RenunganTerakhir.
Diluar hujan turun mencurah-curah, tiada tanda untuk berhenti dari terus membasahi bumi yang begitu lama gersang . Jam di dinding telah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Entah mengapa begitu sukar untuk dia melelapkan matanya pada malam ini. Ingatannya sentiasa berkisar pada Izzat, seorang jejaka yang dikenalinya melalui halaman borak di Internet. Semuanya gara-gara Maria kawannya yang beria-ria menyuruhnya sertai ruangan itu untuk mengubat kesedihan hatinya setelah kekasih yang amat dicintainya bernama Faizal meninggal dunia. Rupanya Izzat dan dirinya senasib, Izzat telah putus tunang setelah tunangnya Lissa berubah hati pada yang lain. Dari luahan perasaan masing-masing telah membuahkan satu ikatan yang tak terduga. Namun diwaktu yang singkat ini ingatan Darwina pada Faizal tidak dapat dilupakan, walaupun berbagai cara Izzat cuba menambat hatinya namun tetap gagal.
Suatu hari mereka bertemu setelah hampir dua bulan menjalinkan persahabatan
melalui internet dan berbual di telefon. Bagi Darwina walaupun Izzat lebih
tampan dari Faizal namun kasih yang mekar dihatinya masih belum layu walau
dah hampir lima bulan Faizal telah pergi meninggalkan Darwina buat selama-lamanya.
“Wina…..tiada ruangkah dihati Wina untuk Izzat menumpang?. Berilah Izzat
peluang untuk mengubat kesedihan Wina disamping menyembuh luka dihati Izzat
sendiri” Izzat menatap wajah Darwina dengan penuh mengharap agar ada peluang
untuk dia buktikan keikhlasannya.
“Izzat……tolong jangan desak Wina beri jawapan pada sesuatu yang Wina sendiri
tidak yakin dengan keputusan yang akan Wina ambil. Masih banyak gadis lain
lagi….mengapa Wina yang Izzat harapkan untuk menyembuh kelukaan Izzat?”.
Akhirnya dapat juga Darwina meluahkan perasaannya pada Izzat.
“Salahkah Izzat menyintai Wina ?. Izzat benar-benar ikhlas untuk mengambil
Wina sebagai isteri Izzat yang sah”. Terkejut Darwina mendengar buah bicara
yang baru keluar dari mulut Izzat. Suatu yang tak pernah terduga oleh fikirannya.
Pertemuan petang itu benar-benar membuatkan Darwina tidak dapat melelapkan mata pada malamnya.Permintaan Izzat begitu menyesakkan fikirannya, walaupun kekadang ada rindu yang bertamu dihatinya pada Izzat namun kenangan indahnya bersama Faizal sering mengalahkan perasaan rindu pada Izzat. Begitu sukar untuk Darwina melupakan Faizal yang amat dicintainya. Lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya, dan tidak mustahil untuk menjadi lelaki terakhir yang dicintainya sepenuh hati. Salahkah aku untuk tidak jatuh cinta lagi setelah cinta suciku bersemadi bersama-sama jasad Faizal?. Salahkah aku menolak cinta Izzat kiranya aku sendiri tak dapat memberikan cinta pada dirinya?. Persoalan inilah yang sering menghantui hidupnya kini, mambelenggu nalurinya dan menyesakkan akal fikiranya.
Kesedihan yang melanda jiwanya masih tidak mampu untuk diubati oleh kasih
yang Izzat ingin curahkan. Bukan dia tidak mempercayai keikhlasan hati
Izzat……hanya persaan cinta yang mendalam terhadap Faizal masih menebal
dihatinya. Segala kekusutan ini adakalanya dikongsi dengan Maria sahabat
baiknya. Hanya pada Maria, Wina meluahkan segala yang membuatkan hidupnya
sering menjadi seba salah.
“Maria….apa pandangan kau tentang Izzat”. Darwina cuba mendapatkan pandangan
sahabat karibnya tentang masalah yang sering menggangu ketenangan hatinya
kini. Harapannya semuga masalah ini dapat diringankan bila dapat meluahkan
pada Maria. Tidurnya kini sering digamit kasih Faizal, mimpinya juga dibuai
oleh sayang Faizal, segala yang indah hanyalah bersama dengan Faizal.
“Bagi Maria…Izzat seorang lelaki yang baik dan penuh keikhlasan…hanya kau
Wina tak dapat menilai dengan sempurna tentang keikhlasan Izzat, apa lagi
yang kau mahukan dari seorang lelaki Wina?….rasanya Izzat dah memenuhi
segalanya. Apa yang buat kau tak berpuas hati pada Izzat tu….Maria pun
rasa hairan, Kalau Maria….sudah pasti Maria tak akan lepaskannya dari jatuh
ke tangan orang lain”.
