A. MAKSUD SAJAK
1. Tasik Perdana dianggap sebagai satu manifestasi alam yang indah, subur, dan hijau. Tasik Perdana juga manifestasi masyarakat Malaysia yang tenang, aman, harmoni, serta indah budi bahasanya. Sesiapa yang berada di Tasik Perdana akan merasakan ketenangan dan ketenteraman seperti yang dapat dirasakan di negara ini.
2. Penyajak pada suatu senja berada di Tasik Perdana dan terkenang akan peristiwa manis ketika bersama dengan kekasihnya. Di samping itu, penyajak juga dilanda masalah dan sedang berduka. Penyajak berasa Tasik Perdana seolah-olah turut berduka dan bersimpati terhadapnya ketika dia melayan perasaannya itu. Berkemungkinan penyajak terpaksa meninggalkan kekasihnya itu kerana sesuatu urusan.
3. Penyajak menggambarkan beberapa persamaan kekasih yang bakal ditinggalkannya
dengan keadaan di Tasik Perdana itu sendiri antaranya:
-kemilau airnya seperti sinar mata kekasihnya.
- riak gelombang seperti lenggangnya
- persekitarannya yang damai seperti kesepian yang bakal dirasakan
oleh kekasihnya.
4. Penyajak bertekad akan selalu ke Tasik Perdana dan akan selalu merakamkan keindahannya melalui catatan puisi dan lagu.
5. Ketika gerimis penyajak pulang dengan perasaan sedih dan hiba.
B. GAYA BAHASA
Penyajak menggunakan bahasa yang biasa dan bersifat bersahaja sehingga menimbulkan kesan seakan-akan sajak berbentuk prosaik namun pemilihan kata-kata atau diksi oleh penyajak telah menyebabkan sajak ini begitu puitis dan menarik. Terdapat juga kecenderungan penyajak untuk memasukkan beberapa perkataan pengaruh Indonesia seperti pamitan, dan ketemu. Penyajak juga didapati telah memanipulasikan unsur metafora dengan baik dan berkesan untuk menambah keindahan dan menyentuk perasaan pembaca. Antara unsur metafora yang digunakan seperti berikut:
1. Metafora
-Suatu anugerah alam
- dalam keriangan nyanyi elang
-di sayap angin petang
- kubenamkan sebuah janji
- lalu menguak pohonan duka
- dalam ribut perasaan
- yang nanti bakal menghulurkan tangan simpatinya
2. Simile
-Kemilau airmu bagai sinar mata seorang perempuan
(rangkap 3, baris 1-3)
C. NADA/MOOD
Pada keseluruhannya penyajak telah mewujudkan nada romantis dalam sajak
ini. Nada romantis ini ditimbulkan bersama lukisan perasaan kasih sayang
yang muncul bersama dengan ketenangan dan keindahan Tasik Perdana dan penyajak
juga menjalinkan nada sedih dan menyentuh perasaan melalui beberapa baris
sajaknya misalnya kata-kata yang berikut:
-merona senja suram yang bakal tiba.
D. Imej
(Gambaran yang dilukiskan dengan kata-kata. Gambaran tersebut tidak
hanya visual, malah menyentuh fikiran dan perasaan)
imej terikat ialah imej yang tidak mempunyai konotasi
imej bebas ialah imej yang mempunyai tafsiran.
Imej terikat yang digunakan:
-kemilau airmu
-angin petang
Imej bebas
- senja suram - imej senja digunakan sebagai menggantikan perasaan
penyair sendiri yang muram.
|
|
|
|