Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Dilema Globalisasi Sebuah Paradoks Empis  
Pengenalan 

Kita telahpun maklum, peranan buku memberikan implikasi yang amat besar dalam proses pembentukan public opinion dan agenda setting pemikiran masyarakat. Pergeseran imej simbolik dan makna-makna yang terhasil telah mewujudkan suatu senario baru dalam tanggapan masyarakat. Sebagai contoh dengan terbit dan teredarnya buku ‘50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Pedana Menteri’telah merubah situasi politik kerajaan Malaysia yang cukup drastik. Itu bekenaan buku yang diterbitkan di dalam negara. Begitu juga pengaruh buku terbitan luar negara yang
 memberikan impak yang tidak kurang hebatnya. Sebagai contoh pengedaran buku ‘The Singapore Story : Memoirs Of Lee Kuan Yew’ yang telah membangkitkan sentiment masyarakat Malaysia dengan begitu dramatik sekali. Oleh yang demikian, kita tidak boleh memandang enteng arena penerbitan dan kekesannya terhadap pembentukan sesebuah masyarakat. Sebagai sebuah industry of knowlaged, ia sebenarnya memberikan impak secara terus ataupun tanpa disedari. Oleh itu pengaliran dan pembentukan ‘industri’ ini haruslah diberi penekanan dan penilaian yang kritikal dalam masyarakat membangun seperti Malaysia. 

      Tujuan Utama esei ini dihasilkan adalah untuk melihat fenomena 'globalisasi'  menerusi 'industri' penerbitan antara bangsa dan implikasinya terhadap  'perniagaan' penerbitan tempatan.Makronya kita akan dapat meninjau  pertalian di antara perindustrian penerbitan negara maju dalam arena 'keterbukaan' yang menggerunkan dan dunia penerbitan negara membangun. Dalam esei saya ini, saya akan mengambil Amerika Syarikat sebagai replikasi negara maju dan Malaysia sebagai model negara membangun untuk dijadikan  pembandingannya. 

      Pandangan 'holistik' akan digunakan untuk melihat hipotisis 'globalisasi menjadi  penghalang perkembangan penerbitan tempatan'. Pertimbangan diberi melalui  kaca mata alternatif, dengan menjadikan 'Time Warner', 'Disney', dan 'News  Corps' sebagai model TransNationalCoorperation (TNC) dan MultiNationalConglomerat(MNC) yang menjadi titik tolak perbincangan. 

      Esei ini secara strukturnya terbahagi kepada tiga bahagian utama; Pertama, 'Permasalahan Penerbitan Tempatan', Kedua ialah 'Faktor yang Mempengaruhi  Permasalahan', dan yang terakhir ialah 'Cadangan dan Harapan Penerbitan Tempatan'. 
 

Konsepsualisasi 

Globalisasi 
      Globalisasi adalah sebuah konsep penyatuan global merentasi sempadan kenegaraan di bumi ini. Konsep ini memungkinkan keterbukaan, kesamaan, dan kebebasan berkomunikasi di antara dunia maju dengan dunia membangun dan mundur. Antara konsep-konsep lain yang terkandung di bawah scenario globalisasi ini ialah seperti konsep 'Global Village', 'Third Wave', 'Freedom of Technology', dan 'Free Flow of The information'. 

      Menurut Giddens, dalam artikel Annabelle Sreberny-Mohammadi The Global and the Local in International Communication, telah mendefinisi globalisasi sebagai; 

                   "The intensification of worldwide social 
                    relations  which link distant localities in such a 
                    way that local  happenings are shaped by events
                    occurring many  miles away and vice versa" 

                               (Curran & Gurevitch (1992) : m/s 118)
      Hal ini menepati dan membayangi dunia penerbitan kita di ambang globalisasi.  Keterbukaan yang telah wujud sekarang ini memperlihatkan kita tentang  pengaruh yang amat besar negara membangun terhadap dunia penerbitan  tempatan. Betapa negara kita telah menerima impak stimulas respon yang  begitu ketara sekali mengikut iklim industri penerbitan antara bangsa. 

