Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
1. Agama itu nasihat.
2. Doa itu pati pada ibadat.
3. Manusia dibangunkan dengan siapa dia suka.
4. Tidak gopoh-gopoh dari Allah, bergopoh dari
syaitan.
5. Majlis itu amanah.
6. Malu sebahagian dari iman.
7. Arak punca maksiat.
8. Orang yang beriman, tiada ada dendam &
mulia. Orang yang celaka (terkutuk), berdendam.
9. Perbuatan zalim, bangkit dihari akhirat akan
gelap.
10. Orang yang mula memberi salam, bebas dari
takbur.
11. Dunia ini penjara kepada orang beriman, syurga
kepada orang kafir. Maka apabila berpisah
daripada dunia, maka keluar dari penjara.
12. Kayu Sugi (Siwak) sesuatu yang bersih (suci),
sesuatu yang diredha ( disukai) oleh Allah.
13. Locing (muzik) adalah serunai syaitan.
14. Tangan yang diatas (memberi), lebih baik
dari tangan dibawah (menerima).
15. Mengumpat lebih dahsat dari zinah menghilangkan
pahala.
16. Berkadaan bersih sabahagian daripada iman.
17. Al-Qur'an itu penghujah (pembila) kepada
engkau atau pendawa atas engkau.
18. Perempuan-perempuan adalah tali-tali jerat
syaitan perangkap syaitan).
19. Orang yang memberi makan dan bersyukor, ia
adalah seperti orang yang berpuasa dan ia adalah orang yang sentiasa bersabar.
20. Sifat sederhana dalam perbelanjaan separuh
daripada kehidupan (kebahagian).
21. Sifat menghormati, kasih sayang kepada manusia
separuh daripada kebijaksanaan.
22. Orang yang bertaubat dari pada dosa dia adalah
seperti saorang yang tiada dosa.
23. Zikirullah adalah tujuh ratus kali lebih
utama daripada membelanjakan sesuatu pada jalan Allah.
24. Bahawa pintu-pintu syurga ada lapan pintu,
salah satu daripadanya diuntukan bagi orang yang berzikir sahaja.
25. Barang siapa menhormati dan memuliakan ahli-ahli
bida'ah maka dia adalah menolong buat meruntuhkan agama.
26. Hendaklah kamu mengajar mayat-mayat mu akan
mengucap kalimah LAA ILAHA ILLALLAH ketika ia meninggal maka diwajibkan
syurga baginya.
27. Barang siapa menyembunyikan kesalahan seorang
orang Islam, Allah akan menyembunyikan kesalahannya di dunia ini dan diakhirat
Allah menolong hambaNya selagi hambaNya itu menolong saudaranya yang beragama
Islam.
28. Semoga Allah s.w.t. merahmati seseorang yang
menggantung tali (rotan) dalam rumahnya untuk mengajar keluarga rumahnya.
29. Seseorang yang terluput satu solatnya adalah
seumpama seorang yang telah hilang segala kekayaan dan keluarganya.
30. Hendaklah bersyukur kepada Allah diatas segala
nikmatNya.
31. Bagi orang alim itu tiga alamatnya: Bercakap
yang benar menjauhkan yang haram dan merendahkan diri.
32. Manusia yang paling bahagia dengan Shafaatku
ialah orang berkata LAA ILAAHA ILLALLAAH dengan ikhlas dari hatinya.
33. Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka
terhadap orang yang mengatakan LAA ILAAHA ILLALLAH yang betul-betul menuntut
keredaan Allah.
34. Sebaik-baik hamba, darjatnya pada Allah dihari
kiamat ialah orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.
35. Siapa selawat ke atas ku seribu kali tiada
mati ia sehingga digembirakannya dengan syurga (diperlihatkannya).
36. Paling hampir seorang hamba Allah dari Tuhannya
ialah ketika mana dia dalam sujud, maka banyaklah berdoa padaNya.
37. Dan siapa selawat ke atas ku seribu kali,
maka Allah mengharamkan tubuhnya atas api neraka.
