Tema: masyarakat
Persoalan:
1. tentang perpecahan dalam persatuan penulis.
2. tentang keadaan masyarakat majmuk di Malaysia. Pengarang membayangkan
bahawa bangsa Melayu sebagai peribumi negara ini akan lenyap pada suatu
hari nanti sekiranya masih takut untuk memiliki ahli keluarga yang banyak.
Keadaan masyarakat yang ada pada masa ini adalah berpunca daripada tindakan
orang Inggeris yang telah menjajah negara ini pada suatu ketika dahulu.
3. tentang kepentingan rohani serta moral yang mula diketepikan.
4. tentang kepentingan sikap bersyukur, dan bersabar, iaitu intipati
surah-surah Al-Quran yang telah diperturunkan dalam cerpen tersebut.
Aspek Pemikiran Pengarang:
1. Penulis berpendapat bahawa perpecahan dalam persatuan penulis akan
memburukkan lagi keadaan yang sedia ada pada waktu itu dan tidak akan mendatangkan
sebarang kebaikan. Penulis juga berpendirian bahawa perpecahan itu sebenarnya
tidak akan menjejaskan penulis-penulis yang memang berbakat, sebaliknya
golongan serpihan yang berpecah itu akan rugi kerana tidak dapat berkongsi
pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh penulis-penulis yang lebih matang.
2. Penulis juga menganggap bangsa Melayu akan lenyap dari negara ini sekiranya masih takut untuk memiliki anak yang yang ramai sedangkan bangsa-bangsa yang lain yang ada di negara ini tidak bersikap sedemikian. Bagi penulis, tindakan atau sikap seperti itu seolah-olah membuktikan bahawa bangsa Melayu tidak mempunyai keyakinan terhadap kebesaran tuhan yang menjanjikan rezeki bagi setiap manusia. Penulis tidak bersetuju dengan alasan bahawa dengan memiliki anak yang ramai seseorang itu akan jatuh miskin dan tidak dapat menjamin masa depan anak-anak mereka.
3. Penulis juga mendapati bahawa golongan intelek pada masa ini telah banyak dipengaruhi oleh pendidikan ala barat. Pemikiran mereka seolah-olah masih dijajah oleh orang barat sehingga mereka memandang bahawa kebendaan itu lebih penting daripada unsur-unsur kerohanian. Secara tidak langsung penulis berpandangan bahawa bangsa yang lemah akan tetap dijajah dan akan cepat dipengaruhi oleh bangsa yang lebih maju dari segi pemikiran.
4. Penulis juga percaya bahawa manusia sentiasa diuji agar mereka dapat
menilai dan mengenali diri mereka sendiri sama ada mereka termasuk dalam
golongan orang-orang yang bersyukur, bersabar, beriman, dan sebagainya.
Oleh itu, manusia seharusnya yakin dengan kebesaran tuhan dan tidak gentar
menerima ujiannya. Segala ujian tersebut seharusnya ditempuhi dengan kesabaran
dan kesyukuran. Manusia sepatutnya berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari
rezeki yang melimpah ruah di dunia ini. Selepas mengerjakan sembahyang
subuh, tuhan memberikan modal kepada setiap orang untuk mendapatkan rezeki
iaitu hari siang dan malam. Manusia sepatutnya menggunakan hari-hari tersebut
untuk mencari sumber rezeki mengikut kemampuan masing-masing.
|
|
|
|