      Dr. Syed Hussin Ali menanggap globalisasi sebagai suatu ‘proses’ yang  berterusan dalam tulisannya ‘Kesan Buruk Globalisasi’. Dalam tulisannya ini dia  telah menyatakan bahawa kita menerima globalisasi dan LDP (Librealisasi,  Deregulasi, Pengswastaan) berikutan; 

  • pengaruh globalisasi terlalu kuasa 
  • di Asia sistem kapitalis telah lama kukuh dan dianggap yang terbaik 
  • wujudnya apa yang ditanggap sebagai ‘hegemony’ dan kumpulan  berkepentingan. 


Dilema 
Saya menganggap globalisasi sebagai sebuah 'dilema' kerana ia membuatkan kita 'terpaksa' menerima dan terpaksa berlumba. Kita seperti tiada pilihan lain walaupun kita telah tahu bahawa globalisasi hanya akan mengukuhkan lagi konsep 'penjajahan', 'pendominasian', dan 'penggantungan'. Mengikut pentakrifan perspektif falsafah, ciri-ciri yang ditanggap 'dilema' yang melampaui empat ciri utama, berikut; Ciri pertama ialah, hanya membolehkan dua pemilihan sahaja. Ciri kedua ialah, tiada pilihan ketiga. Ciri ketiga ialah, kedua-dua pemilihan itu membawakan kerugian. Ciri keempat ialah, mesti memilih satu. 

      Kita tidak punyai pilihan untuk berkecuali, kerana tiada alternatif ketiga yang disediakan yang membolehkan kita untuk tidak ataupun untuk menerima globalisasi. Kita hanya dibenarkan untuk menerima ataupun menolak globalisasi. 

      Namun kita telahpun sedar bahawa sama ada mengiyakan ataupun menidakkan  globalisasi, akan memberikan kita kerugian. Jika kita menidakkan globalisasi, maka kita akan tertinggal dalam arena perlumbaan, sedangkan negara-negara yang lain terus bergerak maju dan laju dalam memanipulasi sumber pasaran  yang terbuka. Dan terus bertanding dengan pandangan yang cukup optimis.  Sebaliknya kalau kita cuba menolak, kita akan mengalami apa yang dianggap  sebagai 'isolatism' dan membelakangkan demokrasi. 

      Sedangkan jika kita turut menyebarkan sayap untuk terbang di arena keterbukaan, maka kita akan tertekan, tergantung, dan terdokong oleh bebanan mereka yang terdahulu berada di barisan terhadapan. Dan seperti yang kita telah maklum, bahawa kita terpaksa memilih hanya satu dan bukannya kedua-duanya. Dan telahpun kita pilih untuk berjuang dengan pemikiran yang optimis untuk terus mencuba nasib. 

      Ia juga ditanggap sebagai sebuah paradoks, iaitu sesuatu yang hanya berbentuk konsepsual yang mungkin mustahil tetapi benar, dan sentiasa berkontradiksi dengan pandangan yang pelbagai. Amat sukar untuk dilihat, tetapi kita tahu dan dapat rasai akan kebenarannya. 

      Adakah globalisasi ini sebuah 'empis' atau dengan kata lain 'jerat', masih lagi menjadi tanda tanya dan perbalahan menerusi pelbagai perspektif. Namun adalah menjadi 'falasi kejahilan' untuk terus menolak ataupun mengiyakan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti akan keesahan dan kebenarannya. Oleh yang demikian, untuk huraian yang selanjutnya, saya akan melihat fenomena ini secara umum dan menyeluruh. 
 

