!--[if gte mso 9]>
Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
LAMAN HALIM


BERITA HEP
 

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

BADAN WAKIL PELAJAR

____________šš____________

1.PENGENALAN

Badan Wakil Pelajar atau singkatannya BWP adalah ditubuhkan sebagai sebuah badan kebajikan dan kerjasama pelajar dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara, disamping menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyuburkan bakat kepimpinan serta nilai-nilai demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar.

2.MISI & OBJEKTIF

Misi utama BWP adalah membantu Maktab mencapai matlamat Maktab melalui usaha-usaha dan kerjasama yang padu bagi mempastikan:

a.Moto MRSM “Berdisiplin, Berilmu dan Beramal “ adalah dijunjung 

dan diamalkan oleh setiap pelajar.

b.Prinsip-prinsip dan etika hidup pelajar MRSM adalah sentiasa dihormati dan diamalkan oleh setiap pelajar.

c.Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Dalam misi di atas terkandung objektif BWP iaitu:

a.Memupuk dan membina sebuah masyarakat pelajar yang bersatu, berdisiplin, berilmu dan beramal.

b.Memupuk dan menyuburkan ‘ budaya Ilmu’ dan ‘budaya cemerlang’ dikalangan pelajar.

c.Memupuk dan menyuburkan bakat kepimpinan, kreativiti dan potensi pelajar di bidang akademik dan kokurikulum.

d.Memelihara dan mengukuhkan persefahaman, perpaduan dan hubungan kerjasama di antara pelajar dengan guru, kakitangan dan pentadbiran Maktab/ MARA amnya.

e.Memelihara kepentingan dan kebajikan pelajar mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.

3.MOTO

Moto BWP ialah “Dipimpin Untuk Memimpin”

4.BIDANG TUGAS & TANGUNGJAWAB

Di dalam objektif yang tersebut, terkandunglah tugas dan tangungjawab BWP kepada pelajar khasnya dan Maktab amnya. Oleh itu menjadi tangungjawab BWP untuk menaja, menganjur dan membantu mana-mana pihak dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan kecemerlangan pelajar daripada masa ke masa khasnya dalam perkara-perkara berikut:

4.1Menentukan bahawa semua pelajar mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang berkenaan seperti:

a.Kemudahan Belajar dan Bimbingan

b.Kemudahan Penginapan dan Makanan

c.Kemudahan Rawatan dan Kesihatan

d.Kemudah pengangkutan dan Perhubungan

e.Kemudahan Sukan dan Riadah

f.Kemudahan dan Kebajikan AM

4.2Membantu pihak maktab menjayakan aktiviti atau urusan berikut:

a.Aktiviti sukan antara pelajar, guru dan sebagainya.

b.Aktiviti tahunan Maktab sepertiSukan Tahunan, Hari Ucapan, 

Majlis Graduasi dan sebagainya.

c.Aktiviti sambutan dan perayaan seperti Sambutan Hari 

Kemerdekaan, Maulidur Rasul, Hari Guru dan sebagainya.

d.Pendaftaran pelajar dan program Orientasi/ Suaikenal pelajar.

4.3Menaja dan menganjurkan aktiviti atau program yang sesuai dan selaras dengan objektif atau tujuan yang telah ditetapkan seperti:

a.Majlis ilmu dialog, ceramah, seminar atau bengkel akademik dan pengetahuan am.

b.Majlis penerangan untuk pelajar berkaitan dengan urusan pentadbiran dan hal ehwal kebajikan pelajar.

c.Pertandingan mencungkil bakat dan potensi pelajar di bidang akademik, kokurikulum dan dayacipta.

d.Gerak kerja khidmat masyarakat atau gotong royong di luar dan di dalam maktab.

e.Lawatan sambil Belajar atau Lawatan Muhibbah dan program pembangunan sahsiah pelajar.

4.4Membantu guru dan pihak pentadbiran maktab dalam urusan seperti:

a.Perlaksanaan dan penguatkuasaan peraturan tatatertib dan disiplin Maktab ke atas pelajar.

b.Mengawasi pergerakan dan keselamatan pelajar di dalam dan di luar maktab.

c.Mencegah pelajar daripada terjebak ke dalam aktiviti atau kegiatan yang terlarang oleh undang-undang maktab, agama dan negara.

d.Memupuk dan mengembangkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar.

