MAKSUD DAN PERSOALAN
1. Persoalan tentang pengaruh wang terhadap kehidupan manusia.
Wang seolah-olah raja yang memerintah manusia kerana terdapat manusia yang
sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan wang walaupun pekerjaan
yang dilakukan itu melanggar batas tatasusila kemanusiaan dan undang-undang.
Orang yang memiliki wang akan memiliki kuasa sama seperti raja. Mereka
akan menjadi orang yang berpengaruh dan dapat mempengaruhi orang lain untuk
menjalankan kerja bagi pihak mereka sama ada pekerjaan yang baik atau sebaliknya.
2. Wang akan menyebabkan seseorang kehilangan pedoman dan pegangan
agama. Seseorang mungkin akan melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama
kerana terlalu ghairah dengan apa yang boleh dilakukan dengan wang. Bagi
orang seperti ini, mereka berpendapat bahawa than ialah sesuatu yang tidak
penting lagi kerana mereka sudah dapat menyelesaikan segala masalah dengan
wang. Mereka sebenarnya mendekatkan diri dengan neraka dan semakin jauh
daripada syurga.
3. Wang dapat memberikan imej seseorang dari segi tarafnya dlam
masyarakat. Namun begitu wang bersifat sementara dan sentiasa bergerak
dari satu tangan ke satu tangan yang lain.
4. Manusia sanggup menggadai nyawa kerana wang sama seperti semut
sanggup mati kerana gula. Ini menunjukkan wang merupakan suatu keperluan
asas bagi manusia. Tanpa wang kita akan mati juga.
5. Manusia dapat melepaskan diri daripada hukuman sekiranya dia
memiliki wang. Hal ini mungkin dilakukan secara rasuah atau melalui perkhidmatan
peguam yang baik dan mahal. Oleh itu manusia yang mampu melakukan perkara
seperti itu akan dapat hidup dengan aman.
6. Wang dapat membantu kita mencapai cita-cita kita. Kita memerlukan
wang untuk makan, membeli barang-barang keperluan, mendapatkan pendidikan,
dan sebagainya.
7. Wang dapat meningkatkan taraf seseorang dalam masyarakatnya,
menjadi kaya dan dihormati. Orang yang kaya pula kadang-kadang terlalu
dipengaruhi wang sehingga menjadi separuh gila atau benar-benar gila. Mungkin
lupa diri atau hilang akal kerana terlalu memikirkan soal wang.
8. Manusia mencari wang dengan pelbagai cara antaranya ialah
membongkok (pesawah),terguling, dan sebagainya mengikut jenis pekerjaannya.
9. Wang tidak datang secara mudah seperti berdoa, memanggil atau
memuja.
10. Kesan wang terhadap kehidupan kita sangat kuat, manusia yang
taksub dengan wang akan menjadi seseorang yang materialistik, rakus, dan
boros berbelanja.
11. Kebanyakan manusia berangan-angan untuk mendapatkan wang
yang banyak dan menjadi manusia yang kaya.
|
|
|
|