Permasalahan Penerbitan Tempatan
Saya kira, ramai yang bersetuju jika saya nyatakan bahawa perusahaan penerbitan tempatan masih berada di tahap yang tidak membanggakan. Malah ada yang lebih lantang menyuarakan bahawa dunia penerbitan kita bukan sahaja di tampuk yang rendah, tetapi juga dibebani dengan pelbagai permasalahan yang mengekang dan menyukarkan pertumbuhannya. Mengapakah hal ini terjadi? Dan apakah perkaitannya dengan isu global? 

      Sebelum saya mengurai pertalian faktor penyebab dan kesinambungannya dengan isu global, adalah lebih elok kalau saya mempersembahkan apakah permasalaah yang sedang dialami oleh penerbitan tempatan. Menurut Datin Azizah selaku Pengarah Urusan Arus Intelek Sdn. Bhd. merangkap Presiden  MABOPA, menterjemahkan permasalahan penerbitan tempatan di seminar penerbitan (11/7/1998) kepada lima permasalah utama. 

 Status Penerbitan yang Rendah 
 Pertama sekali beliau mengungkit bahawa penerbitan tempatan agak sukar berkembang kerana pengiktirafan status 'industri' yang sewajarnya telah ada, masih belum dinobatkan oleh kerajaan dan masyarakat terhadap dunia  penerbitan tempatan. Sebaliknya menurut beliau lagi, dunia 'penerbitan' seringkali disinonemkan dengan 'percetakan'. Hakikatnya kedua-dua bidang ini  adalah jauh berbeza walaupun punyai pertalian yang erat. Pihak percetakan  mendapat banyak kemudahan dan bantuan dari kerajaan berbanding bidang penerbitan yang hanya mendapat sorotan imej dan bukan keutamaan. Status  yang rendah ini juga menyukarkan seseorang individu untuk mendapatkan  pinjaman di bank-bank, sebaliknya mereka terpaksa mencagarkan wang  mereka sendiri untuk membuat pinjaman. Boleh dikatakan tiada satupun bank di Malaysia yang menerima inventori buku sebagai kolateral dalam urusniaga.  Keadaan ini sudah pasti melembabkan aktiviti pertumbuhan penerbitan yang  dianggap aktiviti berisiko tinggi. 

      Punbegitu pada Oktober 1994, Menteri Kewangan telah mengumumkan pembentukan tabung modal berjumlah RM20 juta bagi penerbitan buku. Namun sejauhmanakah keberkesanan, kelancaran, dan kelangsungan fungsinya  menepati objektif pengumpulan masih lagi menjadi tanda tanya. 

      Kalau ditinjau dalam Rancangan Malaysia Pertama sehinggalah Rancangan Malaysia Keempat, tidak sedikit pun tersentuh tentang peri pentingnya pembangunan penerbitan tanah air. Pihak pemerintah pada ketika itu terlalu memfokuskan tentang keseimbangan pengagihan kekayaan dan perpaduan, sehingga melupakan tentang peranan buku yang mampu meningkatkan tahap
hidup seseorang sama ada dari segi produktiviti, mentaliti, dan nasionalisme masyarakat itu sendiri. 

      Hanya setelah termaktubnya Laporan Dasar Buku Negara (DBN) pada 9 November 1988, baru peranan buku disedari. Namun tanggapan terhadap pembukuan di Malaysia masih lagi dalam lampuan sosio yang kecil. Pembentukannya digandingi dengan Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar  Pelajaran Kebangsaan, dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Sedangkan peranan dan sumbangan pembukuan boleh menyumbang lebih daripada itu  kepada negara dan masyarakat, sama ada menyumbang kepada KNK dan pembentukan kebudayaan kemasyarakatan masyarakat itu sendiri. Menurut MABOPA perusahaan pembukuan negara sebenarnya menyumbangkan RM400  juta kepada KNK negara. 