“Wina masih tak dapat melupakan Faizal…..Wina memang cuba untuk menerima
Izzat dalam hidup Wina, namun…….ingatan Wina pada Faizal…….”.
“Wina…..Faizal telah pergi untuk selamanya…..kalau kau menyintainya sepenuh
hati sekali pun…..kau tak seharusnya memusnahkan masa muda kau. Letakkan
Faizal di sudut hati mu Wina, ingati dirinya dalam doa disetiap kali solat
mu…itu yang Faizal perlukan. Bukannya dengan menangis dan meratapi pemergiannya,
sikap kau yang begitu hanya meresahkan roh Faizal. Kau fikirlah sebaiknya
apa yang Maria katakan, Maria tak nak kau menyesal kiranya Izzat terlepas
dari jadi milik kau Wina….fikirkanlah sebaiknya”
Darwina rasa terpukul dengan nasihat Maria, namun Wina masih tak dapat
untuk membuat keputusan yang muktamad tentang hubungannya dengan Izzat.
Perasaan yang berbelah bagi antara cintanya pada arwah Faizal dan perasaan
kasihannya pada Izzat sering membuatkan dirinya dalam dilema. Kini dah
hampir lima bulan persahabatannya dengan Izzat terjalin, namun keputusan
yang muktamad masih belum diberikan pada Izzat yang begitu setia menanti
jawapan dari Darwina. Entah mengapa begitu sukar untuk Darwina membuat
keputusan walaupun dia sedari yang Izzat begitu jujur dan ikhlas dalam
menyatakan hajat sucinya.Darwina masih ingat sewaktu dia berbual dengan
Izzat dalam telefon malam kelmarin.
“Wina......Izzat benar-benar ikhlas dalam keputusan Izzat untuk jadikan
Wina teman hidup Izzat, dan Izzat benar-benar harap Wina dapat menerima
Izzat dengan penuh keikhlasan. Terimalah Izzat seadanya......mungkin Izzat
tak setanding Faizal, tapi berilah peluang pada Izzat untuk mencurahkan
sepenuh kasih sayang Izzat pada Wina nanti......”.
“Izzat.........berilah Wina masa lagi untuk memikirkan semula hasrat murni
Izzat itu, Wina amat hargai kasih sayang dan keikhlasan Izzat . Wina ucapkan
jutaan terima kasih kerana masih ada insan yang sudi mencurahkan kasihnya
buat Wina, namun Wina masih memerlukan masa untuk membuat keputusan yang
membabitkan hidup dan masa depan Wina......harap Izzat dapat memahami perasaan
Wina saat ini”.
“Sampai bila Wina???.......sampai bila harus Izzat menanti.....adakah Izzat
seolah menanti sesuatu yang tak pasti,menanti buah yang tak mungkin gugur?
atau apa Wina???.....katakanlah......tak ada harapankah Izzat untuk memiliki
Wina?”.
“Izzat......tolong jangan desak Wina begini, hemmm....beginilah....kiranya
ada jodoh antara kita pasti tak kemana. Buat masa ini kita sekadar kawan
biasa dulu....biarlah masa yang menentukannya. Wina harap Izzat setuju
dengan keputusan Wina ini, muga selepas ini Izzat tak akan mendesak Wina
lagi dalam membuat keputusan yang Wina sendiri tak pasti, Wina juga harap
Izzat tak berkecil hati dengan keputusan ini”.
“Benarkah apa yang Wina katakan itu...? Andai itu yang Wina pinta Izzat terima dengan hati yang terbuka, walaupun ianya agak mengecewakan tapi Izzat menerimanya. Kiranya ada jodoh antara kita, dapatlah kita layari hidup bersama nanti.Andainya memang tiada jodoh antara kita Izzat akan menerimanya dengan penuh pasrah walaupun suatu ketika Izzat telah pun berusaha dengan sedaya upaya”.
Kini telah tiga bulan Izzat mendiamkan diri....entah kemana dia membawa diri, tiada lagi diruangan chat atau telefon.Kini ada rindu yang melanda dihatinya. Darwina telah cuba untuk menelefonnya.....namun jawapan yang didengari hanya suara dari operator “ nombor yang anda dail telah dihentikan perkhidmatannya” dan ini memang agak mengeciwakan hati dan perasaannya kini. Kemana lagi dia harus mencari Izzat, tempat kerjanya Wina tak tahu.....rumah sewanya juga Wina tak pernah ambil tahu. Selama ini yang Wina tahu, Izzat akan menelefonnya dua kali sehari setiap tengahari dan malam. Kini tiada lagi suara romantis yang membelai jiwa......tiada lagi gurau senda di dunia cyber.....tiada lagi dapat menatap wajah damainya pada pertemuan setiap tiga minggu. Semuanya membuatkan Wina rasa begitu rindu dan amat rindu pada Izzat. Rasanya seperti mahu Wina menangis sepuasnya dan menjerit sekuat hati memanggil nama Izzat untuk kembali pada nya.