5.PENGURUSAN & ORGANISASI

Pengurusan dan pentadbiran am BWP sebagai sebuah organisasi pelajar adalah dipimpin oleh sebuah Jawatankuasa Kerja (Exco) yang dianggotai oleh empat belas (14) orang anggota terdiri daripada : seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, dua orang Naib Presiden (I dan II), seorang Setiausaha Agong, Seorang Bendahari Agong dan 8 orang ahli Jawatankuasa mengetuai biro-biro seperti berikut:

a.Biro maklumat & Komunikasi

b.Biro Akademik

c.Biro Kebudayaan

d.Biro Agama & Akhlak

e.Biro Kesihatan & Pemakanan

f.Biro Sukan & Rekreasi

g.Biro Kebajikan

h.Biro Puteri

6.PERLANTIKAN & SKOP TUGASAN

Calon yang memenangi empat belas (14) kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya Umun BWP Maktab (sekurang-kurangnya 4 jawatan hendaklah dikhaskan kepada pelajar puteri) akan dilantik memegang jawatan tertentu dalam jawatankuasa Kerja BWP pada tahun berkenaan oleh Pengetua dan Guru Penasihat BWP dengan skop tugasan seperti berikut:

6.1Presiden

a.Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja BWP.

b.Memimpin dan mengawasi pergerakan dan pentadbiran am BWP.

c.Mengawasi tingkahlaku dan disiplin ahli Jawatankuasa Kerja BWP dan ahli Jawatankuasa kecil yang berkenaan.

d.Mengesahkan segala perbelanjaan yang dibuat oleh BWP bersama dengan Bendahari Agong BWP.

e.Bertangungjawab ke atas setiap aktiviti atau tindakan yang dilaksanakan atau diambil oleh BWP.

f.Mendapatkan nasihat / pandangan dan memaklumkan kepada guru Penasihat tentang pentadbiran dan aktiviti BWP.

6.2Timbalan Presiden

a.Menggantikan atau menjalankan tugas-tugas presiden ketika Presiden tidak dapat menjalankan tugasnya atauberlakunya kekosongan jawatan Presiden.

6.3Naib Presiden I ( Pengerusi Lembaga Disiplin Pelajar)

a.Membantu Presiden dalam menjalankan tugas-tugasnya dari masa ke masa mengikut arahan Presiden.

b.Menjadi Pengerusi kepada Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dan bertangungjawab dalam segala urusan dan pentadbiran LDP.

c.Bertindak sebagai penasihat kepada Presiden dalam hal ehwal disiplin pelajar.

d.Bertangungjawab secara langsung kepada presiden dalam pentadbiran kelas persediaan pelajar (prep).

6.4Naib Presiden II (Pengerusi Biro)

a.Membantu Presiden dalam menjalankan tugas-tugasnya dari masa ke masa mengikut arahan Presiden.

b.Menjadi pengerusi kepada 9 Biro BWP.

c.Bertangungjawab menguruskan ‘peti cadangan’ dan aduan-aduan pelajar.

d.Bertindak sebagai penasihat kepada Presiden dalam urusan pentadbiran am BWP.

6.5Setiausaha Agong

a.Memanggil dan menentukan tempat dan masa mesyuarat bulanan BWP.

b.Mencatat, mengedar dan menyimpan rekod / minit mesyuarat BWP.

c.Membuat susulan / perintah tentang tindakan yang perlu diambil oleh Presiden dan Naib Presiden berdasarkan keputusan mesyuarat yang berkenaan.

d.Bertangungjawab kepada Presiden atas urusan surat menyurat dan pentabiran pejabat BWP.

e.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

6.6Bendahari Agong

a.Mengurus dan menjaga akaun dan pentadbiran kewangan BWP.

b.Menyimpan kira-kira BWP dan menyediakan penyata kewangan bulanan BWP.

c.Menyediakan laporan / penyata kewangan BWP untuk dibentangkan dalam perhimpunan Agong Tahunan BWP.

d.Mengesahkan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun / tabung BWP bersama Presiden.

e.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

6.7Ketua Biro Maklumat & Komunikasi

a.Bertangungajawab membantu maktab dalam menyebarkan dan mengumpulkan maklumat tertentu demi kepentingan dan kebaikan pelajar keseluruhannya.

b.Bertangungjawab menerbitkan / membantu kerja-kerja penerbitan atau percetakan risalah / berita / majalah tahunan, mengurus laman web BWP dan sebagainya.

c.Bertangungjawab mempertingkatkan hubungan komunikasi dikalangan pelajar.

d.Menjalankan tuagas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

6.8Ketua Biro Akademik

a.Mengawasi kepentingan dan kebajikan pelajr dalam bidang pendidikan.

b.Bertangungjawab menganjurkan aktiviti yang mengalakkan ‘Budaya Membaca’ dan ‘Budaya Ilmu’.

c.Menjalankan penyelidikan atau kajian terhadap keberkesanan program pembelajaran atau sikap pelajar terhadap pelajaran dan sebagainya.

d.Menjalankan tugas-tugas yangdiarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

6.9Ketua Biro Kebudayaan

a.Bertangungjawab ke atas acara dan majlis anjuran pelajar dan maktab.

b.Menyelengarakan majlis tertentu untuk pelajar dengan syarat ia tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan.

c.Menjalankan aktiviti untuk memenuhkan masa lapang pelajar.

d.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru penasihat BWP.

