Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
1.5
Memperihalkan LAN,WAN dan keperluan perkakasan seeperti NIC,router,hub dan protokol.

JENIS RANGKAIAN
Rangkaian komunikasi berbeza mengikut keluasan kawasan.

Terdapat 2 jenis yang popular iaitu :
LAN (Rangkaian Kawasan Setempat/Local Area Network)
WAN (Rangkain Kawasan Luas/wide Area Network)
LAN
Terdapat 2 jenis iaitu :
Client-server LANs
Peer-to-peer LANs
menyambungkan beberapa mesin yang berada berdekatan antara satu dengan yang lain.Jarak LAN adalah dalam linkungan 2 km.Biasanya meliputi satu atau beberapa bangunan.
WAN
merangkumi kawasan geografi yang luas.Ia meliputi negeri dan negara.Boleh terdiri daripada berjuta-juta LAN.Internet ialah WAN yang terbesar di dunia.

Perkakasan yang digunakan dalam WAN dan LAN.

NIC Card.
Wireless Modem.
Router.
PCMCIA NIC Card

Protokol Komunikasi

TCP/IP
Ialah protokol standard bagi internet.
Ia digunakan untuk tujuan komunikasi di antara komputer. Ia semakin banyak digunakan dalam LAN.Telah digunakan di ARPANET (yang menjadi asas kepada pembentukan internet).Ia menggunakan konsep ‘packet switching’.
Terdiri daripada dua protokol iaitu:
1. TCP dan IP
2. TCP/IP
Menentukan ‘packet switching’ untuk data-data yang dihantar melalui talian di internet.packet switching : data yang dihantar melalui internet dibahagikan kepada bingkisan-bingkisan kecil yang di panggil paket (packets). Setiap paket mengandungi :
1. Data
2. Alamat destinasi
3. Alamat Pengirim
4. Maklumat turutan
TCP/IP
TCP : Memastikan setiap paket sampai ke destinasi dalam keadaan baik.
IP : Bertanggungjawap dalam pengalamatan bingkisan

NetBIOS Extended User Interface (NetBEUI)

Ia merupakan protokol yang digunakan dalam rangkaian yang menggunakan sistem rangkaian Microsoft. Ia biasa digunakan dalam rangkaian yang kecil seperti saiz bahagian rangkaian didalam LAN . Ia mempunyai 1 hingga 200 clients.Ia menggunakan Token Ring sebagai perangkai.