“Maria.... dimana Wina harus mencari Izzat kini......Wina mengaku yang
Wina memang buta dalam menilai kasih sayang yang begitu tulus dari Izzat.
Andainya tuhan menemukan Izzat kembali......pasti Wina akan luahkan perasaan
hati Wina ini”.
“Sabarlah Wina......muga tuhan menemukan kau dan dia kembali....kali ini
Maria harap kau takan melepaskan peluang kau untuk memiliki dirinya. Maria
nak kau jangan beri kesempatan pada orang lain untuk memiliki seorang lelaki
yang sebaik Izzat”.
“Wina janji Maria...........Wina akan berikan sepenuh cinta Wina padanya
nanti, Wina harap Wina dapat peluang kedua dan Wina tak akan mempersiakan
peluang yang Wina dapat.....akan ku pastikan dia mendapat setulus cinta
yang luhur dari hati ini”.
“Maria doakan kalian akan ditemukan kembali......janganlah kau siakan lagi
peluang yang ada........sukar lagi untuk kita temui seorang lelaki yang
sebaik Izzat tu”.
“Maria.......Wina benar-benar rindu padanya......setiap hari Wina asyik
teringatkannya, Wina dah tak mampu lagi untuk menanggung rindu. Selepas
dia pergi dari hidup Wina......baru kini Wina terasa yang Wina dalam diam
menyintai dirinya.Mengapalah Wina begitu bodoh dalam menilai kasih sayang
yang tulus darinya dulu. Mengapalah Wina membiarkan suatu yang berharga
berlalu begitu sahaja. Hidup Wina kini bagaikan tiada serinya lagi selepas
Izzat tiada”.
Adakah esok masih ada mentari buat Darwina, atau hidupnya terus kelam tanpa
sinar kasih?.Kini hidupnya begitu sepi dan Wina kini seolah-olah tercari-cari
sesuatu yang berharga hilang darinya. Darwina kini banyak habiskan masanya
dengan mengelamun dan sentiasa bersedih. Maria juga gagal untuk mengembirakan
dirinya lagi.Berbagai usaha Maria cuba untuk menenangkan perasaan Wina
namun semuanya gagal. Darwina pula tak pernah lupa untuk berdoa disetiap
solatnya agar tuhan temukan dirinya dengan Izzat. Wina tidak mahu keciwa
lagi selepas cinta pertamanya dengan Faizal bersemadi bersama cinta dan
jasad Faizal. Cukuplah kesedihan dulu yang ditanggongnya hinggakan berlian
didepan mata dianggap seperti kaca yang bersinar untuk mengaburi matanya
.
Akhirnya doanya termakbur juga bila suatu hari Izzat menelefonya pada pagi
minggu. Tak dapat digambarkan saat itu betapa Wina begitu gembira bila
dapat mendengar suara yang amat dirinduinya hinggakan tak terasa ada air
mata yang mengalir di pipi gebunya.Seperti diberi semangat baru bila terdengar
suara Izzat yang sudah terlalu lama dinantikan bertanya khabar dan Wina
amat rindukan hilai ketawa Izzat.
“Apa khabar Wina.....? maaf ye....Izzat pergi tak sempat nak beritahu Wina.
Izzat harap Wina sentiasa ceria dan bahagia.......Izzat dah pulang kekampung.
Izzat akan mula bertugas didaerah tumpah darah Izzat minggu depan. Mungkin
ini minggu terakhir Izzat disini. Wina sihat ke?”.
“Wina sihat.......tapi Wina betul-betul rindu pada Izzat, Wina ingatkan
dah tak berpeluang untuk jumpa Izzat lagi. Wina tak tahu nak cari Izzat
dimana, Izzat marah dan kecil hati dengan Wina ke?.Maaf kan Wina nye Izzat”.
Walaupun akhirnya tuhan kabulkan doa Wina untuk bertemu dengan Izzat namun
Wina tetap rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Izzat. Dia dah tak
seriang dulu juga tak semesra seperti waktu-waktu yang lalu. Guraunya hambar
dan senyumnya juga tawar. Darwina rindukna kemesraan dulu.....namun dia
rasa malu untuk bertanya pada Izzat akan perubahan yang Wina rasakan. Biarlah
seketika.....mungkin Izzat takut Wina masih tak sudi menerima cintanya
lagi. Wina akan terus terang satu hari nanti pada Izzat bahawa Wina sudah
menerima Izzat seadanya.
Malam baru saja melabuhkan tirainya ketika Darwina merebahkan tubuhnya
dikatil selepas menunaikan solat magrib. Terasa seperti ada kedamaian yang
melanda jiwanya selepas membaca Quran dan mendengar suara Izzat pagi tadi.
