Faktor
Makro
Faktor mikro adalah menjurus kepada faktor dalaman. Ia boleh dikaji daripada akar umbi yang menyokong kepada permasalahan. Jika ditinjau secara keseluruhan permasalahan yang dikesan adalah lebih bersifat permasalahan kefungsian iaitu yang melibatkan operasi, efisyen, dan kekukuhan serta kesediaan atau tahap kematangan dunia penerbitan tempatan itu sendiri. Sekilas pandang, jika kita tinjau faktor dalaman ini, adalah hampir sama dengan apa yang telah saya bentangkan dalam 'permasalahan tempatan' sebelum ini. Ini adalah kerana ia bersifat akrab kepada kita dan kita mengalamninya sehari-hari. Berbanding dengan pendekatan makro yang cuba melihat pertalian MNC dan TNC dalam arena global yang begitu kabur. Aspek
Historikal
(Sean
MacBride (1980) : m/s 145)
Peninggalan pihak penjajah sama ada dari segi struktur pembangunan mental ataupun tubuh Malaysia, amat banyak sekali. Paling jelas dalam aspek media penyiaran, kerajaan British telah meninggalkan struktur 'penggantungan'nya menerusi kerangka BBC. Begitu juga dalam bidang penerbitan, sistem serta struktur pembacan bahan ilmu yang telah diterapkan. Banyak rancangan-rancangan kita berkiblatkan BBC dan secara tidak langsung rancangan ini mengukuhkan lagi pendominasian TNC dan MNC terhadap penerbitan tempatan. Tumpuan British dalam membahagi-bahagikan sistem pemeritahan dan pembahgian harta di Tanah Melayu melalui divide and rule telah mengstrukturkan sistem ekonomi, nasionalisme, dan keintelektualan tanah air. Dr. Ramlah Adam dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya, memperjelaskan lagi kenyataan ini; (Utusan
Malaysia (Julai 1998) : m/s 8)
Begitu juga dengan kedai buku - kedai buku tempatan yang kebanyakannya dimiliki oleh India muslim. Menurut sejarah, mereka telah datang ke tanah Melayu sebagai utusan perdagagang dan penyebaran agama Islam. Bersama-sama mereka membawa kitab-kitab agama. Tradisi ini terus berkembang, sedangkan masyarakat tempatan hanya menjadi penerima yang pasif tanpa diberi pendedahan yang secukupnya untuk turut serta dalam urusan penulisan dan pembukuan. Golongan ini terus mendominasi arena pembukuan. Budaya
dan Pentakrifan Kegiatan Ilmu yang Rendah
Banyak hipotisis yang telah dibuat untuk membuktikan bahawa masyarakat Malaysia kurang membaca. Budaya ilmu kalangan orang Malaysia sangat rendah sekali. Masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk membelanjakan kewangan mereka untuk benda-benda yang bersifat material dan entertaiment berbanding membeli buku mahupun surat khabar. Walaupun sekarang ini telah giat kempen-kempen pembacaan dilakukan di sekolah-sekolah, contoh 'katalog pembacaan buku', peraduan bercerita dan sebagainya. Ianya tertumpu di sosio 'sekolah' dan keberkesanannya masih lagi menjadi tanda tanya. Budaya membaca telah dipisahkan dalam budaya masyarakat. Ini adalah penstereotaipan masyarakat tempatan yang menanggap bahawa budaya ini semacam 'hak' masyarakat Barat dan bukan bersifat budaya universal. Ini terbukti apabila perangkaan menunjukkan 95% daripada isi rumah di Malaysia tidak memiliki koleksi buku jika dibandingkan dengan adanya lain-lain medium informasi seperti TV dan radio hi-fi. Masyarakat Malaysia juga kurang mempraktikan masa lapang mereka untuk membaca, sebaliknya lebih menumpukan kepada lain-lain kerja yang lebih 'penting', seperti bekerja dan sebagainya. Pada masyarakat tempatan leisure time bukan untuk buku tetapi sebaliknya untuk berehat dengan hiburan. Bahan bacaan sentiasa mendapat tempat yang terkebelakang dalam rangkaian keutamaan pemilihan masyarakat. Hanya segelintir masyarakat pembaca yang secara serius dan konsistent untuk membaca mereka itu ialah golongan pelajar sama ada pelajar rendah atau tinggi. Namun ini hanyalah titik persinggahan sementara sahaja, satu tahap mereka akan keluar daripada lingkungan 'sosio pembacaan' dan bekerja. Ini membuktikan bahawa masyarakat Malaysia masih belum mantap dalam kontek budaya ilmu. Buku hanya digunakan apabila diperlukan dan bukan untk pengisian sepanjang kehidupan. Kajian yang telah dijalankan mendakwa bahawa masyarakat negara membangun seperti Malaysia hanya membaca 80 muka surat dalam setahun (UNESCO Report, on mass communication. 