Sebenarnya dia sendiri suka melihat Norli
yang lemah lembut dan keadaan rumah nya yang teratur kemas walaupun hanya
sederhana besarnya. Tapi hati perempuannya bagai tersayat bila mengetahui
yang suaminya telah menduakannya. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia
mencekik leher Norli, namun dia juga seorang yang berperasaan dan berpelajaran.
Masih lagi dapat mengawal perasaannya walaupun hati kecilnya memberontak
untuk melepaskan geramnya pada Norli. Murni masih dapat menahannya bila
difikirkan “bertepuk sebelah tangan tidakan berbunyi” suaminya juga harus
dipersalahkan dalan hal ini. Beginilah nasib wanita....sering menjadi mangsa
lelaki.
“Adakah awak mengenali saya?” Sekali lagi soalan itu keluar dari mulut
Murni, dan Murni memandang tepat kewajah Norli.
“Kenal.....isteri....abang Norman....”. Norli menjawab tersekat-sekat sambil
menundukkan wajahnya seperti seorang murid berhadapan dengan guru disiplin
yang akan menjatuhkan hukuman.
“Benarkah...awak telah berkahwin dengan abang Norman”. Kini suara Murni
pula bergetar perlahan.
“Benar.....setahun yang lalu....kami saling mencintai, maafkan saya Kak
Murni. Saya tahu hati akak terluka tapi saya sanggup berkorban membenarkan
abang Norman sentiasa bermalam dengan akak. Melepaskan hak saya sebagai
isterinya yang sah untuk menjaga hati akak dan rumahtangga akak”. Norli
menjawab perlahan.
“Korban.....itu yang kau katakan pengorbanan. Kalau kau benar-benar sanggup
berkorban untuk menjaga hati dan rumahtangga akak, sila tinggalkan abang
Norman. Kami cukup bahagia selama ini. Akak tak mahu ada orang ketiga dalam
hidup kami sekeluarga”. Murni berkata dengan tegas namun masih berlembut.
“Sudah setahun kami menjadi suami isteri kak...selama ini adakah ia menjejaskan
hubungan akak dengan abang Norman”. Norli pula cuba untuk mempertahankan
haknya.
“Memang akak akui itu benar, tapi....setelah akak mengetahuinya akak rasa
benar-benar keciwa dan terkilan, mengapa semua ini berlaku pada keluarga
akak yang selama ini begitu bahagia. Akak tak dapat menerima kenyataan
ini, hidup bermadu....tiada perempuan mana pun yang sanggup hidup bermadu
kecuali perempuan yang memang suka merampas suami orang”. Akhirnya terlepas
juga perkataan yang dia sendiri tidak suka melafazkannya.
“Ini dah jodoh saya kak...Jodoh yang telah ditetapkan oleh allah. Saya
pasrah menerimanya, tak cukup lagikah pengorbanan saya buat akak sekeluarga?”
Norli cuba mengawal airmata dari turun menyirami kelukaaan hatinya.
“Norli....akak dan abang Man juga saling menyintai dari sebelum kami berkahwin
dulu, akak benar-benar harap agar kau dapat memahami perasaan akak sebagai
isterinya. Tolonglah Norli”. Murni seolah-olah merayu pada Norli.
“Akak...Norli faham perasaan akak, tapi........Norli kini telah mengandung
dengan benih kasih sayang kami. Norli minta akak faham juga kedudukan Nor
sekarang, kasihanilah Nor akak”. Kini giliran Norli pula merayu pada Murni
dengan linangan air mata yang bercurahan tanpa dipinta kehadirannya.
“Maaf Nor....akak tetap tak dapat menerima kenyataan ini, akak minta diri
dulu...asslamualaikum”. Murni terus bangun dan beredar dari rumah yang
dirasakan seperti neraka hati.
Norli terus menyembabkan mukanya di sofa dan terus menangis mengenangkan
nasib dirinya yang tak tahu apa akan terjadi seterusnya. Norli memegang
perutnya sambil berkata “Mama akan pastikan kau dilahirkan dengan selamat,
betapa malangnya nasib mama mu ini sayang. Mama harap kau tidak dilahirkan
dengan malang yang mama tanggung sekarang”. Norli menyeka airmata yang
mengalir dengan satu perasaan bahawa dia akan tabah dalam menghadapi segala
kemungkinan yang mendatang. Norli bertanya sendiri pada dirinya
“Salahkah aku mempunyai impian untuk hidup bahagia walaupun impianku tiada
kepastian. Abang Man..dimanakah kau diketika ini.....lupakah kau pada isterimu
yang malang ini?”.