Wina mencapai novel yang baru dibelinya semalam berjudul Andai Tiada Pertemuan
ditulis oleh seorang penulis muda yang baru meningkat naik namanya diarena
sastera. Malamnya terasa dingin bila hujan yang turun lewat petang masih
belum berhenti. Namun tumpuan pembacaan sesekali terganggu bila terdengar
dentuman guruh yang kuat diluar. Hatinya rasa tidak tenteram bila kawan
baiknya Maria masih belum pulang. Darwina keluar dari bilik tidurnya pergi
ke ruang tamu, disana dia melabuhkan punggungnya disofa yang tersedia diruang
itu. Sesekali matanya merenung jam didinding....jarum panjang menunjukkan
angka 12 dan jarum pendek dah melewati ke angka 9. Mana perginya Maria
ni....mengapa pula dia tak telefon. Keresahan hatinya berakhir juga bila
pintu rumah terbuka dan muncul Maria tersenyum dalam keadaan basah kuyup.
Cepat-cepat Wina pergi ambil tuala untuk Maria, kasihan pula dia lihat
kawan baiknya tu dalam keadaan basah kuyup begitu.
Pagi minggu begini selalunya Darwina menghabiskan waktu rehatnya dengan
mengemas rumah, sambil mencuba resepi baru. Dari dulu dia lebih suka menghabiskan
waktu cuti mingguan dengan berehat dirumah sambil menbaca novel dan mengemas
rumah. Cuma kekadang dia keluar menemani Maria pergi membeli belah di Pasaraya
yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka, itu pun setelah puas Maria
memujuknya. Darwina menuju ke dapur mencari air bila terasa tekaknya
begitu haus dan terus ke ruang tamu sambil membaca akhbar yang dibelinya
tadi. Sesekali matanya melirik pada temannya Maria yang kelihatan dah berhias
cantik sambil tersenyum nakal padanya. Terusik juga hatinya untuk mengusik
Maria yang kini dah pandai bergaya dan tentu dah ada teman lelaki, kalau
tidak masakan pagi minggu begini dah berdandan dengan rapi.....emm dah
tentu nak jumpa pak we ni.
“Hello cik Maria........nak jumpa pak we ye.....pagi-pagi lagi dah berhias
begini punya cantik. Sampai hati kau tak kenalkan aku dengan pak we kau
tu, mengapa? kau takut Wina goda dia ke?”.
“Bukan begitu la Wina......Maria baru kenal dengan Azrie baru sebulan,
sebelum ni kau sentiasa mengurungkan diri dibilik. Mana sempat Maria nak
kenalkan dengan kau, kejap lagi dia datang jemput....Maria akan kenalkan
Wina dengannya”.
“Oh....Azrie namanya ye.....emmpp tentu hebat dia ni....sebab berjaya mencuri
hati kawan Wina yang selama ini begitu dingin dengan lelaki. Wah!! macamana
hati Maria boleh cair dengan Azrie ni.......” Darwina terus ketawa bila
lihat Maria menjeling padanya bila diusik begitu.
Akhirnya dapat juga Darwina berkenalan dengan teman lelaki Maria. Baginya
Azrie memang sepadan dengan Maria. Dihatinya mendoakan semuga tuhan merestui
dan menjodohkan mereka berdua nanti. Tentu Maria akan bahagia nanti, hanya
itu yang Wina harapkan dia tumpang gembira bila lihat Maria gembira.Nampaknya
Wina makan sendirian tengahari ini.Selepas solat zohor Wina merebahkan
tubuhnya dikatil sambil membaca novel yang belum dihabiskan semalam. Hatinya
terusik dengan jalan cerita yang dibacanya, penulis novel ini memang pandai
dalam menyusun bait-bait ayat dan susunan cerita yang boleh membuat pembaca
tersentuh dengan jalan ceritanya. Sesekali hatinya tercuit dengan kenangan
bersama Faizal walaupun Wina telah berjaya untuk melupakan kenangan silam
itu. Fikiranya tiba-tiba terbang melayang pada kenangan pertemuan pertama
dengan Faizal. Kenangan demi kenangan berputar ligat di fikirannya hingga
Wina tertidur sambil mendakap buku novel dan gambar Faizal. Darwina tertidur
dengan ditemani kenangan silam bersama Faizal. Betapa indahnya tidur Darwina
berteman kan kenangan bersama Faizal.Tidurnya terganggu bila terdengar
suara kanak-kanak bermain di padang permainan yang berhampiran dengan rumahnya.
Tak terduga olehnya hampir tiga jam di tertidur diulit mimpi indah bersama-sama
dengan Faizal yang terus segar difikiranya. Hatinya rasa rindu pada Faizal
walaupun dia tahu semua itu tak akan kembali lagi. Setiap kali Wina terkenangkan
arwah Faizal dia tak pernah lupa untuk sedekahkan Al- Fatihah buat insan
yang pernah bertahta dihatinya. Izzat......dimanakah dia ketika ini, hatinya
bagai dicengkam rasa rindu yang teramat rindu pada lelaki itu. Disaat dia
perlukan Izzat........saat itu juga Izzat tiada di sisinya.