6.10Ketua Biro Agama & Akhlak

a.Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah memajukan pemikiran dan penghayatan amalan dan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar Islam Maktab.

b.Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktivitipenjanaan taqwa dan pembangunan nilai dan akhlak murni di kalangan pelajar.

c.Bertangungjawab ke atas mempertingkatkan aktiviti-aktiviti syiar Islam.

d.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

6.11Ketua Biro Kesihatan & Pemakanan

a.Merancang dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan penjagaan kesihatan, gaya hidup sihat dan kempen kesihatan.

b.Mengawasi mutu perkhidmatan dan kebersihan makanan serta minuman yang disajikan di Dewan Selera atau dijual kepada pelajar dalam kawasan maktab.

c.Mengawasi tahap kebersihan alatan, dewan dan sekitarnya serta sikap dan tingkahlaku pelajar terhadap penjagaan kebersihan.

d.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

6.12Ketua Biro Sukan & Rekreasi

a.Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi untuk faedah kesihatan dan kecergasan pelajar.

b.Bekerjasama dengan Unit Sukan Maktab dalam menganjurkan pertandingan sukan antara rumah / kumpulan.

c.Mengawasi keselamatan dan penggunaaan alatan sukan maktab oleh pelajar.

d.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

6.13Ketua Biro Kebajikan

a.Bertangungjawab mengawasi kebajikan pelajar dari segi kemudahan asas (seperti air, elektrik dan alatan ), kemudahan rawatan, kemudahan pengangkutan, kemudahan telekomunikasi, surat menyurat dan sebagainya.

b.Bertangungjawab mengawasi bilik sakit dan klinik maktab serta keperluan menghadapi saat kecemasan seperti kebakaran (sistem pencegah kebakaran, alat pemadam api, peti pertolongan cemas) dan sebagainya.

c.Menganjurkan aktiviti-aktiviti kebajikan seperti pungutan derma wang / pakaianuntuk pelajar yang memerlukan , ziarah dan sebagainya.

d.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

6.14Ketua Biro Puteri

a.Menguruskan hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar puteri.

b.Memberi bantuan kepada pelajar puteri yang sakit.

c.Mengadakan kegiatan seperti ceramah mingguan, kelas memasak, menjahit dan sebagainya kepada pelajar puteri.

d.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

7.JAWATANKUASA KECIL BIRO

Setiap Biro hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil Biro yang terdiri daripada :

a.Ketua Biro (Dilantik oleh Pengetua)

b.Penolong Ketua Biro (Dilantik oleh Ketua Biro)

c.Setiausaga Biro (Dilantik oleh Ketua Biro)

d.Enam hingga sepuluh orang ahli jawatankuasa biasa (dilantik oleh Ketua Biro atas persetujuan Presiden BWP dan Guru Penasihat).

8.PERSIDANGAN AGONG TAHUNAN

Adalah menjadi tanggungjawab Presiden dan Guru Penasihat BWP untuk mempastikan agar satu Persidangan Agong Tahunan dapat diadakan pada setiap tahun selewat-lewatnya pada bulan Ogos tahun berkenaan untuk membincang dan menyempurnakan perkara-perkara berikut:

a.Membentang dan menerima laporan tahunan BWP bagi tahun berkenaan.

b.Membentang dan menerima laporan atau penyata kewangan BWP bagi tahun berkenaan.

c.Melantik dua orang juruaudit daripada kalangan ahli (pelajar) untuk tahunan kewangan berikutnya.

d.Membentang usul-usul yang dikemukakan oleh ahli-ahli.

e.Ucapan penanguhan dan pembubaran Jawatankuasa Kerja dan Biro oleh Presiden BWP kecuali Pengerusi Lembaga Disiplin Pelajar.

f.Menubuhkan Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya umum BWP.

