Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Kesusasteraan Melayu STPM
Sajak- Tanah ini Mencintaiku

Oleh : Salleh Long - SMKTAM 

 ANALISIS  SAJAK-TANAH INI MENCINTAI AKU

A.   Bentuk
Sajak ini mempunyai bentuk bebas iaitu tidak terikat dengan bentuk puisi tradisional.
1.  Jumlah rangkapnya ialah 6 rangkap.
2.  Jumlah baris bagi setiap rangkap didapati tidak sekata iaitu seperti berikut:

rangkap 1 = 7 baris
rangkap 2 = 4 baris
rangkap3 = 7 baris
.....dan seterusnya

3. Jumlah perkataan bagi setiap baris pula ialah 1 hingga 5 patah perkataan.
Contohnya: ...
4.  Contoh baris yang terpanjang ialah:
rambutku yang dingin dan basah
5.  Contoh baris yang terpendek ialah:
tubuhku

B.  Suasana

Unsur suasana memmembawa pembaca menyelami perasaan tertentu seperti sedih, marah, riang, serba salah dan sebagainya.

Dalam sajak ini pengarang telah memaparkan suasana yang bercmpur-campur. Antaranya ialah suasana yang sedih, pilu, dan terharu. Hal ini jelas melalui diksi yang digunakan oleh pengarang dalam baris2 seperti berikut:

Dan engkau tidak akan bisa
menyelamatkan aku

Kata2 ini ditujukan kepada seseorang yang sangat sayang kepadanya dan tidak sanggup melepaskan dia pergi apatah lagi pergi buat selama-lamanya. Kata2 seperti itu tentu menimbulkan perasaan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan orang yang paling disayangi.

Begitu juga dengan kata2 seperti berikut:
Dan tanganmu yang
halus lembut tidak akan bisa
mengusap rambutku

Kata2 tersebut tentu akan menyentuh hati orang yang berkenaan dan turut menimbulkan nada penyesalan yang sangat mendalam kerana semuanya seakan-akan telah terlambat. Orang yang berkenaan sepatutnya mengambil peluang untuk melakukan perkara2 yang telah disebutkan itu ketika dia masih hidup. Penyair seterusnya dengan nada seakan2 menyindir mengatakan:
Hanya tanah yang akan bisa
mencintai tubuhku
dengan ribuan tangan, aku
akan didakapnya....( dan seterusnya )

C. Mesej

Mesej merupakan perutusan, saranan, amanat, pesanan, dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca melalui penulisannya.
Mesej dianggap sebagai sesuatu yang mula2 difikirkan oleh pengarang sebelum menghasilkan karyanya.

Selain gaya bahasa yang indah, sesebuah sajak itu dianggap mempunyai nilai estetik dengan melihat mesej yang terkandung di dalamnya.

Terdapat mesej yang disampaikan secara tersurat, namun kebanyakannya disampaikan secara tersirat iaitu tersembunyi di sebalik kata2 kiasan dan perbandingan.

Antara mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam sajak “Tanah Ini Mencintai Aku” ialah seperti berikut:

1.  Kekuasaan tuhan mengatasi segala-galanya. Dalam hal ini secara tersirat penyair menegaskan manusia sama sekali tidak dapat mengatasi kekuasaan tuhan. Misalnya apabila sampai ajal yang ditentukanNya, manusia tidak dapat menahan ketentuan tersebut. Antara kata2 penyair yang menjelaskan mesej ini terdapat dalam rangkap pertama sajak tersebut:

Dan engkau tidak akan bisa
menyelamatkan aku

Penyair seolah-olah ingin menegaskan keadaan ini dengan mengulang perkataan “tidak akan bisa” sebanyak 5 kali.

2.  Manusia sepatutnya menggunakan peluang semasa hidup untuk menjalinkan hubungan kemesraan dan pertalian saudara. Ini kerana kematian akan memutuskan hubungan itu sama sekali. Perasaan kasih, sayang serta keharmonian hidup hanya dapat dinikmati ketika manusia menjalani kehidupan ini. Manusia yang mati pasti tidak akan dapat merasakan kenikmatan jalinan hubungan dan perasaan antara satu sama lain. Mesej ini ketara dalam baris berikut:

“dan tanganmu yang halus lembut tidak akan
bisa mengusap rambutku.”
Begitu juga dengan baris yang berikut:
“Hanya tanah yang bisa mencintai tubuhku”

3.  Harga diri seseorang itu kadang2 tidak dinilai dengan sewajarnya ketika dia masih hidup. Sesuatu yang dilakukan oleh seseorang itu dianggap perkara kecil yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa . Harga diri seseorang itu biasanya lebih ketara setelah kematian datang menjemputnya. Hal seperti ini terjadi kepada seniman P.Ramlee dan pelukis terkenal, Picasso. Mesej ini tersirat dalam baris2 berikut:

...mataku tidak akan dapat melihat lagi
...begitu terpencil tubuhku
...engkau tidak akan bisa berkata apa2.



Angin Waktu    Faramorgana    Gamelan    Hidup Mati    Ibunda    Kulupakan    Laut    Wang    Pulang    Siput     Tanah Ini     Tanjung    Tasik    Teberau    Warga Kota  

 
NOVEL
CERPEN
SAJAK
DRAMA