Norli begitu asyik menulis segala suka dan duka pada diari kesayangannya
sehinggakan Norman telah masuk dibilik pun tak disedari olehnya.
“Sayang buat apa tu..?” Norman bertanya sambil terus mengucup dahi Norli.
“Bila abang sampai..? abang ni buat Nor terkejut”. Norli tersenyum sambil
mengurut dada kerana terkejut dengan teguran dari Norman tadi. Betapa gembira
hatinya bila menatap wajah Norman.
“Asyik benar sayang abang ni....sampai abang bagi salam tadi pun tak sedar
yer...” Norman ketawa kecil sambil mencubit pipi Norli.
“Abang dah makan..?” lembut suara Norli bertanya.
“Dah sayang...abang nak mandi kejap, letih benar abang rasa” Norman terus
berlalu ke bilik air.
Norli terus kedapur sediakan air minuman buat Norman. Dalam hatinya berbagai
persoalan yang berlegar-legar. Perlukah dia ceritakan pada Norman tentang
kedatangan Murni pagi tadi, atau haruskah dia mendiamkan diri sahaja. Sementara
menanti Norman siap berpakaian Norli menonton siaran berita di Telivisyen.
“Abang.....Nor ada dua berita yang ingin Nor sampaikan”
“Ada apa sayang....?” Norman senyum sambail memandang pada wajah Norli
yang nampak sedikit pucat.
“Pertama....Nor disahkan mengandung tiga bulan bang”
“Betul sayang..!!! abang harap Nor dapat lahir anak lelaki kali ini, emm..abang
dah ada tiga orang anak perempuan dengan Murni”. Norman benar-benar gembira
terus mencium pipi Norli sambil tangannya memegang perut Norli.
“Kedua....pagi tadi kak Murni datang kesini bang..” Norli memandang tepat
kewajah Norman.
Norman tak terkata apa....wajahnya terkejut, namun cuba bertenang seolah-olah
sedang memikirkan jalan penyelesaian. Hairan juga dia bagaimana rahsianya
selama setahun ini terbongkar kini. Terharu dia memandang wajah Norli,
tentu Norli juga terguris dan hati Murni juga. Norman berfikir bagaimana
dia nak bersemuka dengan Murni waktu pulang nanti. Norli mungkin boleh
menerima dengan tenang sebab Norli telah tahu kedudukannya sebelum mereka
berkahwin lagi. Tapi....bagaimana dengan Murni dapatkah dia menerima kenyataan
ini dengan redha. Tak mungkin rasanya........
Kini dah lapan bulan Norli mengandung, segala keperluan untuk bayi yang
akan dilahirkan telah Norman belikan. Tak sabar rasanya Norli menanti kelahiran
anaknya. Hubungan Norman dengannya masih seperti dulu, Murni tetap dengan
pendiriannya tidak membenarkan Norman bermalam dirumah Norli. Namun Norli
tetap bersyukur yang Norman masih tetap menyintai dirinya, walaupun Murni
tetap tidak mahu berbaik dengannya. Norli tetap tabah dan sabar dalam menempuhi
hidupnya yang mendatang.
Kebelakangan ini Norli rasakan yang dirinya seakan-akan tak bermaya, mungkin
kerana kandungannya yang semakin membesar dan kesepian yang sering mencengkam
dirinya. Norli sering berdoa agar tuhan mengurniakan seorang anak lelaki
untuk diberikan pada Norman. Norli tahu Norman tentu gembira kiranya dia
dapat melahirkan seorang anak lelaki nanti. Tak sabar rasanya Norli untuk
melihat anaknya, Norli tersenyum sendirian bila membayangkan wajah anaknya
nanti mirip dirinya atau Norman. Tentu comel dan cergas, Norli harap impiannya
kali ini menjadi kenyataan
Deringan telefon telah mematikan lamunan Norli dengan impiannya yang indah
itu. Begitu sukar untuk dia bangun dari sofa. Perlahan-lahan Norli pergi
mendapatkan telefon yang begitu nyaring berbunyi. Siapa pula..? bisik hatinya.
“Hello....” lemah sahaja suara Norli
“Hello..Kak Murni ni...abang Norman ada disana ke?”
“Tak ada Kak....kenapa?” Norli menjawap dengan lembut.
