AKU telah terbabit dalam kemalangan jalan raya. Ketika dia sedang bergelut antara hidup dengan matinya, dia telah mengembara dalam alam fikirannya kesuatu alam yang jauh berbeza daripada alam nyata. Di situ dia telah berdialog dengan satu “suara” ghaib. AKU dan suara ghaib itu berkonflik. Suara itu menunjukkan kepada AKU keadaan dirinya yang sebenar iaitu seorang yang tidak jujur dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang ahli politik, malah dia telah menggunakan kedudukannya demi kepentingan dirinya sendiri termasuklah membeli banyak kawasan tanah hutan (balak).
Dia juga tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat yang telah diamanahkan kepadanya. Suara itu juga memberikan gambaran diri AKU yang boros berbelanja dan membazir kerana membeli barang-barang untuk menunjukkan kekayaannya. Suara itu juga memberitahu bahawa dalam alam itu ijazah, harta, dan pangkat tidak akan dinilai, kecuali keimanan. Suara itu menunjukkan kesalahan AKU kerana menggunakan kedudukannya untuk menubuhkan 6 buah syarikat dengan menggunakan nama anak-anak dan isterinya.
Dia juga berdosa kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik. menurut suara itu lagi, setan adalah lebih mulia daripada AKU kerana sekurang-kurangnya setan telah menjalankan kewajipannya dengan sempurna.AKU juga telah sempat melihat gambaran bagaimana orang-orang yang beriman dan orang yang berdosa seperti dia mendapat balasannya. AKU terselamat dalam kemalangan itu, dan dia bertaubat. Setelah dia sedar semula dia berazam akan membaiki kesalahan yang telah pernah dilakukannya.
1. Apakah mesej yang terkandung dalam cerpen tersebut?
2. Senaraikan sifat-sifat negatif yang terdapat pada watak AKU.
3. Apakah persoalan penting yang terdapat dalam cerpen tersebut?
4. Berikan penilaian anda secara kritis tentang aspek teknik penceritaan
dalam cerpen ini.
MESEJ
Mesej yang ingin disampaikan dalam cerpen tersebut adalah seperti
berikut:
1. Manusia akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukannya
ketika dia hidup di dunia ini.
2. Seseorang yang meninggal tidak akan membawa apa-apa dari dunia ini
kecuali ketakwaan dan keimanannya.
3. Golongan yang berada sepatutnya menggunakan sebahagian daripada
kemewahannya untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan.
4. Tuhan benci akan manusia yang tidak jujur, munafik, boros, dan tidak
amanah.
5. Kemalangan boleh menimpa kita pada bila-bila masa.
SIFAT-SIFAT NEGATIF WATAK “AKU”
1. Tidak jujur menjalankan kewajipannya. Dia menghulurkan bantuan dengan
tujuan untuk mendapatkan pengaruh orang ramai supaya memilihnya sebagai
calon bagi jawatanya.
2. Dia mementingkan dirinya sendiri dan menggunakan kedudukannya untuk
mengumpul harta kekayaan seperti menubuhkan syarikat dengan menggunakan
nama ahli keluarganya dan membeli tanah-tanah kawasan hutan (kawasan pembalakan).
3. Dia juga seorang yang boros dan berbelanja secara membazir dengan
membeli barang-barang mewah seperti 3 buah kereta, lukisan yang mahal-mahal,
dan barang-barang antik untuk menunjuk-nunjuk kemewahannya.
4. Tidak menjalankan kewajipannya sebagai seorang Islam dengan sempurna
kerana dia masih lagi mementingkan harta di dunia sehingga sanggup menindas
orang lain.
PERSOALAN.
1. tentang pegawai kerajaan tidak yang tidak menjalankan tugas dan
kewajipannya.
2. tentang sifat manusia seperti kejujuran, keikhlasan, tidak mementingkan
diri sendiri, tidak boros, dermawan, dan sebagainya.
3. tentang keadaan manusia ketika berhadapan dengan maut.
4. tentang nilai kemanusiaan yang diterima tuhan.
5. tentang keimanan.
TEKNIK PENCERITAAN
1.SUDUT PANDANGAN orang pertama yang digunakan oleh pengarang sangat sesuai kerana pembaca seolah-olah mengalami sendiri segala peristiwa yang berlaku.
2. Teknik penyamkpaian cerita secara PEMERIAN yang digunakan dapat memberikan
gambaran yang lebih jelas mengenai suasana yang mengerikan, dan dapat membawa
pembaca menghayati suatu alam yang belum pernah ditemui dalam alam nyata.
DIALOG yang disampaikan secara ringkas dan padat antara AKU dengan
suara ghaib itu turut membantu pembaca mengenali perwatakan AKU dengan
lebih dekat.
Pengarang juga menggunakan PLOT yang kronologis dan dapat membawa pembaca
mengikuti cerita dan peristiwa tersebut bab demi bab dengan lancar. Plot
menjadi lebih menarik lagi dengan penggunaan teknik IMBAS KEMBALI yang
terdapat dalam permulaan cerita. Pengarang juga secara tidak langsung telah
memasukkan unsur suspense dengan baik dan menyebabkan pembanya ingin tahu
kesudahan cerita sama ada AKU akan menerima hukumannya atau dia akan meninggal
dunia, atau dia akan sedar semula dari pengsan, dan sebagainya. Pengarang
juga menggunakan perkataan-perkataan yang disambung terus secara HYBRID
untuk memberikan gambaran tentang alam yang tiada ruang.
|
|
|
|