      Walaupun secara dasarnya DBN ini merupakan satu usaha intergrated yang  ingin memupuk minat membaca, membangkitkan persefahaman dan  pendamaian antara kaum serta mendokumentasikan khazanah bangsa. Namun  apa yang diperjuangkan lebih berupa ‘perusahaan buku’ berbanding memupuk  ‘budaya membaca’. Ini sangat jelas dalam matlamat DBN itu sendiri. Antaranya   ialah untuk memastikan bahasa Melayu sebagai medium yang diutamakan  dalam penerbitan dan harus mencangkupi semua warga Malaysia, di samping  cuba menghasilkan mutu product yang tinggi. Ini telah jelas bahawa penekanan  pembukuan DBN lebih berorientasikan kepada product dan bukan enviroment   atau budaya pembacaan itu sendiri. Sedangkan ‘perusahaan membuat buku’  dan ‘perusahaan membudayakan buku’ adalah dua konsep yang berbeza dan  harus diberikan pertimbangan yang setara untuk memastikan keberkesanan  dan kelancarannya. Seperti juga terdapatnya perbezaan antara ‘penerbitan’ dan ‘percetakan’, namun hakikatnya di Malaysia, kesemua ini dianggap sebagai  sama dan ‘take thing for granted’. Peningkatan taraf ‘industri penerbitan’ tidak akan bermakna kalau tidak disertai dengan peningkatan martabat ‘budaya  pembacaan’ kerana yang terhasil hanya akan menjadi sebuah pembaziran  tahap pembacaan masih rendah dan hanya tertumpu kepada golongan tertentu  sahaja. Kalau benar pun mereka membaca, mereka sebenarnya apa yang disifatkan oleh Datin Jamaliah Mohd Ali sebagai ‘membaca tetapi tidak berbudaya membaca’. 

      Datin Jamaliah Mohd Ali telah mengariskan perangkaan tentang permasalahan pembacaan di kalangan kanak-kanak di Malaysia, berikut; 

           Alasan                    Jumlah           Peratusan

      Tidak ada masa                        289                    72.25% 
      Suka bermain                           179                    44.75% 
      Bosan membaca                       165                    41.25% 
      Buku tak cukup                        147                    36.75% 
      Buku tak menarik                     121                     30.25% 

      Di Malaysia, pada Nov. 1981, Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, telah ditubuhkan di bawah Hal-Ehwal Luar Negara, Kementerian Pelajaran. Ini telah membuktikan bahawa skop pembukuan telah menjurus menjadi lebih kecil.  Buku seringkali dikhusus atau diberikan penekanan kepada ‘pelajaran yang  formal’ dan ‘sekolah’. Hal ini sedikit sebanyak telah mencorak genre dan volume pengeluaran buku tempatan yang mengkhusus terhadap buku sekolah. Kalau  ditinjau pada peruntukan RM100 000 untuk Projek Gerakan Membaca, ianya  lebih tertumpu pada program di sekolah-sekolah dan tidak menyeluruh.Sebagai contoh Program NILAM dan IKRAK yang dijalankan oleh Kementerian
 Pendidikan. Kesemua program ini seperti mengarah pelajar untuk membaca secara terpaksa. Bukannya menanamkan perasaan ingin membaca secara  sukarela dari dalam diri sendiri. Kesemua program ini dimasukkan dalam  program pendidikan yang formal yang mewajibkan pelajar membaca untuk dimasukkan dalam buku log untuk dikira bilangannya. Apakah kuantiti yang  dipentingkan atau kualiti? Ini amat jelas dalam perlaksanaan pertama matlamat
 DBN; 

                          Memastikan supaya semua kegiatan 
                          pembangunan buku dianggap sebahagian 
                          daripada perusahaan pendidikan dan dengan 
                          demikian perlu dimasukkan  dalam    
                          perancangan pembangunan Negara. 
                         Peruntukan khas untuk pembinaan buku mesti
                         ada;

                          dan 

                          Memastikan supaya perusahaan buku diiktiraf
                          sebagai salah satu perusahaan penting 
                          (essential industry), iaitu perusahaan budaya 
                          yang amat  penting 