Malam telah larut, tiada sebutir bintang pun yang menghiasi malam yang suram dan sepi. Sesepi hati Darwina yang rindu pada Izzat, rindu yang tidak terungkap dengan kata-kata. Darwina begitu asyik melihat keindahan alam ciptaan tuhan dari jendela kamarnya yang terbuka luas. Suasana yang gelap tanpa bintang dan purnama yang mengambang menambahkan lagi kesuraman dihatinya.Darwina melangkah menuju ke meja tulisnya berhampiran katil, dikeluarkan diari dan dicatit kan segala luahan hati yang merindu. Untuk menghilangkan kesepian Wina segera menghidupkan suis radio yang berada dimeja tulisnya. Mendengar celoteh dari DJ dan lagu-lagu yang diputarkan sedikit sebanyak terhibur juga perasaanya ketika itu. Darwina menyanyi perlahan mengikut lagu yang diputarkan diradio, bila lagu Sendu dihatimu Rindu dijiwaku nyanyian kumpulan Arrow berkumandang diradio, ingatannya terus melayang pada Izzat yang begitu gemar dengan lagu itu, Wina cuba memahami maksud setiap baris lirik yang didengarinya.
Takdir yang
menentukan
pertemuan yang tak diduga
takdir juga yang menentukan
perpisahan....................
Ditalian cinta ini
terjalin ikatan mesra
walau hanya seketika
bagiku sungguh bermakna......
Terasa sebak dadanya bila mendengar lagu tu.....Wina harap pertemuannya
dengan Izzat bukan untuk seketika. Tak sanggup rasanya untuk dia keciwa
lagi buat kali yang kedua. Cukup terseksa rasanya bila Faizal pergi tinggalkan
dirinya tanpa pesan dan tanpa sempat Darwina dapat merenungnya buat kali
yang terakhir. Darwina terus menutup radio kerana tak sanggup lagi dia
mendengar lagu-lagu yang mencuit nalurinya ketika ini.Darwina keluar dari
bilik terus ke ruang tamu menghidupkan TV. Dia cuba untuk melawan perasaan
yang berkocak dijiwanya dengan menonton TV. Akhirnya dia rasa bosan bila
rancangan yang disiarkan tidak dapat menghiburkan hati. Darwina cuba beralih
dengan menonton video cerita komedi lakunan allahyarham P.Ramlee cerita
Seniman Bujang Lapuk. Nampaknya hatinya terhibur juga dengan telatah lucu
tiga watak utama itu. Darwina ketawa terkekeh-kekeh seorang diri di ruang
tamu itu, rasanya Maria telah lama dihanyutkan mimpi indahnya bersama dengan
Azrie.
Nampaknya cerita itu berjaya membuat Wina rasa terhibur, walaupun cerita
tu telah lama namun masih berjaya menghiburkan hatinya yang sepi dan kerinduaan.
Jam dah menunjukan ke angka dua pagi, dah sampai waktunya untuk dia tidur
esok pagi harus bangun awal untuk ketempat kerja. Selepas pasti semua
pintu dan suis yang berkenaan telah ditutup Darwina melangkah longlai
ke kamarnya untuk beradu. Mungkin bila dalam keadaan matanya yang begitu
mengantuk Wina dapat melelapkan matanya dengan cepat. Biar tiada lagi keresahan
yang dapat menggangu waktu tidurnya, Wina terus rebahkan tubuhnya di tilam
empuk dan terus memejamkan matanya. Muga esok mentari bersinar bersama
harapan yang menyinar...........................
Rembang petang memancarkan sinar kemilaunya ketika Darwina melabuhkan punggungnya
dikerusi taman bunga itu untuk menanti Izzat seperti yang telah dijanjikan
pagi tadi.Pandangan matanya tercari-cari susuk tubuh jejaka yang amat dirinduinya
muncul, namun dah hampir dua puluh minit Wina menanti masih tak kelihatan
wajah Izzat. Darwina asyik memerhati gelagat anak-anak kecil yang berlari
penuh keriangan bermain. Betapa indahnya kehidupan dizaman kanak-kanak,
tak punya masalah yang membelenggu diri. Apa yang mereka tahu hanya ketawa
bila rasa gembira dan menangis bila rasa tidak puas hati dengan keadaan
sekeliling. Zaman kanak-kanaknya dulu juga seperti itu , sentiasa gembira
tak pernah memikirkan sebarang masalah. Apa lagi dulu dia di layan seperti
menatang minyak yang penuh, apa lagi dia adalah anak tunggal yang menjadi
kemanjaan kedua ibubapanya.
Keasyikannya memerhati keriangan kanak-kanak yang berlarian dan mengimbau
kenangan dizaman kanak-kanaknya hinggakan tak sedar yang Izzat telah duduk
bersebelahan dengannya. Izzat tersenyum melihat keasyikan Darwina.