1967 - a report on the production and distribution of books in the Asian Region). Manakala 'MalayMail' telah melaporkan pada tahun 1993 bahawa masyarakat Malaysia purata membaca hanyalah setengah muka dalam setahun. Namun penemuan ini masih lagi diragui. Semangat nasionalisme yang rendah juga menjadi penyebab utama dalam penerbitan tempatan. Kebanyakan masyarakat tempatan memandang rendah terhadap buku-buku terbitan tempatan sama ada terbitan atau penulis tempatan. Ini kerana kita menganggap diri kita sebagai inferio berbanding masyarakat Barat TNC dan MNC yang superio. Malah terdapat juga tanggapan yang menyatakan bahawa budaya membaca dipengaruhi oleh keadaan iklim sekeliling sesebuah kawasan. Budaya fotostat juga menjadi masalah yang genting di Malaysia. Seperti yang telah kita tahu bahawa buku banyak digunakan oleh pelajar. Pasaran yang terhad ini telah dikecilkan lagi dengan budaya fotostat. Ini sudah tentu akan memberi kesan terhadap bilangan terbitan yang sememangnya kurang. Ada yang beranggapan bahawa orang Malaysia kurang membaca kerana kekurangan humor di dalam pembacaan kita. Ini bertitik tolak daripada kepercayaan bahawa masyarakat Melayu amat lembut dan suka kepada sesuatu yang bersifat artistik. Perasaan ingin tahu juga kurang. Kesemua ini menjadi masaalah Malaysia untuk memperluaskan dan memperbagaikan bidang ilmu. Prof. Diraja Ungku A. Aziz berpendapat, minat pembacaan dan penerokaan orang Melayu terhadap buku; (Dewan
Budaya (Mei 1987) : m/s 8)
Longgokan buku-buku MNC dan kecenderungan untuk menerima serta menggunakan buku MNC menjadikan permasalahan pernerbitan tempatan semakin tenat. Walau bagaimanapun ada yang berpandangan optimis terhadap kecenderungan tren ini. Golongan ini beranggapan bahawa MNC membantu memenuhi lompang genre yang tidak popular atau diceburi dan sekaligus menjadi permintaan masyarakat. Hakikatnya dengan longgokan ini memberikan semacam pembahagian tugas divide and rules agar penerbitan tempatan terus mengkhusus kepada sesuatu genre penerbitan. Manakala untuk buku-buku lain yang lebih berprestej dikuasai dan dimonopoli oleh MNC. Pihak yang berpandangan optimis juga beranggapan bahawa dengan adanya 'bantuan' longgokan ini juga, maka ia memberikan pilihan dan perspektif yang lebih luas terhadap genre dan mampu berkembang. Tetapi realitinya terbitan buku-buku MNC ini hanya mengaburi mata tempatan dan sebaliknya buku tempatan hanya mampu menjadi 'sorotan imej' terhadap lautan buku di kedai-kedai tempatan. Buku tempatan akan terus menjadi bahan perbandingan sama ada dari sudut isi kandung, harga ataupun reka bentuk yang relatif dan rata-rata lebih presentable. Malah banyak bukti yang telah menunjukkan bahawa kebanyakan buku-buku di gedung-gedung besar seperti TIMES, MPH, POPULAR dan lain-lain, buku-buku MNC lebih sarat dipertontonkan untuk pilihan berbanding buku-buku tempatan yang lebih bersifat popular. Buku-buku MNC sentiasa mendapat kelebihan dan menang dalam pertandingan. Ia terdiri daripada pelbagai genre sama ada bersifat umum atau khusus, berat atau ringan dan mudah didapati. Oswald H. Ganley juga beranggapan bahawa longgokan ini adalah berpunca daripada kos pengeluaran yang jauh lebih tinggi berbanding harga produk yang diimport; (Oswald
H. Ganley (1982) : m/s 60)
Disamping laras bahasanya yang universal dan telah, mantap, menyakinkan lagi pemilihan terhadap longgokan ini. Dipercayai bahawa bahasa Inggeris lebih memberikan keselesaan dan kefahaman serta kepuasan dalam pembacaan. Malah konsep-konsep dan teori yang diperkenalkan oleh TNC sendiri agak janggal untuk diterjemahkan atau digunakan dalam bahasa tempatan. Kita sedia maklum bahawa bahasa Inggeris telah lama mantap, malah kebanyakan industri besar penerbitan dunia menggunakan bahasa yang sama. Sistem
Sirkulasi yang Lemah dan Rendah
Keadaan yang lebih kronik terjadi kepada penerbit di institusi pengajian tinggi, Professor Philip G. Altbach, mengakui; (N.T.S
Chopra(1986 - Vol.17 No.1) : m/s 29)
