Tema sajak ini ialah kasih sayang ibu.
Maksud rangkaian kata:
1. Kau embun yang menitis
ke urat daun kami.
- Kita tidak menafikan bahawa kita mempunyai pertalian darah dan perhubungan yang erat antara kita dengan ibu. Kita juga tidak akan dilahirkan ke dunia sekiranya tiada ibu yang melahirkan kita.
2. serta bumi pagi basah oleh air mata
cinta dari langit-Nya.
Ibu sanggup berkorban (air mata) demi cintanya terhadap anak-anaknya.
3. kala si kecil berlari-lari
meredah belukar dan bukit
memetik kembang ditaman asuhanmu
Sejak kecil kita belajar menjadi dewasa sambil menempuh pelbagai dugaan. Semuanya kita tempuhi dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh ibu.
|
|
|
|