38. Orang yang bahagia (beruntung) itu tiga alamatnya:
Makanan yang halal, duduk bersama orang-orang alim ( ulamak) dan sembahyang
lima waktu bersama imam.
39. Nabi Muhammand S.A.W. bersabda: Engkau hendaklah
percaya:
? Kepada Allah iaitu diriNya dan yang berkaitan
denganNya.
* Hari Kiamat.
* Para -para Malaikat.
* Kitab-kitab yang lalu.
* Semua Nabi-nabi.
* Kebangkitan selepas mati.
* Takdir ialah segala yang baik atau jahat datang
daripada Allah.
* Engkau mengaku bahawa tiada ada Tuhan yang
selayaknya disembah
melainkan Allah dan Nabi Muhammad
s.a.w. ialah pesuruhNya.
* Bahawa pada ketika setiap sembahyang, engkau
dirikan sembahyang pada
ketika waktunya yang betul setelah
mengimbil wudhu dengan sempurna.
* Bayar zakat.
* Puasa pada bulan Ramadhan.
* Mengerjakan Haji jikalau kamu ada kekayaan
(mampu).
* Kamu hendaklah mengerjakan dua belas sembahyang
Muakkad setiap hari,
(Mengikut hadis yang lain, dua belas
rakaat itu di nyatakan sebagai dua
rakaat sebelum sembahyang Fardhu Subuh atau Fajar dan sembahyang2sunat
sebelum dan selepas sembahyang fardhu
* Engkau janganlah terlepas sembahyang Witir
pada Waktu malam.
Sembahyang Witir adalah wajib (kurang daripada
fardhu dan lebih penting
daripada sunat) dan ianya khususnya ditegaskan.
* Engkau janganlah menyengutukan sesuatu dengan
Allah.
* Engkau jangan mendurhakai kedua ibubapamu.
* Engkau janganlah memakan harta anak-yatim (secara
tidak adil).
* Engkau janganlah meminum miniuman keras.
* Engkau janganlah melakukan zina.
* Engkau janganlah bersumpah palsu.
* Engkau janganlah menurut nafsu haiwan kamu.
* Engkau janganlah mengumpat saudara Muslim kamu.
* Engkau janganlah membuat dakwaan palsu terhadap
perempuan yang suci
(atau lelaki yang suci).
* Engkau janganlah ada perasaan jahat terhadap
saudaramu yang Islam
* Engkau Janganlah menghabiskan masamu dengan
melakukan perkara yang
sia-sia.
* Engkau jangan mencampuri orang-orang yang menghabiskan
masanya dengan
tiada punya tujuan.
Nabi Muhammand S.A.W. bersabda: Engkau hendaklah
percaya:
?
* Engkau jangan memanggil orang pendek Hai!,
kamu yang pendek dengan
niat untuk mencari keaibpan dirinya
atau mengunakannya untuk mengejek-
ngejek tidak dibenarkan.
* Engkau jangan melakukan jenaka dengan menjadikan
orang, lain sebagai
mangsanya.
* Engkau jangan membuat fitnah terhadap orang
slam yang lain.
* Engkau hendaklah bersyukur kepada Allah diatas
segala nikmatNya
* Engkau hendaklah istiqamah (tetap teguh) didalam
menghadapi penanggungan dan malapetakaan.
* Engkau janganlah berasa tidak ambil pedulik
dengan azab Allah.
* Engkau janganlah memutuskan tali persaudaraan
diantara keluarga
* Engkau mesti menunaikan kewajipanmu terhadap
keluargamu.
* Engkau jangan sekali-kali mengutuk akan mana-mana
makhluk Allah
* Engkau hendaklah selalu mengingati dan memuji-muji
Allah dengan mengucap (SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHHUAKBAR).
* Engkau janganlah terlepas dari sembahyang jumaat
dan sembahyang sunat
Aidil Fitri (sembahyang hariraya).