Jika ditinjau dalam konteks model Jerame McCarthy, yang mengemukakan konsep 4P (product, price, promotion, dan physical distribution). Kita sebenarnya telah mengabaikan apa yang dikenali dengan konsep P yang seterusnya iaitu Probe yang telah diperkenalkan oleh Akio Marita. Elemen ini menjurus kepada pengajian perancangan masa depan sesebuah produk. Selain daripada melihat 4P, kita juga wajar memikirkan tentang perancangan masa depan produk kita. Inilah yang paling kurang diberi penekanan oleh penerbitan tempatan. Jika dilihat dalam kontek 4P sistem pemasaran tempatan berbanding MNC, secara jelas kita akan dapati bahawa keluaran buku tempatan sentiasa mendapat kengkangan. Kita terpaksa akur pada hakikat bahawa kita kekurangan bahan-bahan sokongan yang menjadi input kepada peningkatan penerbitan tempatan seperti kekurangan kepakaran dalam produksi, teknologi, penulis yang arif, editor yang berwibawa, penterjemah yang mahir dan struktur pemasaran yang sistematik serta khusus dalam tugasan masing-masing. Kita juga terpaksa mengakui bahawa kualiti dan kuantiti penerbitan kita terlalu rendah, kerana 4P kita adalah relatif lebih rendah daripada MNC. Disamping itu kita dipaksa bertanding dengan 4P MNC yang lebih cekap, besar, dan lebih matang. Kelemahan ini membuatkan iklim penerbitan kita semakin tertekan dan lembab dalam menerbitkan buku. TNC dianggap kukuh dari sudut 4P kerana kemampuannya untuk menimbal balas kos pengeluaran dengan keuntungan melalui pasaran yang luas. Oswald menegaskan; Eventually, other U.S domestic sales bring in money, but these sales must come after network use foreign sales, however, can be made simultaneously. So just to get back their production cost" (Oswald
H. Ganley (1982) : m/s 62)
Kita juga tidak boleh menandingi harga pasaran yang ditawarkan oleh MNC. Ini adalah kerana pasaran mereka adalah seluruh dunia. Permintaan yang begitu tinggi dan meluas ini membolehkan mereka menurunkan kos pengeluaran sekaligus harga buku tersebut. Sudah tentu hal ini tidak mampu ditandingi oleh penerbit tempatan yang skop pasarannya yang bersifat domestik. Penerbit tempatan juga tertakluk kepada perubahan nilai mata wang antara bangsa yang sentiasa berubah. Kengkangan
Bahasa Pengantar
Kita harus akur bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, masih tidak dapat diimplimenkan secara meluas. Ini kerana banyak organisasi dan badan-badan tertentu yang masih tidak mahu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa resmi perantaraan mereka. Hal ini dicelarukan lagi dengan terdapatnya akhbar-akhbar yang berlainan bahasa di samping sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Senario ini sangat berbeza kalau kita bandingkan dengan negara Indonesia yang penyelarasan bahasa Indonesia dijalankan secara meluas dan jayanya. Kepelbagaian kaum di Malaysia menambahkan lagi kecenderungan untuk membaca dan membeli buku-buku yang berorientasikan bahasa ibunda mereka. Ini sebenarnya mengecilkan lagi pasaaran tempatan yang sememangnya kecil. Kalau kita tinjau dari segi struktur, kita juga akan dapati bahawa laras bahasa Melayu masih belum mantap dan terlalu muda jika hendak dibandingkan dengan lain-lain bahasa antara bangsa seperti bahasa Arab, Inggeris, Cina dan sebagainya. Ketidakmantapan dan ketidaktekalan ini memungkinkan sistem Bahasa Melayu sentiasa berubah-ubah menuju kemantapannya. Ini sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap penerbitan yang terpaksa mengulang cetak untuk versi tatabahasa terbaru dan sebagainya. Stok-stok lama terpaksa dilelong untuk menepati tuntutan laras bahasa yang terkini. Dafta kata yang belum mantap ini juga terikat pada struktur teori bahasa yang begitu formal. Sebagai contoh bidang penterjemahan tempatan. Kebanyakan penterjemah terlalu terpengaruh dan terkongkong dengan struktur teori yang rigid, sehingga hilang keharmonian dan keserasian serta nilai kebolehfahaminya. Sedangkan kita lebih mudah menanggap ilmu itu dalam bahasa perbualan, tetapi apa yang digambarkan dalam buku terjemahan begitu rigid dan kaku. Inilah salah satu sebab hasil terjemahan dan tulisan tempatan begitu lemah dan menghadapi tekanan yang cukup kuat dari buku-buku karya asal. Profesor Diraja Ungku A. Aziz, menambah; (Dewan
Budaya (Mei 1987) : m/s 6)
|