Sajak ini memaparkan tema curahan hati peribadi penyair.
Dalam dua rangkap pertama sajak tersebut, penyair membayangkan perasaannya yang kecewa atau hampa kerana sesuatu yang dihajati tidak tercapai. Keadaan ini menyebabkan penyair menjadi resah dan gelisah. Penyair tidak yakin kepada dirinya sendiri dan terus berada dalam keadaan hampa.
Dalam rangkap ketiga, penyair membayangkan bahawa masa yang berlalu telah berjaya mengubah pendiriannya. Keyakinan dirinya telah kembali semula dan dia akan meneruskan cita-citanya. Dia juga menghapuskan segala kesangsian yang ada dan akan meneruskan kehidupan ini dengan semangat yang baru.
Dalam rangkap terakhir pula, penyair membayangkan bahawa masa yang berlalu telah berjaya mendewasakan dirinya yang bermaksud telah dapat mematangkan fikirannya. Dia sedar bahawa melayani perasaan yang kecewa itu merupakan sesuatu yang sia-sia. Oleh itu semangat yang baru itu digenggamnya dan dia yakin bahawa dia masih mempunyai harapan yang cerah untuk mencapai cita-citanya.
Persoalan dan Mesej
Tentang perasan kecewa yang dihadapi akibat tidak dapat mencapai cita-cita.
Tentang perjalanan masa yang tidak menunggu sesiapa oleh itu perlu
digunakan dengan sebaik mungkin.
Mesej:
Kita tidak seharusnya berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu pekerjaan.
Masa seharusnya digunakan dengan sebaik yang mungkin.
Melayan diri dengan perasaan yang keciwa adalah sesuatu yang sia-sia.
Kita perlu memiliki semangat dan azam yang kuat untuk menghadapi cabaran
dalam hidup.
|
|
|
|
|