“Kalau dia kesana beritahu anaknya sakit”
Tak sempat Norli menjawap telefon telah diletakkan. Norli hanya mengelengkan
kepalanya bila memikirkan perangai Murni yang masih marah padanya. Tapi
nasibnya baik juga sebab Murni tidak datang menyerang dan memaki hamunnya
seperti yang sering terjadi pada isteri-isteri yang bermadu. Sesekali Norli
terfikir mungkin dia juga akan buat begitu jika dia ditempat Murni. Tiada
seorang perempuan pun yang tidak terasa tercabar bila haknya yang amat
dicintai dikongsi dengan perempuan lain, kecuali jika perempuan itu tidak
menyintai suaminya lagi. Selagi perasaan cintanya yang membara pada suaminya
pasti mereka tidak sanggup untuk berkongsi kasih dengan orang lain. Bagaimana
dengan dirinya kiranya suatu hari nanti Norman berkahwin lagi.......dapatkah
dia menerima kenyataan itu dengan tenang seperti sekarang. Dapatkah dia
berkorban lagi seperti sekarang..?. Semua itu membuatkan dirinya kekadang
berasa bersalah dengan Murni, tapi apakan daya......
Harini mungkin hari yang dinantikannya akan tiba. Sakitnya sering terasa,
sekejap-sekejap perutnya terasa sakit. Norli cepat-cepat menelefon Norman
memberitahu masanya untuk bersalin mungkin telah tiba. Sementara menunggu
Norman sampai Norli tak putus-putus berdoa agar anak yang akan dilahirkannya
sihat dan selamat. Mungkin hanya itu yang mampu diberikan pada Norman.
Sampai di Hospital Norli sempat besalam dengan Norman memohon keampunan
sebelum dia dimasukkan ke bilik bersalin. Norli memandang Norman sepuasnya,
manakan tahu mungkin dia tak berkesempatan lagi memandang wajah suami yang
amat dicintai itu.
Norman diluar menunggu dengan penuh debaran. Berdoa pada tuhan agar menyelamatkan
isteri dan anaknya. Serba tak kena rasanya apa yang dibuatnya, duduk tak
selesa....berdiri tak kena....berjalan-jalan pun rasa merimaskan. Hampir
dua jam menanti diluar Norman diberitahu oleh jururawat yang Norli telah
selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Tak tergambar betapa gembiranya Norman dikala itu, ingin rasanya di memeluk
dam mencium Norli ditika itu juga. Norman terus menelefon Murni menceritakan
khabar yang amat mengembirakan itu. Murni hanya menerimanya dengan perasaan
gembira dan cemburu kerana Norli telah berjaya memberikan Norman seorang
anak lelaki yang sememangnya menjadi idaman Norman selama ini. Murni tidak
dapat melahirkan anak lagi buat Norman selepas ketiga-tiga anak perempuannya
dilahirkan dengan pembedahan. Terkilan juga dihatinya namun semua itu tak
mampu dielakkannya.
Norman amat gembira bila melihat anak lelakinya yang comel hingga terlupa
bertanyakan keadaan Norli. Comel kau , menyerupai wajah mama mu, tentu
Norli gembira bila melihat anaknya yang comel ini bisik hati Norman.
Norli masih tak sedarkan diri selepas dia mengalami tumpah darah yang banyak.
Norman hanya melihatnya dari luar, terharu Norman melihat wajah pucat Norli.
Norman berdoa agar tidak terjadi apa-apa pada Norli. Dia tak sanggup kehilangan
seorang isteri yang sabar dan tabah seperti Norli. Tak mungkin dia akan
berjumpa lagi seorang isteri yang sebaik dan setabah Norli dalam menghadapi
hidup bermadu. Sebaik Murni pun masih tak dapat menerima kenyataan hidup
bermadu. Norman terus berdoa agar Norli cepat sembuh dan dapat menjaga
anak mereka bersama-sama. Hanya itu impian dan harapan Norman dan itu juga
impian Norli selama ini.
Dah seminggu Norli di Hospital, keadaannya masih belum pulih. Dia kelihatan
tenang walaupun dalam keadaan pucat tak bermaya. Senyuman tak pernah lekang
dari bibirnya setiap kali Norman datang melawatnya. Senyuman yang menyembunyikan
kesakitan yang dialaminya dari Norman.
“Abang.....Nor nak abang namakan anak kita dengan nama Mohamad Alif, bolehkan
abang”. Perlahan suara yang Norli keluarkan, seolah menahan rasa sakit
yang ditanggongnya.
“Indah juga nama tu sayang..abang setuju..”
“Abang....Nor nak jumpa kak Murni...” Seakan merayu suara yang Norli keluarkan,
Norman terasa sebak namun ditahanya air mata dari mengalir sambil memegang
dan mencium tangan Norli.