* Engkau hendaklah percaya apa saja yang baik
dan buruk yang menimpa
kamu adalah ditakdirkan dan tidak dapat dielakan
dan juga apa saja yang
kamu tertinggal kamu ditakdirkan untuk melakukannya.
* Engkau jangan tinggalkan membaca Al-Al-Qur'an
didalam apa saja keadaan
40. Sesiapa taat kepada Ku ( Nabi Muhammad s.a.w.
) maka ia ta'at kepada Allah.
41. Orang yang bijak ialah sesaorang yang menghitungkan
(menilai) dirinya serta ia beramal dan amalan
yang dibuat untuk selepas mati.
42. Orang yang bodoh, mereka yang mengikut dirinya
(mengikut keinginan hawa nafsunya) dan beranggan-anggan
pada Allah.
43. Orang yang beriman ialah tempat berjinak.
Sebaliknya tidak ada kebaikan dan tidak boleh berjinak dan keperluan daripadanya.
44. Kekayaan ini akan menimbulkan sifat berpura-pura
di dalam hati seperti mana air menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
45. Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya,
akan keutamaan bulan Ramadhan, maka mereka berharap seluruh tahun itu sepatutnya
menjadi bulan Ramadhan.
46. Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa
sebanyak tiga hari setiap bulan, menjauhkan fikiran jahat daripada hati
(membersihkannya)
47. Zikir yang termulia ialah LAA ILLAHA ILLALLAH
dan doa yang terbaik ialah ALHAMDULILLAH.
48. Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah
dunia ini hanyalah tempat tinggal sementara saja, akhirat jua tempat tinggal
untuk selama-lamanya.
49. Siapa yang kasih kepada Allah, dia akan kasih
orang yg Allah kasih.
50. Siapa yang kasih orang yang Allah kasih,
maka dia akan kasih kepada amalan orang yang Allah kasih.
51. Barang siapa yang kasih kepada amalan orang
yang Allah kasih, maka Allah akan kasih akan dia, hingga tiada orang yang
mengasihi akan dia dan mengenalinya.
52. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh
badan kamu dan tidak juga kepada paras rupa kamu, tetapi kepada hati-hati
kamu.
53. Siapa yang menunjukan kepada kebaikan, dia
memperolehi pahala sebanyak orang yang memperbuatnya. (iaitu membuat kebaikan
itu).
54. Sesaorang yang berbicara akan sesuatu tampa
menghiraukannya sedikitpun, walahal dengan kerananyalah ia akan dilemparkan
ke dalam neraka jahanam.
55. Tidak akan masuk syurga orang yang dalam
hatinya terdapat rasa takbur (rasa besar hati) meskipun sebesar atom.
56. Tidak beriman seseorang kamu melainkan bila
aku (Rasulullah) lebih dicintainya dari bapanya, anaknya, dirinya dan seluruh
manusia.
57. Solat itu merupakan tiang agama, maka barang
siapa yang menegakkan -nya bererti telah menegakan agama dan barang siapa
yang meninggalkannya bererti ia telah merobohkan agama.
58. Apakah hak-hak ibubapa?. Baginda menjawab:
Mereka adalah jannahmu dan jahannammu, yakin kesukaan mereka akan membawamu
ke syurga sebaliknya kemarahan mereka mengheretmu ke neraka.
59. Apabila seorang anak yang taat melihat dengan
perasaan kasih sayang dan cinta terhadap kedua ibubapanya, ganjaran bagi
pandangan yang sedemikian ialah sama dengan haji yang makbul.
60. Kamu hendaklah perintahkan orang-orang supaya
berbuat baik dan menegah dari perkara-perkara yang mungkar, kalau tidak
Allah akan menurunkan azab yang pedih ke atas kamu dan doa kamu tidak akan
diterima olehNya.
61. Umur umatku akan datang adalah diantara 60
hingga 70 tahun sahaja, sebaliknya adalah sedikit bilanganya.
