Dipaparkan juga persoalan sebuah keluarga yang tidak pandai merancang ekonomi rumah tangga. Ini kerana keluarga papa dikatakan tetap hidup dalam keadaan serba mewah walaupun keadaan tidak sesuai. Papa sudah menganggur sejak lombong ditutup namun mereka masih makan sirloin steak, dan membeli pakaian yang mahal2 serta barang2 yang tidak perlu seperti minyak wangi.
Sebelum itupun mereka hidup secara mewah walaupun papa hanya seorang buruh biasa di tanah bekas lombong itu. Anaknya pernah meminta wang daripada papa untuk membeli jeans, dan baju buatan luar negeri, sedangkan anaknya mendapat biasiswa untuk belajar.anaknya juga memakai minyak wangi yang mahal-mahal seperti isterinya juga.
MESEJ- orang melayu mudah terpengaruh
dengan budaya asing terutamanya budaya Inggeris.
. PERWATAKAN
Papa (Mazlan)
-seorang ayah yang bertanggung jawab dan kasih akan anak-anaknya
-berjaya mendidik anaknya yang sulung hingga dapat belajar ke luar
negeri dan anak perempuan nya berada di tingkatan 6 rendah
-tidak mahu berbual tentang masalahnya ketika di hadapan anak perempuannya
kerana berasa tidak sepatutnya anaknya itu turut berasa satu bebanan.
-pernah menjadi nelayan
-menyanjung tinggi orang inggeris kerana sanggup menyediakan tempat
tinggal yang sangat selesa kepada pekerja lombong seperti dia walaupun
dia hanya seorang buruh biasa. Dia juga memuji orang inggeris amerika kerana
memberikan gaji yang lumayan serta khidmat kebajikan yang menarik.
-seorang yang taat menunaikan sembahyang. Di gambarkan Papa sentiasa
bangun awal untuk bersembahyang subuh sebelum berjogging untuk mengeluarkan
peluh.
-seorang yang jujur dan tidak tamak. Hal ini jelas kerana Papa memberitahu
mandur Hassan dan orang ramai yang tinggal di situ bahawa dia telah menemui
batu serpentin.
|
|
|
|