1. BENTUK
Penyajak membahagikan sajak kepada 3 bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dipisahkan untuk menunjukkan 3 zaman yang berbeza iaitu zaman kini (ketika sajak tersebut ditulis-1964), zaman silam( sejarah), dan zaman akan datang menurut andaian penyajak.
Penyair membayangkan penduduk di negara kita hidup dalam keadaan aman
dan damai. Penyair juga membayangkan ketinggian budi pekerti rakyat yang
memang sudah terkenal dengan adat ketimuran mereka. Antara lain penyair
menyampaikan maksud ini melalui kata-kata:
…kau begitu sopan (baris 2)
…kemesraan budi teruna dan gadis…(baris ke-6)
Dalam bahagian kedua, penyair membawa pembaca mengimbas kembali detik-detik sejarah silam. Penyair juga turut mengemukakan persoalan tentang kekejaman rakyat Inggeris yang telah menjajah tanahair serta merampas banyak khazanah yang mempunyai nilai sejarah bangsa kita. Antara lain ialah karya sastera seperti naskah asal buku Sejarah Melayu, dan beberapa hasil sastera sejarah yang lain. Penjajah dipercayai membawa pulang khazanah-khazanah tersebut di dalam 2 buah kapal. Salah sebuah kapal tersebut iaitu “The Fame” telah terbakar dan tenggelam. Sehingga kini karya-karya tersebut masih disimpan di England. Penyair juga menyebut nama dr.snouck untuk mengingatkan kita bahawa masih terdapat beberapa karya sastera kita yang tersimpan di negeri Belanda.
Penyair menyindir dengan nada protes tentang sifat penjajah yang menindas penduduk sehingga kita menjadi seperti hamba di negara sendiri. Kekejaman itu disampaikan dengan unsur-unsur hiprbola seperti berikut:
…tentang budi penjajah menasikan sekam.
Penyair tidak bersetuju bahawa kita memiliki sejarah yang gemilang kerana kita telah membiarkan diri kita dijajah dan harta kita dirampas.
Pada bahagian ketiga, penyair membayangkan keadaan masa depan negara kita. Antara lain ialah kita tidak cuba mengikis kesan-kesan penjajah seperti masih mengekalkan nama-nama jalan dengan mengambil sempena nama penjajah seperti Bukit Kenny. Kita juga menumpukan pembangunan dari segi fizikal dan material semata-mata. Kita akan kehilangan ciri-ciri ketimuran sekiranya kita berterusan mengadakan pembangunan tanpa mengambil kira identiti bangsa kita.
Penyair turut menyindir masyarakat kita yang mulai hilang jati diri.
Ketika penyair menyebut :
…Di sini adik, bukit bintang tanpa bulan.
kata-kata tersebut mengingatkan kita bahawa antara lambang yang terdapat
pada bendera kita ialah bulan dan bintang. Oleh itu bintang tanpa bulan
menunjukkan satu perkembangan baru yang tidak menepati ciri-ciri bangsa
kita. Bintang membawa maksud kecemerlangan, dan bulan pula ialah lambang
bagi agama islam ciri-ciriciri bangsa kita yang percaya kepada tuhan.
Kebudayaan kita pada masa ini hanya sekadar pameran dan hasil seni untuk di jual di pasar-pasar seni sahaja tanpa dihayati dengan sebenar-benarnya.
Akhir sekali penyair membuat rumusan bahawa adat resam kita sudah bercampur aduk kerana dalam pasar seni itu sendiri terdapat perjudian, iaitu kebiasaan bagi bangsa asing. Dengan itu penyair menyifatkan kemakmuran dan pembangunan yang kita nikmati sekarang sebenarnya tidak tulin, tidak nyata, semata-mata mainan di mata seakan-akan bayang-bayang atau fatamorgana.
|
|
|
|