                               (Dasar Buku Negara : m/s 4 - 5)
      
Pelbagai pendekatan diperkenalkan untuk proses pembacaan yang  lebih berjaya. Kesemuanya berorientasikan kuantiti pembacaan.  Sebagai contoh Teknik yang seringkali disogokkan oleh tenaga  pengajar ialah teknik Speed Reading yang stategi membacanya dibahagi kepada cara pembacaan ‘Sepintas Lalu’ atau cara pembacaan ‘Selayang Pandang’. Pendekatan ini langsung tidak menitikberatkan atau mensosialisasikan ‘minat membaca’ sebaliknya penekanan kepada ‘proses pembacaan’. Hal ini sama jika dirujuk kepada sebelum pembelajaran kokurikumum dipopularkan, iaitu penerapan sistem 3M (membaca, mengira,  dan menulis) kesemua ini sedikitpun tidak menitikberatkan minat membaca. 

      Melalui garisan perlaksaan DBN ini jelas menunjukkan pandangan yang sempit terhadap pembukuan negara yang terlalu menumpu ‘pembukuan’ untuk ‘pendidikan’ sedangkan buku itu mempunyai peranan yang lebih luas, sama ada pengisian masa lapang, escapeism, dan seumpamanya. Pengecilan skop ini
      telah mencorakkan suasana pembukuan yang lebih sempit dabn tertumpu. Buku itu selalunya disinonamkan dengan pendidikan yang formal. Sedangkan pembacaan itu sewajarnya dipupuk dan akan tumbuh dengan sendiri kerana ia melibatkan soal minat dan bukannya sebuah displin yang boleh disogok-sogok. Kalau kita terus memaksa ‘pembacaan’ di peringkat sekolah. Ini akan membuatkan apa yang ditanggap oleh Dr. S. Gopinathan dalam tulisannya The Role of Textbooks in Asian Education, sebagai; 

                          "it is customary to say of a child finishing 
                           school, 'Edze wolo nili', which means, 'The 
                          book is closed'. This identification of schooling
                          with books should really surprise few, as in
                          many developing countries the textbook is the
                          most potent symbol of Western-style 
                          school-based education. This is not to
                          say in the more traditional schools - the 
                          islamic madrassahs, for instance - no texts 
                         were in use" 

          (Dr. S. Gopinathan (1986 - Vol.16 No.2) : m/s 10)

      Para cediakawan tempatan juga didakwa kurang menghasilkan
 buku-buku karya asli yang berorintasikan setempat. Namun hal ini
 bukanlah semudah yang disangkakan. Kebanyakan cendikiawan  khususnya di institusi pengajian tinggi dibebani olah longgokan tugas  yang pelbagai dan begitu banyak. Di Malaysia, boleh dikatakan masih belum ada penulis yang menjadi penulis ‘profesional’ sepenuh  masa, atau pun dengan kata lain menulis untuk menyara kehidupannya. Hal ini adalah satu hambatan yang amat hebat.  Meraka juga kurang mendapat material condition production yang membolehkan mereka berkarya dengan baik. 

Budaya Penerbitan yang Lemah 
Permasalahan yang kedua dicernakan oleh Datin mengenai budaya penerbitan  yang masih rendah dan kurang memberangsangkan. Ini merujuk kepada  permasalahan kekurangan karyawan tempatan yang berwibawa. Hal ini  memberikan kesan yang paling ketara dalam hasrat penerbit untuk menghasilkan buku yang banyak dan berkualiti. Ketiadaan penulis yang baik akan menyulitkan penghasilan buku yang berkualiti, dan jika tiada buku yang  berkualiti maka pihak penerbit tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Ini kerana  ia adalah di luar bidang kuasa penerbit. Penerbitan yang lemah akan  menghasilkan buku yang 'sugul'. 

