-perbalahan antara suku Batu Belang dengan suku-suku yang lain.
-perbalahan akibat dendam Nira Hitam terhadap J.
-Nira Hitam berasa kehadiran J di Kampung Paya mengancam kedudukannya
dan mungkin akan menggagalkan rancangannya.
-penduduk berlainan suku tidak bertegur sapa
-mewujudkan dua buah masjid yang berbeza untuk bersembahyang jemaah.
-percubaan untuk menggagalkan perkahwinan J
-pemilihan yang tidak adil bagi permohonan untuk menjadi ahli syarikat
SKKP.
-perbalahan antara J dengan Daun Nadim
-J diracun
-hanya suku Batu Belang yang menghadiri majlis perkahwinan J sedangkan
suku-suku lain pergi berkelah pada hari tersebut sebagai alasan.
-perhubungan dua sahabat karib, J dan Daun Nadim juga menjadi renggang
akibat sikap Daun Nadim yang beranggapan dia tidak akan memperolehi apa-apa
keuntungan dengan menyebelahi J oleh itu dia memihak kepada Nira Hitam
dan mendapat banyak faedah termasuklah memiliki sebuah kereta, rumah, dan
memiliki saham dalam syarikat SKKP.
2. Pelaksanaan projek pembangunan yang tidak terancang
-projek yang dijalankan tidak sesuai dengan masa (musim) dan tempat
-projek dilaksanakan dalam musim hujan, mengakibatkan bahan-bahan binaan
yang digunakan tidak kukuh.
-projek yang dijalankan lebih banyak mendatangkan keburukan dan tidak
memberikan faedah kepada penduduk kampung.
-projek tidak mengambil kira masalah alam sekitar dan keselamatan penduduk.
3. Pemusnahan alam sekitar dan hidupan liar
- keindahan desa tercemar akibat projek yang dilaksanakan termasuk
kemusnahan kebun dan dusun milik penduduk tempatan
-banyak haiwan liar hilang tempat tinggal lalu merayau ke dalam kampung
- kawasan lembah menerima bencana banjir akibat empangan yang pecah
-tindakan merobohkan masjid mungkin menghilangkan kesan-kesan yang
bernilai sejarah
-projek pembinaan mengakibatkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman
hidupan liar
-secara umumnya, kemusnahan sebuah kampung juga akan mengakibatkan
orang Melayu kehilangan identiti. Ini kerana memang identiti masyarakat
Melayu itu sentiasa dikaitkan dengan kampung.
4. Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri
- Nira Hitam mementingkan dirinya sendiri untuk mengaut keuntungan
yang lumayan
- Datuk Endut Bondorang juga tidak menunjukkan sikap mengutamakan penduduk
desa dan membiarkan Nira Hitam menjalankan aktivitinya sesuka hati.
- Datuk Endut Bondorang tidak mahu menonjolkan dirinya ketika pembukaan
rasmi dan
tidak hadir dalam upacara penyerahan anak kunci rumah.
5. Penindasan
-amalan atau sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Nira Hitam menampakkan
unsur penindasan
-mengambil kesempatan untuk merampas tanah penduduk desa secara lembut
dan menipu.
-tidak memikirkan manfaat bagi penduduk desa ketika menjalankan projek
-penduduk di sekitar kawasan pembinaan tidak dibenarkan menjalankan
aktiviti mereka di kawasan tersebut
-tidak berlaku adil ketika menjatuhkan hukuman terhadap Badak yang
merompak wang hantaran J
-menindas kaum suku Batu Belang kerana tidak membenarkan mereka menyertai
SKKP sebagai ahli
-membeli tanah yang diusahakan oleh penduduk desa dan menjual semula
dengan harga yang lebih tinggi
6. Penentangan terhadap kekejaman
-J menentang Nira Hitam kerana dianggap kejam
-ketua suku Batu Belang menunjukkan protes terhadap Nira Hitam dalam
majlis penyerahan anak kunci rumah kerana menganggap pemilihan itu tidak
adil dan ada unsur penindasan serta pilih kasih. J melihat pembangunan
yang dilakukan di Kampung Paya seolah-olah menenggelamkan kesalahan yang
dilakukan oleh mereka yang terbabit terutamanya Nira Hitam. J ingin membetulkan
keadaan itu. Oleh itu persoalan ini telah mengubah perwatakan J daripada
seorang ‘orang luar yang pasif’ kepada ‘orang dalam yang aktif’.
7. Adab resam dan falsafah masyarakat Melayu
-masih menggunakan pantun dalam adat merisik
-beberapa falsafah hidup yang disampaikan oleh J
- beberapa peristiwa penting seperti adat peminangan, perkahwinan,
dan Adat Pepatih.
8. Pelaksanaan undang-undang mengikut adat
9. Pengaruh orang yang berpengaruh
10. Pengaruh terhadap cerita warisan terhadap masyarakat setempat.
|
|
|
|