A. MAKSUD
Ketika berada di Tanjung dawai, Kedah, penyajak melihat penderitaan
yang dilalui oleh para penduduk di situ yang miskin dan dalam keadaan terbiar
kerana kehidupan mereka bergantung pada aktiviti penangkapan ikan secara
kecil-kecilan dan mengerjakan sawah padi. Laut yang luas itu seolah-olah
bukan milik mereka kerana mereka tidak mampu untuk menguasainya kerana
tidak mempunyai kelengkapan yang moden seperti bot yang lebih besar dan
sebagainya yang dapat membolehkan mereka meneroka laut dalam.
Mereka hanya dapat mendegar berita tentang kemajuan yang dicapai tetapi kemajuan itu tidak dapat dirasai kerana mereka terus tinggal dalam keadaan miskin seperti keadaan rakyat sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Mereka kecewa kerana keadaan keluarga mereka tidak berubah walaupun mereka telah puas berusaha. Penyajak seolah-olah merayu untuk mendapatkan simpati kerana berasa simpati terhadap kehidupan mereka dan anak-anak mereka yang bakal mewarisi kemiskinan itu sekiranya tiada sebarang langkah menangani masalah tersebut dilakukan.
Pada pendapat penyajak mereka tidak sepatutnya dibiarkan menderita dalam negara sendiri kerana sudah lama kita mencapai kemerdekaan dan kemajuan kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar sahaja.
NADA
sedih dan bercampur protes.
Sedih dengan penderitaan penduduk miskin di Tanjung Dawai dan protes
kerana pihak yang berkuasa tidak melakukan sebarang tiddakan untuk memulihkan
keadaan mereka.
Nada sedih disampaikan melalui kata-kata seperti berikut:
Namun siang dan malam memberi nyawa di sini
mereka pergi kelam dingin membeku tubuh
mereka pulang pada lintah menghisap darah
tetap memanjang di pantai memanjang keluh
kerana mereka hanya tahu menyerah
dan menyembah untuk berumah
Nada protes pula terkandung dalam kata-kata yang berikut:
pantai ayu hak siapa?
Bukan kamu, ya bukan kamu yang punya.
Mengapa mengabdi di rumah sendiri
mengapa menghamba dalam merdeka.
C. MESEJ
1. Dalam zaman negara membangun selepas merdeka, masih terdapat penduduk
atau rakyat yang menderita akibat kemiskinan.
2. Pembangunan dilakukan secara tidak seimbang kerana tertumpu di kawasan
bandar sahaja.
3. Para nelayan kecil perlu dibantu agar mereka dapat menjalankan aktiviti
perikanan secara moden yang dapat menambah pendapatan mereka dan meningkatkan
taraf kehidupan mereka serta menghapuskan masalah kemiskinan di negara
kita.
4. Kerajaan perlu perihatin terhadap keadaan penduduk yang miskin seperti
yang terdapat di Tanjung Dawai kerana generasi yang mewarisi kemiskinan
akan terus berlanjutan.
|
|
|
|