“Wina.....asyik benar Wina hinggakan Izzat duduk bersebelahan dengan Wina
pun tak sedar, apa yang Wina renungkan itu?”.Izzat merenung Wina dengan
pandangan yang begitu damai dan tenang.
“Bila Izzat sampai?”. Darwina tersipu-sipu malu bila dia langsung tak sedar
akan kehadiran Izzat bersebelahan dengannya. Sempat juga Wina mencuri pandang
pada wajah yang amat dirindui itu. Wina kembali menundukkan wajahnya bila
matanya dan mata Izzat bertembung. Bila mata mereka bertentang hati Wina
rasa berdebar, hampir setengah jam mereka disitu namun tiada siapa yang
memulakan perbualan. Masing-masing menjadi kelu dan entah apa yang berligar
difikiran masing-masing.Akhirnya Izzat memulakan bicara bila sejak tadi
kedua mereka hanya mendiamkan diri.
“Apa perkembangan terbaru tentang diri Wina sekarang?. Dah jumpa ke dengan
pilihan hati yang dapat memenuhi citarasa Wina?”. Agak terkejut Wina mendengar
soalan yang keluar dari bibir Izzat yang selama ini mencurahkan rasa kasih
dan sayang pada dirinya. Mengapakah soalan itu yang keluar dari bibirnya???
tidak tahukah dia bahawa aku teramat rindu pada dirinya. Darwina terus
berkata-kata dalam hatinya. Terasa pedih bagai dihiris sembilu dan dirobek-robek
belati tajam perasaannya. Darwina rasa ingin menangis tapi ditahan juga
agar Izzat tidak tahu perasaannya yang keciwa itu. Tiada kasih lagikah
dihatimu Izzat??.
“Apa maksud Izzat perkembangan terbaru dan pilihan hati Wina?”. Tersekat-sekat
patah-patah perkataan yang Wina keluarkan, namun sedaya upaya Wina cuba
menahan sebak yang telah mencengkam jiwanya ketika ini. Adakah Izzat kini
tidak lagi mengharap pada kasihnya lagi.....apakah benar andaian dari Maria
bahawa dia akan menyesal kerana tak menerima Izzat dahulu. Adakah ini pertemuan
yang terakhir yang Izzat mahukan. Darwina tidak sanggup untuk menghadapai
kenyataan ini. Darwina menanti dengan penuh debaran untuk mendengar kata-kata
yang bakal Izzat katakan nanti. Akan lukakah lagi hatinya untuk kali yang
kedua.
“Wina........salahkah soalan Izzat?. Izzat memang ikhlas untuk mengetahui
perkembangan Wina kerana dah lama kita tak berjumpa dan berbual di telefon.
Kiranya soalan Izzat tadi telah melukakan perasaan Wina......Izzat mohonkan
kemaafan dari Wina”. Izzat kelihatan tenang ketika menuturkannya.
Dalam keresahan dan kerisauan yang mencengkam nalurinya, Darwina cuba untuk
meluahkan apa yang tersimpan dilubuk hatinya ketika itu. Walaupun berat
untuk menyatakan namun Wina terpaksa meluahkan juga, kiranya Izzat tak
dapat menerimanya Wina rasa lebih puas kerana dapat menyatakannya. Tersekat-sekat
patah-patah perkataan yang dikeluarkannya, namun Wina harap Izzat dapat
mengerti perasaannya ketika itu.
Bagai layang-layang terputus talinya bila Darwina mendengar pengakuan dari
Izzat bahawa Wina terlambat menyatakan perasaannya. Izzat telah bersetuju
untuk menerima gadis pilihan keluarganya bila Izzat benar-benar keciwa
kerana Wina menolak niat sucinya dulu. Hingga sekarang cintanya pada Wina
masih kukuh.....namun Izzat tak sanggup untuk melukakan hati orang tuanya
bila persetujuan telah dinyatakan. Kiranya Wina cepat meluahkannya pasti
mereka dapat hidup bersama. Kini semuanya telah terlambat, keduanya dalam
keciwa....adakah waktu yang tercepat atau aku yang terlewat? Semua itu
kini menghantui fikiran masing-masing.
Sinar yang diharapkan namun mendung yang datang menyelubungi. Izzat datang
menemuinya hanya untuk memberitahu bahawa minggu depan adalah hari pertunangannya
dengan gadis pilihan orang tuanya. Betapa pun cintanya masih mendalam pada
Wina namun untuk melukakan perasaan orang tuanya Izzat tak sanggup. Kiranya
dia diberi pilihan ketika itu pasti Darwina adalah pilihannya, namun..........hanya
allah yang mengetahui perasaan ketika itu. Darwina rasakan hidupnya kini
tiada bermakna lagi, baru untuk memulihkan kelukaan hatinya namun kini
terguris lagi. Tiada kata lagi yang dapat diluahkan kini, hanya manik-manik
yang berkaca di ruang matanya yang dapat mengambarkan perasaan hatinya.