      Menurut beliau lagi, kebanyakan dunia kepengarangan tempatan lebih tertumpu kepada bidang kesusasteraan dan penulisan bahan bacaan ringan. Hal ini membuktikan bahawa kebanyakan buku terbitan tempatan masih lagi berligar di skop penerbitan yang terhad. Semacam ada 'lompang' dalam bidang-bidang yang berkaitan penulisan dan penghasilan bahan bacaan saintifik dan bercorak teknikal serta profesional. (Sila Rujuk Lampiran 1 : Statistik Buku dalam Pelbagai Bidang). Selain kebanyakan bukan profesional, motivasi kepenulisan mereka juga didorong oleh tuntutan keuntungan dan bukannya tuntutan   masyarakat. Terdapat beberapa tanggapan yang memungkinkan kelemahan ini;
 

  • kurangnya pendedahan pada ilmu. Ini kerana kebanyakan pengkarya tidak berkelulusan 
  • kurang serius terhadap kepengarangan kerana mengganggap inferio di dalam diri sendiri. 
  • kurang produktif kerana kebanyakan penulis bukan profesional dan hanya menganggap kerja penulisan ini sebagai kerja sampingan. 
  • bayaran yang rendah kerana kos pengeluaran yang tinggi dan sirkulasi  yang terhad. 


      Sebenarnya kekurangan penulis tempatan juga adalah suatu problematic. Benar di satu pihak dan tidak benar di pihak yang lain. N.T.S Chopra menulis dalam artikelnya ASEAN Scholarly Books : Problems and Prospects

                          "Not enough scholarly manuscripts are 
                            available in  ASEAN. On top of that a 
                            scholarly publisher here has to compete with
                            the multinational foreign firms well 
                            established in the region and of course the 
                            publishers of scholarly books in the North 
                           and other developed countries. Some of the 
                          ASEAN scholars are prejudiced againts the 
                          local scholarly publishers  including their own
                          university presses" 

                          (N.T.S Chopra(1986 - Vol.17 No.1) : m/s 29)

      Selain berhadapan dengan masalah kekurangan penulis yang berwibawa, kita juga menghadapi masalah kekurangan penterjemah yang pakar dan sistem penterjemahan yang lemah. Ini diukur menerusi kegagalan buku-buku terjemahan dalam pasaran. 

      Masalah seterusnya ialah dari segi editorial. Ramai yang mendakwa bahawa pihak editor memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan sesebuah buku yang berkualiti. Kekurangan editor yang terlatih memberikansenario yang buruk terhadap dunia penerbitan secara keseluruhan. Editor yang kurang mahir bukan sahaja menjadi penghalang kepada penghasilan buku yang berkualiti, tetapi juga secara kuantiti. Malah juga, kebanyakan editor tempatan dikatakan tidak memiliki apa yang ditanggap sebagai world view dalam  memandu penghasilan buku ke arah tuju yang bersifat penerimaan global. Editor tempatan juga dikatakan 'ketandusan' dalam ilmu penyuntingan bidang-bidang tertentu, khususnya yang melibatkan kepakaran bidang. 

      Secara kasarnya editor akan perihatin kepada tiga bahagian penyuntingan iaitu, penyuntingan tanda baca dan penyuntingan laras bahasa sahaja, ini kerana mereka lebih sensitif terhadap tata bahasa, sebaliknya kurang peka terhadap kepakaran dalam bidang-bidang kandungan. Kebanyakan editor di Malaysia  juga dianggap sebagai pseudo. Syed Hussein Alatas menjelaskan dalam  Intellectuals In Developing Societies

                       "The fools block the development of the public
                        demand for intellectual labour. The 
                        intellectuals do  not have access to the means
                        of creating a public  demand for the results of 
                        their labour. When an  intellectual article is 
                        send to the newspaper, the editor says that is 
                        too heavy … publishers publish either text 
                        books for school or novels but rarely creative in
                       intellectual works "

(Syed Hussien Alatas (1977) : m/s 54)

Unduran kembali Lanjutan
ke
Selamat Meneroka