62. Barang siapa melihat sesuatu kemungkaran
dilakukan di hadapannya maka hendaklah dia menegahnya dengan tanganya,
jika dia tidak berkuasa maka hendaklah dia menegahnya dengan lidahnya dan
jika dia tidak dapat berbuat demikian maka hendaklah dia merasa benci didalam
hatinya dan ini adalah Iman yang selemah-lemahnya.
63. Barang siapa membenci maksiat di dalam hati
sajapun, ia adalah seorang yang benar-benar beriman. (Tetapi adalah iman
yang paling lemah ).
64. Hendaklah kamu berzikir sebanyak-banyaknya
sehingga orang menyatakan kamu gila dan orang-orang munafik mengangapkan
kau ahli ria.
65. Nabi S.A.W. bersabda: Sejuk pandangan mataku
ialah dalam bersolat.
66. Sabda Rasulullah S.A.W.:
a. Siapa yang memberi makan kepada orang yang
lapar, dia akan diberi makan
di hari kiamat di padang mahsyar ketika mana
tidak makanan yang akan
dimakan dan terlalu sangat lapar.
b. Siapa yang memberi pakaian kepada orang yang
bertelanjang (tiada berbaju) maka Allah akan beri pakaian kepadanya dipadang
Mahsyar ketika mana
tiada seorang pun yang berpakaian.
c. Siapa memimpin orang buta dengan tangan kirinya,
maka dia akan dipimpin
oleh orang buta dengan tangan kanannya di hari
kiamat di padang Mahsyar.
67. Setiap kesulitan yang menimpa seorang muslim,
maka hal itu bisa jadi penghapus dosanya, walaupun hanya kerana tersusuk
duri.
68. Aku diminta dibukakan pintu syurga, maka
bertanyalah penjaganya `Siapa anda ?' Jawabku `Muhammad' lalu ia berkata
`Sesungguhnya aku diamanahkan supaya tidak membukanya (pintu syurga) untuk
seseorang pun sebelum engkau?.
69. Tanda iman adalah mencintai (para sahabat)
Ansar dan tanda kemunafikan adalah membenci (para sahabat) Ansar.
70. Izinkanlah orang-orang perempuan pada malam
hari (pergi bersolat) di masjid.
71. Allah menolak taubat mereka yang membunuh
orang mukmin.
72. Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian
keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya.
73. Mulakanlah sedekah itu dengan orang yang
menjadi tanggunganmu.
74. Bergembiralah kamu dan orang-orang di belakangmu,
bahawa sesungguhnya barang siapa bersaksi tiada Tuhan selain Allah dengan
benar tampa kesaksiannya ia masuk syurga.
75. Pekara haram yang paling dimurkai oleh Allah
adalah talak.
76. Laki-laki yg paling dimurkai Allah adalah
yang bengis, yang suka bermusuhan.
77. Abu Bakar dan Umar adalah pemimpin-pemimpin
orang-orang tua, ahli syurga dari yang mula-mula dan yang akhir-akhir selain
para Nabi dan Rasul.
78. Jibril telah datang kepadaku menyampaikan
khabar gembira ` Sesungguhnya barang siapa dari umatku mati (dengan) tidak
mempersekutukan sesuatu kepada Allah dia masuk syurga.
79. Barangsiapa dari umatku membaca selawat atasku
satu kali Allah menetapkan sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh
keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat.
80. Barang siapa mendirikan rumah ibadah (masjid)
bagi Allah menjaga kebersihannya, maka Allah akan menyediakan sebuah rumah
di syurga bersama seorang bidadari.
81. Mimpi yang paling tepat/benar pada waktu
sahur.
82. Allah beri keberatan pada orang yang bersahur
.
83. Mencari rezki yang halal suatu yang difardukan,
setelah ditunaikan suatu fardu yang pertama.
84. Sesuatu yang sedikit dan mencukupi lebih
baik dengan sesuatu yang banyak dan melekakan.
85. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga akhir hayat/liang
lahat.