Tiba-tiba sahaja Darwina rasakan seperti dipeluk suasana yang tidak keruan.
Ingin rasanya dia lari situ.....berlalu bersama berlalunya cinta yang tak
sempat bersemi. Namun bila lihat Izzat juga turut bersedih dalam situasi
yang tidak terduga hatinya rasa berat untuk tinggalkan Izzat disitu. Mereka
saling merenung antara satu sama lain seolah-olah itu adalah renungan yang
terakhir bagi mereka. Tiada kata yang dilafazkan tiada cerita yang
hendak dibicarakan, yang ada hanyalah bisikan hati masing-masing yang keciwa
dan terkilan bila hajat suci murni mereka tidak kesampaian.
Apabila senja telah merangkak tiba mereka terpaksa berlalu dari situ. Walaupun
berat hati untuk berpisah namun keadaan tidak membenarkan mereka untuk
terus berada disitu. Izzat menghantar Darwina hingga sampai di perkarangan
rumahnya. Waktu hendak melangkah keluar dari kereta Izzat memberi
satu bungkusan yang berbalut rapi buat Darwina. “Terimalah sebagai kenang-kenangan”
bersama renungannya yang pasti membuat Darwina tidak dapat melupakannya.
“Darwina........ jangan terlalu ikutkan perasaan.....Izzat juga rasa apa
yang Wina rasakan kini. Antara kita memang tiada jodoh.,yang ada hanyalah
pertemuan yang sementara, namun Izzat rasa amat bahagia walaupun hanya
untuk seketika. Terimalah semua ini dengan pasrah Wina, jangan menangis
lagi....setiap titik airmata yang Wina keluarkan ianya bagai menghiris
hati Izzat”.
“Wina akan ingat pesan Izzat itu.......Wina harap Izzat akan hidup bahagia
dengan gadis pilihan orang tua Izzat . Lupakanlah Wina untuk selamanya
Wina akan abadikan kenangan kita dilubuk hati Wina. Selamat berbahagia
Izzat”. Wina merenung Izzat untuk disimpan dalam memori hatinya. Sebelum
berlalu Izzat sempat berkata pada Wina “ Darwina.....kau tetap ratu dihati
ku”.
Jam didinding telah menunjukan pukul 2.00 pagi. Darwina masih belum dapat melelapkan matanya. Untuk apa aku harus menangis....tak ada siapa yang harus ku persalahkan, itulah bisikan hati Wina untuk menenangkan dirinya sendiri. Wina berbaring dikatil sambil memegang bungkusan yang diberikan oleh Izzat padanya. Perlahan-lahan Wina membuka bungkusan itu. Didalamnya terdapat sehelai kain sutera berwarna biru dan sepucuk surat. Warna biru adalah warna kegemaram mereka berdua, Wina mengambil kain sutera itu sambil menciumnya. Perlahan dia membuka helaian surat dari Izzat, Wina menarik nafas sedalamnya dan melepaskan perlahan sebelum membaca isi kandungan surat Izzat.
Darwina.........
Dalam keterpaksaan ini Izzat terpaksa juga meluahkan pada Wina,
selepas Izzat rasa begitu keciwa dengan keputusan Wina menolak
cinta suci Izzat. Izzat mengambil keputusan untuk pulang ke daerah
kelahiran Izzat untuk bertugas disitu. Teramat sukar untuk Izzat
buat keputusan itu, namun atas perasaan yang keciwa Izzat
lakukan juga.
Wina..........
Kedegilanmu untuk menerima Izzat sebagai pengganti amat meluka
kan perasaan Izzat. Akhirnya Izzat ambil keputusan untuk menerima
gadis pilihan orang tua Izzat. Minggu depan kami akan ditunangkan
secara sah. Memang sukar untuk Izzat menerimanya, namun kerana
Wina memang tidak suka pada Izzat maka Izzat menerimanya dalam
keterpaksaan untuk tidak melukakan hati kedua orang tua Izzat.
Darwina.......
Sesungguhnya tiada siapa dapat mengantikan tempatmu di sudut hati
ini....namun apakan daya Izzat hanya bertepuk sebelah tangan. Izzat
harap Wina akan temui sinar kebahagian, mungkin benar kata Wina
tiada jodoh antara kita. Tapi....Izzat tetap gembira dapat mengenali
Wina walau pun Izzat tak berpeluang untuk memilikimu........
Dari insan yang pernah menyintaimu.....
Izzat yang jauh.
