KERANA TERPAKSALEWAT SENJA INI
KULEWATI DETIK-DETIK ALAM
YANG MENGASYIKAN, MENYAMANKAN
MENGHIBURKAN…
MELERAIKAN SUATU KEKUSUTAN
DALAM BENAK KUKUH MENGCENGKAMMENJELANG TIBA SENTUHAN SENJA
MENTARI KIAN BERSEMBUNYI
DIBALIK BUKIT…
CORAKKAN WARNA JINGGA
BIRU DAN HITAM
DIDADA LANGIT KERINDUAN DATANG LAGI
MENYENTUH TANGKAI HATI
TATKALA KICAUAN CAMAR BERLAGU
MEMBISIKLEWAT SENJA INI SEOLAH-OLAH
MENCORAK WARNA SAYU
SESAYU HATI SANG INSAN YANG TERPAKSA
WALAU KASIHNYA TELAH BERTAUT
NAMUN LANTARAN JURANG BEGITU DALAMDALAM KEPASRAHAN MEMBIARKAN TAKDIR
BERKUNJUNG DI PELABUHAN SEPI…..
MEMBAWA NOSTALGIA INDAH
MENINGGALKAN KELUKAAN TANPA
KERELAAN….NUKILAN:
TINTA BIRU
TAMAN TUN DR ISMAIL
KUALA LUMPUR
SKETSA PERJALANAN Aku datangimu
Bagai seorang kembara
Seketika singgah
Diruang dadamu
Melepas lelah yang terhimpun
Lantas kuhirup secawan mesra
Kumamah sepinggan bahagia
Hidanganmu
Atas nama persahabatan
Mengenalkan aku erti kehidupan
Di daerah maha asing ini
Dan kini
Waktunya telah tiba
Kembara ini kuteruskan
Namun
Secalit rindu
Sebingkai nostalgia
Tersemat erat dikamar hati
SelamanyaNukilan:
Abdul Razak Mohd Kassim
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya.
KELAMBU KASIH BONDAKelambu kasihnya tak pernah terungkai,
Kerut-kerut dahi dan
Kedut-kedut wajahnya, adalah
Takah jerih dan lelah rapi tersimpan
Dalam himpunan khazanah kasihnya
Rekah-rekah bibir usianya, menjadi
Jalur luka diguris kata laku anak
Lenyap tenggelam didasar laut
Mulia serta rela
Masih menyusun rindu selangit
Ketika berjauhanKetar langkahnya menyusur hari
Adalah himpunan harap sebuah hati
Menanti tabir kepulangan anak
Berlabuh dimata
Yang terbelah jiwanya
Dihiris manja seorang isteriNukilan:
Mohd Hashim Osman
UPS Tanjung Malim
PERKAHWINAN 11JANGAN KAU TANGISKANPERTEMUAN MATA MU
DAN MATAKU, KELMARIN
DALAM MALU PENUH TERHARUPERTEMUAN SENYUMMU
DAN SENYUMKU, SEMALAM
PADA LEWAT SORE UNGU
MENYAPA SEBUAH GHAIRAH
DALAM DEBAR RESAH SENJA MERAH
DUA HATI DAN DUA RASA
MAMPUKAH BERSATU BERSAMA RESTU
DOA KUDUS AYAH BONDA?MALAH AKHIRNYA KINI
TIADA LAGI SEPI, RESAH DAN SANGSI
APABILA HATI DAN RASA
SUDAH BERTAUT KIAN ERAT
DI PERSADA CINTA SEJATI
DIBELAI RESTU IBUNDA.MATAHARI ESOK PASTI CERAH
SEINDAH IJAB KABUL KAMI
TERHAPUS SEGALA RESAH GUNDAH
MENDAKAP MAHLIGAI IMPIAN BERSEMI.
NUKILAN:
YAZIDRIS
Kamar Puisi
Bandar Maran.Jangan kau tangiskan
sekiranya hatimu terluka
tabahkan hati
menempuh pancaroba iniJangan kau tangiskan
pabila
mentari menyinar jatuh
telah tiba ketikanya
mengucapkan salam perpisahanJangan kau tangiskan
seandainya
takdir itu merenggut perasaan
padanya hanyalah
suatu suratan.M.Shah
Pentas Dunia, 29 Januari 1994DALAM TARIAN PENAGALERI NOSTALGIA USANGDari lakaran tarian penamu
engkaulah penyair sufi
sering memuji kebesaran Ilahi
dalam mendepani liku kehidupan
tidak rela membisu bahasa
menyaksi saudara seagamamu hanyut bebas
dalam dunia gelora palsuSuatu ketika di lain masa
seorang pengembara sepi
bagaikan seekor ketam kecil
menyusur alur tapak yang kau tinggalkan
di sepanjang perjalanan pantai sunyi
sedangkan dirimu mengibarkan sayap pena
di puncak menaraSahabat,
akulah kETAm kecil itu
terpinggir di alam ciptaan – Nya
hanya mengutip serpihan warna impian
sebagai penghias mimpi.M.Shah
HARAKAH, September 1995Mahu saja aku campakkan
koleksi galeri nostalgia
sekian lama menghiris rasa
atau masihkah belum terlewat
untuk menatap sejarah sayugia
rencah rasa pedih perasaan
kini relaku buang jauh
menatap sepi musim luruh
Akan terdamparlah dedaunan itu
di cengkam aroma bermusim
relaku kutip serpihan warna impian
dari menatap layumu yang pasrah
terdampar hangat di musim dingin
Kini muncul di tapak tangan
sebutir benih yang subur
bakal kembali menceriakan
musim – musim layu yang layu
kian galak bercambah mesra
memayungi jendela galeri usang.M.Shah
Majalah Keluarga April 1998