Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
hosted by tripod
Check out the NEW Hotbot Tell me when this page is updated
 
HARI GURU MSI 2003 DISAMBUT MERIAH

MSI ,27 Mei : Pada hari Selasa 27 Mei 2003, adalah satu hari yang sukar dilupakan oleh warga MSI kerana pada hari itu telah dilangsungkan sambutan Hari Guru bagi MSI. Banyak acara yang menarik dan menghiburkan telah dijalankan .

Acara sambutan dimulai dengan sukaneka antara guru serta kakitangan maktab.Di antara acara yang mencuit hati ialah memasukkan air ke dalam botol dengan menggunakan jari atau tapak tangan.Di samping itu juga telah dijalankan acara mengupas buah epal dan membungkus hadiah dalam masa yang ditetapkan .

Acara-acara ini telah disaksikan oleh ratusan para pelajar dan guru yang memenuhi ruang antara blok A dan blok B.

Selepas acara sukaneka para guru telah di arak oleh para pelajar dengan bunga manggar ke Dewan Tg Mahmud .  Selepas itu para pelajar telah memberikan guru beberapa cenderahati bagi menghargai jasa guru.

Acara di dalam dewan dimulai dengan bacaan doa,diikuti dengan perutusan dari Menteri Pendidikan, ucapan Pengetua MSI dan Ketua Pelajar serta klip video pengorbanan guru.

Bacaan ikrar oleh guru dan lagu khas guru telah disampaikan oleh para guru dan kumpulan koir pelajar.Para pelajar dan guru kemudiannya telah dihiburkan dengan nyanyian oleh guru dan pelajar. Selain itu diselitkan juga dengan sketsa , tarian dan dikir barat.

Sesungguhnya kemeriahan Hari Guru serta sambutannya memberikan suatu keyakinan baru kepada para guru bahawa sumbangan mereka dihargai. Sekian.

Selamat Hari Guru. Sekali guru, tetap guru.

(Perhatian : Sebahagian dari gambar-gambar sambutan dipaparkan pada ruangan album semasa)