Darwina melipat kemas warkah terakhir yang akan dijadikan kenangan buat
dirinya. Kelewatannya membalas cinta dari Izzat telah membuat dia terluka
lagi, namun semua itu telah ditentuankan oleh tuhan. Memang tiada jodoh
antara dia dan Izzat. Dari sudut hatinya yang tulus dia mendoakan semuga
insan sebaik Izzat akan hidup bahagia. Wina bangun dari katil terus ke
almari solek sambil merenung kain sutera yang dihadiahkan oleh Izzat buatnya.
“Emmm cantik....terima kasih Izzat” Wina cuba tersenyum dalam hati yang
keciwa.................
Hari berganti hari tanpa kita sedari hari yang dinantikan oleh keluarga
Izzat menjelma juga. Darwina telah bersedia untuk pergi melihat hari bahagia
Izzat, Wina mahu merenungnya sepuas-puasnya buat kali yang terakhir. Dia
akan cuba mengawal perasaannya nanti, apa pun yang terjadi dia tetap dengan
keputusannya untuk melihat Izzat buat kali yang terakhir. Tiada siapa yang
dapat menghalangnya dari pergi.
“Wina.....tak berubah ke keputusan kau ni? Maria takut kau tak dapat menghadapinya
nanti......Maria tahu perassan kau ketika ini, Maria juga perempuan Wina
kalau kau rasa tak sanggup biar Maria dan Azrie sahaja yang pergi”.
Darwina terus berdandan dengan sepasang baju kebaya sutera biru pemberian
dari Izzat hari tu. Dia kelihatan anggun dengan baju itu. Darwina cuba
mempamirkan senyum pada Maria seolah-olah dia mampu menghadapinya. Namun
Maria tahu perasaan Wina yang berperang ketika ini. Maria memang kagum
dengan Wina, namun jauh disudut hatinya Maria tumpang sedih dengan nasib
yang melanda Wina.
“Cepat la kita pergi.....Azrie pun dah sampai, nanti tak sempat Wina nak
tengok Izzat bersanding. Hadiah yang kita beli semalam mana? jangan lupa
pula”.
Sepanjang perjalanan tiada siapa yang berbicara semuanya terasa kelu untuk berbual. Darwina hanya melayan dan mengawal perasaannya. Sedaya upaya dia mengawalnya namun ada juga air jernih yang turun membasahi pipinya. Akhirnya sampai juga mereka dirumah yang telah dihias cantik. Kelihatan begitu ramai tetamu yang meraikan hari perkahwinan Izzat. Mereka terus menuju ke ruang makan yang disediakan. Darwina tercari-cari bayang Izzat yang dah lengkap dengan pakaian pengantin. Nasi yang disuapnya bagaikan tak terasa lagi bila kedengaran bunyi paluan kompang meraikan Izzat yang telah lengkap bagaikan pendekar dizaman Hang Tuah. Sebagaiman hebatnya paluan kompang begitu jugalah perasaan Wina yang tak keruan dengan perasaannya yang berkecamuk kini.Izzat kelihatan begitu tampan dengan pakaian pengantinnya, namun dari raut wajahnya kelihatan dia tak gembira. Wina rasa sedih bila lihat Izzat begitu.
Selesai mereka makan Darwina mengajak Maria menemaninya pergi menemui Izzat
yang sedang bersanding di singgahsana yang telah dihias begitu cantik.
Bak seorang Raja yang baru ditabalkan menjadi Raja, Maria tidak mahu menghampakan
Wina hanya mengikut dari belakang. Darwina cuba mengawal perasaannya sekuat
yang terdaya. Dia tak mahu Izzat melihat dia menangis, Wina masih ingat
kata-kata Izzat “setiap titik air mata yang Wina keluarkan ianya bagai
menghiris hati Izzat” Wina nak lihat Izzat gembira dan bahagia walau pun
dia sendiri keciwa dan terluka.
Darwina dan Maria pergi menepung tawar dan mengucapkan tahniah pada Izzat
dan isterinya yang kelihatan begitu cantik dan tersenyum bahagia. Izzat
kelihatan terkejut melihat kehadiran Darwina dihadapannya, Izzat dan Wina
cuba saling berbalas senyum namun tetap kelihatan tawar.Darwina mengucapkan
tahniah dengan nada yang tersekat-sekat tapi dia tetap dapat mengawal airmata
nya dari jatuh. Izzat memandangnya tanpa berkelip-kelip, merenung sepuasnya
buat kali yang terakhir seolah tidak mahu terlepas walaupun seminit. Darwina
juga merenungnya sambil tersenyum yang diukir dengan paksa. Ketika Maria
mengajak Darwina untuk pulang Darwina sempat berkata pada Maria dengan
nada yang pilu.....
“Maria.......sesungguhnya ini adalah renunganku yang terakhir buat insan
yang tak sempat kuberikan cinta suci ku, tapi aku tetap bahagia kerana
tuhan memberi peluang pada ku merasa cintanya dan berpeluang untuk ku merenungnya
buat terakhir kali......aku doakan semuga Izzat kekal bahagia ke akhir
hayat”