1. Penggunaan Dialog.
Dikemukakan untuk perbualan antara 2 watak atau lebih.
-terdapat juga dialog pendek yang tidak bersesuaian dengan latar belakang
pendidian watak J. ini kerana dialog tersebut kelihatan berasahaja dan
dialek Negeri 9 yang digunakan itu meletakkan J sama taraf dengan watak2
lain kecuali isi percakapannya yang menampakkan sikap keintelektualan
beliau.
2. Penggunaan monolog
Terdapat beberapa monolog yang digunakan oleh pengarang.Misalnya J
pernah berbisik kepada dirinya sendiri dengan berkata “padan muka”, yang
ditujukan kepada Nira Hitam dalam peristiwa perbicaraan J dengan Badak.
Kesannya: penulis berjaya memberikan fokus atau tumpuan kepada pembaca
terhadap watak-watak yang tertentu dalam masa tertentu.
3. Penggunaan Pemerian
Jika dibandingkan dengan teknik dialog dan monolog, teknik pemerianlah
yang paling kerap digunakan oleh pengarang.
Kesan: Penggunaan teknik ini menyebabkan pembacaan pembaca menjadi
lancar tanpa tersekat-sekat. Pembaca berasa seolah-olah sedang mendengar
sebuah cerita secara terus daripada pengarangnya.
4. Penggunaan surat kiriman dan laporan akhbar
Teknik ini juga digunakan untuk memberikan gambaran yang terperinci
mengenai isi kandungan surat yang ditulis oleh J. Misalnya surat yang ditulisnya
kepada DEB (ms 199) untuk menyampaikan berita kepulangannya, ucapan terima
kasih kerana membantunya belajar, dan sedikit sebanyak tentang keadaan
yang berlaku di Kg Paya. Sementara itu, dipaparkan juga petikan rencana
atau artikel yang ditulis oleh J dalam sebuah jurnal di KL. Artikel itu
menyentuh persoalan kebaikan dan keburukan projek2 pembangunan di Kg Paya.
Kesan: pembaca seolah-olah membaca surat atau artikel itu secara “first-hand”.
5. Unsur Suspens (Ketegangan)
Contoh:
-mimpi J – sama ada akan menjadi kenyataan atay tidak
-peristiwa percubaan untuk mencuri kereta J, - sama ada akan berjaya
atau tidak.
- watak DEB – pembaca tertanya-tanya siapa beliau yang sebenarnya.
- Projek empangan – sama ada benar-benar akan menjadi kenyataan atau
tidak.
- Peristiwa J termakan tapai beracun, sama ada dia akan selamat atau
tidak
Kesannya: menimbulkan keinginan kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan bagi mengetahui kesudahan peristiwa.
6. Flash back /Imbas Kembali
Contoh:
- J mengingat kembali cerita warisan yang berkaitan dengan datuk neneknya.
- - kenangan J tentang perkenalannya dengan Kathy Harrison ketika J
bekerja sambilan sebagai pemandu teksi ketika menuntut di Havard.
- Kenangan DDBiduanda tentang keadaan kampung sebelum projek pembangunan
dilaksanakan. Sebelum itu mereka boleh berburu dan bercucuk tanam tanpa
gangguan dan masalah.
Kesan: penggunaan unsur flash-back yuang agak banyak menimbulkan kesan tersekat-sekat dan mengganggu tumpuan pembacaan pembaca serta kelancaran jalan cerita.
7. Imbas Muka
Contoh:
Mimpi J memberikan sedikit gambaran tentang peristiwa yang bakal terjadi
– banjir.
-terdapat juga imbas muka melalui dialog misalnya pantun yang dinyanyikan
dalam majlis perkahwinan J:
Ada pihak sukakan ayam
Curi ulam di kebun orang
Pesaka ibu akan tenggelam
Banjir besar melanda garang
|
|
|
|