Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Kesusasteraan Melayu STPM
Sajak- Pulang

Oleh : Salleh Long - SMKTAM 

 ANALISIS SAJAK  -  PULANG

ASPEK GAMBARAN MASYARAKAT DALAM SAJAK PULANG
Soalan:
Bincangkan keadaan masyarakat seperti yang digambarkan dalam sajak tersebut.

1. Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman
Penyajak memberikan gambaran masyarakat dalam sajak ini sebagai masyarakat kampung. Hal ini dijelaskan melalui imej-imej kawasan perkampungan tempat lahir penyair sendiri. Antara lain, penyajak mengatakan:
ketika sampai di kampung
ketika berada di kampung
ketika akan meninggalkan kampung

2. Masyarakat yang miskin
Keadaan masyarakat yang miskin digambarkan melalui gambaran tempat kediaman penduduk melalui kata-kata seperti berikut:
rumah tua…

3. Masyarakat yang menjalankan kegiatan pertanian sebagai aktiviti ekonomi utama

4. Masyarakat yang tidak dipedulikan oleh pemerintah dan dibiarkan tanpa projek pembangunan.

5. Masyarakat yang hidup aman dari segi lahiriah namun pada hakikatnya hidup mereka terseksa. Keadaan ini digambarkan melalui kata-kata berikut:
- semuanya tak ada ketenangan sebening kampungnya.

Soalan:
1. Apakah harapan penyajak seperti yang terdapat pada baris terakhir sajak tersebut?
Jawapan:
Penyajak berharap penduduk/masyarakat desa mendapat perhatian yang serius daripada pihak pemerintah.
2. Apakah mesej yang terkandung dalam sajak tersebut?
i. Pembangunan masyarakat kampung sering diabaikan. Rayuan dan rungutan mereka tidak dipedulikan. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat desa berputus asa dan terus hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi kemudahan. Mesej ini dijelaskan melalui kata-kata berikut:
-berontak meminta tetapi tak juga sampai mimpi hasratnya.
ii. Keadaan penduduk di desa tidak banyak berubah walaupun negara telah lama merdeka dan berkembang maju. Masyarakat kampung di kawasan pedalaman seolah-olah masih dijajah iaitu oleh kemiskinan.

3. Bincangkan sajak ini dari segi nadanya.

Nada sedih yang bercampur protes.



Angin Waktu    Faramorgana    Gamelan    Hidup Mati    Ibunda    Kulupakan    Laut    Wang    Pulang    Siput     Tanah Ini     Tanjung    Tasik    Teberau    Warga Kota  

 
NOVEL
CERPEN
SAJAK
DRAMA

HOME