“Itu pun Murni dah datang” Norman memberitahu Norli setelah dilihatnya
Murni telah berada di ambang pintu.
“Apa khabar Nor.....maaf Akak datang selepas seminggu Nor disini, comelnya
anak Nor....wajahnya sama macam Nor”
“Terima kasih Akak....kerana sudi datang melawat Nor dan Alif, Akak....Nor
nak minta Akak tolong jaga Alif seperti anak Akak sendiri kiranya Nor pergi
dulu...”
“Jangan kata begitu Nor...Akak minta maaf atas apa yang terjadi, Akak banyak
bersalah dengan Nor. ampunkan Akak Nor”.
“Nor dah lama maafkan Akak...Nor harap Akak dapat jaga Alif dengan baik
kiranya Nor tak ada lagi, Abang...Nor minta ampun segala kesalahan Nor
sepanjang Nor menjadi isteri Abang. Halalkan semua makan dan minum Nor
selama ini yer Abang...”
“Kenapa cakap begini sayang....kita akan sama-sama menjaga Alif nanti,
Abang yang banyak buat salah dengan Nor...Abang yang harus minta ampun
dengan Nor...”
“Abang dan Kak Murni..janjilah dengan Nor, berjanjilah akan menjaga Alif
dengan sebaiknya. Akak buatlah Alif seperti anak Akak sendiri yer Kak...”
sayu sahaja suara Norli, membuatkan Murni dan Norman merasa hiba dan amat
sedih.
“Janganlah kata begitu sayang.....abang tak sanggup mendengarnya, tolonglah....abang
pasti Nor akan sembuh tak lama lagi, jangan buat abang menyesal seumur
hidup abang Nor”
“Betul tu Nor...Akak tahu Akak banyak berdosa dengan Nor, lepas ni Akak
janji Akak tak akan buat macam dulu lagi pada Nor” Murni tak dapat menahan
lagi airmatanya dari turun, dia tak mahu apa yang Nor cakapkan menjadi
kenyataan..tak sanggup rasanya.
“Sudahlah tu.....jangan ditangisi pemergian Nor dengan airmata, semua ini
bukan kehendak kita.......”
Semua menjadi kelu untuk berkata-kata, hanya bisikan hati masing-masing
yang mengisi kepiluan. Norli tetap tersenyum memandang kedua insan yang
mungkin akan ditinggalkannya.
“Abang....ambilkan anak kita..Nor nak lihat sepuasnya”
“Comel anak kita yer bang...Alif...kalau mama tak ada Alif jangan nakal-nakal,
dengar cakap abah dan mama Murni....”
Norli mencium anaknya sambil tersenyum pada Murni dan Norman, Norli memegang
tangan Norman dan tangan Murni. Dia memegang dengan eratnya kedua tangan
mereka.
“Abang....hanya Alif saja yang dapat Nor berikan pada abang, Nor harap
abang dapat menjaga dan mendidiknya dengan sempurna. Tak ada apa yang dapat
Nor berikan sebagai kenangan buat abang..hanya Alif sebagai penganti diri
Nor nanti. Kenangkan Nor dalam doa abang nanti, Nor amat menyinta abang....menyintai
abang hingga keakhir hayat Nor”. Norli mengucup tangan Norman.
“Kak Murni.....kehadiran Nor telah melukakan hati Akak, Nor minta ampun....tak
ada apa yang dapat Nor berikan untuk mengganti kesalahan yang Nor buat,
kini...Nor kembalikan abang Norman buat Akak....Nor harap Akak akan bahagia
dan gembira kembali...tolonglah jaga Alif untuk Nor yer Kak.....”
“Nor......maafkan Akak Nor.....”
“Sayang.......jangan tinggalkan abang begini.....”
Norman dan Murni menangis semahunya.....masing-masing rasa bersalah dan
sedih bila mendengar ucapan Norli....mereka tak berdaya untuk memujuk hati
sendiri untuk ikut tersenyum bersama Norli yang tenang walau pun sakit.
Norli memegang erat tangan mereka sambil memejamkan matanya, Norman terus
mencium tangan Norli sambil menitiskan airmata. Murni juga turut berbuat
demikian. Genggaman tangan Norli semakin lama semakin longgar, Norman dan
Murni memandang Norli yang tidak bernafas lagi.....Murni menangis diikuti
oleh Alif. Norman terasa hidupnya kosong........
“Akhirnya dia pergi juga bersama impiannya yang tercalar” Hanya itu yang
dapat Norman katakan. Norman terus mendakap Alif yang menangis mengiringi
pemergian mamanya...................