86. Sesiapa yang menuntut ilmu Allah akan mudahkannya
jalan kesyurga.
87. Menuntut ilmu satu kefarduan.
88. Celakalah mereka, sesiapa yang datang dan
perginya Ramadhan tampa mendapat keampunan.
89. Orang yg beriman, dia adalah seperti seorang
lelaki jika mengadu matanya, seluruh anggota badan akan membantu. Dan jika
mengadu sakit kepala, seluruh badan akan mengadu sakit.
90. Orang yang bijak ialah orang yg sentiasa
selalu beringat berkerja untuk akhirat dan orang yang lalai/rugi adalah
orang yang lupa meyadiakan bekalan untuk akhirat.
91. Barang siapa yg matinya mensaksi hak dunia,
Allah Taala akan jadi kan ia miskin dimata (sisi) Allah.
92. Barang siapa hendak memulakan sesuatu dengan
niat untuk akhirat, Allah Taala akan jadikan ia kaya dalam hatinya.
93. Ada tiga tanda orang munafik:
1. Apabila berbicara ia berdusta
2. Apabila berjanji ia mungkar
3. Apabila dipercayai ia berkhianat
94. Didunia ini, anak Adam benci 2 perkara.
a. Berani kepada mati - mati lebih baik daripada
kita difitnah.
b. Benci kepada sedikit harta - pada hal harta
sedikit hisab di akhirat.
95. Manusia diakhirat akan ditanya, dimana ketika
kamu sihat dan air apa yang kamu minum.
96. Datangilah ladangmu (isterimu) sebagimana
kamu suka, berilah ia makan apabila engkau makan, berilah ia pakaian, jangan
engkau menghinanya atau memukulnya.
97. Datanglah undangan apabila kamu diundang.
98. Sentiasalah kamu menggunakan minyak zaiton,
sesunguhnya ia di keluarkan dari kayu yang diberkati.
99. Bermula kebaikan ialah cantik akhlak dan
dosa sesuatu yang membimbangkan (menakutkan) dalam diri engkau dan kamu
tidak suka bahawa perkara yang dibuat diketahui orang.
100. Fasik itu adalah helang, tikus, kala jengking
dan anging gila.
101. Apabila sesaorang yang sembahyang tiada
sembahyang selepas itu.
102. Apabila sesaorang mengetahui siapa dikiri
dan dikanan ketika ia sembahyang, akan rosaklah sembahyangnya.
103. Andai kata sesaorang itu sembahyang sedang
ia mengantuk, berhentilah sembahyang itu.
104. Ketika sembahyang janganlah kamu menguwap,
menguwap ketika sembahyang perbuatan ganguan syaitan.
105. Sesungguhnya sembahyang itu mengelakan daripada
melakukan dosa besar dan dosa kecil (kejahatan/kemungkaran).
106. Tiada erti kaya memiliki harta, banyak kebun
tetapi yang kaya sesungguhnya ialah kaya jiwa.
107. Tidakkah dua ekor singa lapar dimasukan
kedalam kandang kambing sangat bahaya. Adalah lebih bahaya orang-orang
berpangkat dan berharta dan mencintainya daripada akhirat.
108. Buat perkara baik jangan bertangguh-tangguh
kerana mati itu datang mengejut. Jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan
lemah lembut.
109. Aku benci kepada orang munafik tetapi hendaklah
kamu bersabar.
110. Apabila kamu merasa terbuku di dalam hati,
hendaklah sembahyang sunat Istikarah 7 kali.
111. Tiap-tiap manusia dijadikan secara mudah
oleh Allah.
112. Ibubapalah guru yang pertama mendidik anak-anak.
113. Tunaikan amanah kepada orang-orang mempercayaimu
dan jangan engkau mengkhianat orang yang mengkhianatimu.
114. Pendekkanlah misai-misai kamu dan biarkanlah
janggut-janggut.
115. Dihalalkan memakai emas dan sutera bagi
kaum perempuan umatku dan diharamkan atas kaum lelaki.
* A M I N *