9.PILIHANRAYA UMUM BWP

Satu pilihanraya yang dikenali sebagaiPilihanraya Umum BWP hendaklah diadakan dalam masa tujuh (7 ) hari selepas tarikh Persidangan Agong Tahunan diadakah. Pilihanraya tersebut hendaklah dijalankan di bawah kelolaan Suruhanjaya Pilihanraya mengikut garis panduan berikut:

a.Sebanyak empat belas (14) kerusi anggota Jawatankuasa Kerja (EXCO) BWP akan dipertandingkan.

b.Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pengetua sahaja yang layak bertanding.

c.Jika bilangan calon yang memohon bertanding atau dicalonkan bertanding dalam sesuatu pilihanraya melebihi daripada dua puluh lima (25) orang, maka satu temuduga (saringan) perlulah diadakan di bawah kelolaan Guru Penasihat dan Penolong Pengetua HEP untuk memilih dua puluh lima (25) calon yang terbaik untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan diadakan (jika bilangan calon kurang daripada dua puluh lima (25) orang, temuduga tidak perlu diadakan.

d.Kriteria pemilihan calon BWP adalah berdasarkan kepada perkara berikut:

i.Prestasi akademik yang cemerlang dengan PNG>2.50

ii.Mempunyai pengalaman kepimpinan.

iii.Budipekerti dan sahsiah yang baik dan mulia.

iv.Berketrampilan serta cemerlang dalam kokurikulum dan sukan.

v.Penampilan diri dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.

e.Aktiviti kempen dan penyampaian / persembahan ‘manifesto’ oleh calon mestilah dibuat mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pengetua melalui Suruhanjaya Pilihanraya.

f.Aktiviti kempen hanya dibenarkan sebaik berakhirnya Persidangan Agong sehingga tarikh pilihanraya dijalankan.

g.Empat belas (14) calon yang mendapat undi terbanyak akan diisytiharkan menang dan akan dilantik oleh Pengetua melalui Guru Penasihat yang berkenaan memegang jawatan-jawatan yang difikirkan sesuai dalam Jawatankuasa Kerja BWP selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas(12) hari selepas tarikh pilihanraya diadakan.

h.Jika ada apa-apa bantahan berkaitan dengan perjalanan pilihanraya, ianya hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengetua dalam masa 24 jam selepas pilihanraya diadakan.

10.LEMBAGA DISIPLIN PELAJAR

10.1Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) diwujudkan di bawah pimpinan Pengerusi yang sekali gus adalah Naib Presiden I BWP. LDP bertangungjawab kepada Presiden BWP, Penolong Pengetua (HEP) dan Pengetua dalam urusan penguatkuasaan undang-undang dan tatatertib disiplin pelajar serta membantu pihak Guru Asrama, Guru Penasihat, Guru-Guru, Pengetua dan Kakitangan Maktab dalam perkara berikut:

a.Mengawasi dan meningkatkan mutu disiplin pelajar.

b.Menegakkan prinsip dan etika hidup pelajar serta menguatkuasakan peraturan disiplin Maktab.

c.Mengawasi dan mencegah pelajar daripada terjebak ke dalam kegiatan yang bertentangan dengan peraturan Maktab, agama dan negara.

d.Mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam dalam kawasan Maktab.

e.Membantu mana-mana pihak demi kebaikan pelajar dan nama baik Maktab.

10.2Kriteria pemilihan calon LDP adalah berdasarkan kepada perkara berikut:

a.Prestasi akademik yang cemerlang dengan PNG>2.0

b.Mempunyai pengalaman kepimpinan.

c.Berketrampilan serta cemerlang dalam kokurikulum dan sukan.

d.Penampilan diri dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.

10.3Anggota LDP adalah dipilih dan dilantik oleh Pengetua daripada kalangan pelajar mengikut garis panduan berikut:

a.Bilangan anggota LDP adalah di antara dua puluh empat (24) hingga empat puluh lapan (48) orang atau atas nisbah dua (2) orang LDP untuk setiap dua puluh lima (25) pelajar.

b.Struktur organisasi LDP adalah seperti berikut:

i.Pengerusi LDP

ii.Timbalan Pengerusi (L)

iii.Timbalan Pengerusi (P)

iv.Penguasa Kanan (4 orang)

v.Setiausaha LDP (dilantik oleh Pengerusi daripada kalangan Penguasa LDP)

vi.Penguasa (antara 16 hingga 40 orang)

c.Pentadbiran am LDP adalah dikendalikan oleh Pengerusi LDP merangkap Naib Presiden I BWP melalui sebuah jawatankuasa yang dipanggil sebagai Jawatankuasa Pusat LDP Maktab.

Biro/MHR/ida[A]