Hampapai/Mandai |
||
Punca resepi |
Resepi tradisi masyarakat banjar. Diambil dari laman web dibawah. http://www.fortunecity.com/boozers/upsidedown/445/resepi.html |
|
Bahasa malaysia |
Bahasa banjar (kuyaan banjar) |
|
Bahan-bahan |
Kulit nangka/cuadak nang ripu Uyah |
Kulit nangka/cempedak yang masak Garam |
Cara membuatnya |
Hampapai Goreng Hampapai di basuh dan ditekan untuk mengeringkanya. Selepas itu ia boleh dihiris mengikut saiz yang sesuai. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing. Hidangkan. Hampapai Tumis Hampapai di basuh dan ditoskan. Hiris mengikut kesukaan. Bahan timisan ialah bawang merah, hirisan cabai merah, bawang besar, ikan bilis atau udang kering ( udang basah juga enak). Tumis kesemuanya menggunakan sedikit minyak. Pastikan menggunakan api yang basar. Hampapai Tumis bertelur Sama seperti hampapai tumis. Bezanya hanya apabila tumisan separa masak, pecahkan telus kedalamnya dan kacau sehingga ianya masak. Masak Lemak Hampapai Hiris hampapai. Sediakan santan kelapa.Ikan, udang, sotong atau apa-apa bahan hidup yang disukai. Sediakan rempahan seperti kunyit, lengkuas, cabai hidup, sedikit lada hitam/putih, bawang merah dan sedikit bawang putih ; kesemuanya di tumbuk lumat. Dengan sedikit minyak tumis separa masak rempahan bersama hampapai. Setelah itu masukan santan dan seterusnya masak ikan. Pastikan sentiasa di kacau untuk mengelakan santan menjadi minyak.Masukan asam keping untuk menambah perisanya. |
Hampapai Goreng Hampapai dibesuh dahulu, imbah tu dikulacak agar karing banyunya. Sayat hampapai mengikut berapa ganak yang diingini. Imbah tu sangak hampapai awan minyak sampai garing. Hampapai Tumis Hampapai dikulacak agar airnya karing. Potong sesuka hati. Tumiskan bawang merah, lumbuk perawit, bawang ganal, ikan bilis, hundang karing (yang basah juwa nyaman). Tumis kasemuanya awan minyak saikit haja. Api pulang tu jangan terlalu ganal.
Hampapai Tumis berhintaluk Sama ai juwa seperti mengulah hampapai tumis cuma bezanya bila hampapai separuh masak, pecahi talur dan gudak sepuas hati. Masak Lemak Hampapai Hiris hampapai ninipis. Parah santan nyiur. Sediakan juwa hundang hidup, sutung. Sediakan rampah untuk ditumbuk seperti jinar hidup, langkuas, lumbuk perawit, sahang, bawang merah, bawang putih. Imbah tu tumis bahan ditumbuk tadik awan minyak awan hampapai juwa. Bila handak karing saikit masukkan santan nyiur awan ikan. Kalau handak nyaman masukkan hundang awan sutung. Pangahirnya masukkan asam . Sanang haja mengulahnya. |
Komen Chef |
Memang sedap hingga mentua lalu pun tak sedar (Nyaman benar hingga mintuhak lalu kadak perasan) |