Berikut adalah beberapa koleksi puisi ‘Saiful Jurimi’ yang dapat dikumpul daripada beberapa media massa, untuk tatapan umum;
Kalau
laut itu biru
maka
lautlah aku
dalam
kebiruan
aku
bergelora
mencari
bentuk
dalam
pantai
yang
acapkali berubah
tatkala
aku membawa bah
Kalau
api itu merah
maka
apilah aku
dalam
panas semangat
aku
membakar
kemarakan
bahang
mencari
bahan
kujadikan
debu dan arang
RUANG METOS
Berulangkali
terlepasnya
ini bayang
dari
pentas takdir
rangka
diri
bilamana
masa
belum
mampu untuk menyakinkan
tentang
bentuknya yang azali
dari
tanah, barangkali
dari
api, barangkali
Lewat
ke ruang ini
untuk
melakonkan
opera
‘mimpi hitam’
maha
ngeri
Kiranya
benar
kitalah
pelakonnya
yang
terpaksa menangis
itu
bukan suratan …
mungkin
sekali
inilah
semantik hidup
yang
terlipat dalam
kamus
keriwayatan
PARADOKS
Di
persisiran sentimen beku
tergambar
suara-suara tak berlagu
di
tengahnya termerekah
gelonjak
rasa yang tak pernah reda
Lantaran
akulah manusianya
terlalu
ghairah untuk dewasa
tak
kuasa menahan emosi muda
membiarkan
segalanya diratahi masa
lalu
aku terus terhimpit
paradoks
sepi amat misteri
sehingga
tidak terbeza
dua
musim yang bercanggah
antara
dosa dan pahala
mana
sempadannya
Antara
perjuangan dan matlamat
mana
hakikatnya
Antara
alpa dan sengaja
mana
kebenarannya
Mampukah
aku tersenyum lagi
sedangkan
paradoks menggila di hati
yang
dikapan belum mati
membiarkan
aku terus menyendiri di sini
Dipetik
daripada Antologi Puisi :
Paradoks
Merah
Persatuan
Penulis Johor 1990
AKHIRNYA DI SINI
Lingkaran
altar biru jingga
tertebar
titisan akhir air mata
betapa
di atma ribu warna
kucuba
berbahasa …
tiada
siapa mendengar
cuba
bertanya …
tiada
siapa kenal
meminta
…
tiada
siapa yang gana
aku
terus diulit rencam dan telapa di bahtera
Terketika,
termangu-mangu
lagi tanpa wajah
di
bibir terik mentari
menyaksi
badai menerpa tiba
di
saat sepi ini disirami pijar suria
di
ruang cakerawala
masih
terpaku di sini
antara
realiti dan fantasi
Tidak
kuterjamah udara nikmat dunia
tidak
terdakap olehku keindahan maya
terkapar
di pantai raasa
tak
pernah reda.
(maaf
... sambungannya tidak dapat dikesan)
Dipetik
daripada Antologi Puisi :
Paradoks
Merah
Persatuan
Penulis Johor 1990
Paradigma Hijau
Nafas
bumi semakin hilang gema
dengan
terpatahnya tiang seri
menggugurkan
warna tersungkur pudar
di
perhitungan dada benua nyali
bila
sajian mimpi anak
kempunankan
keaslian
terkilan
di antara pertembungan
dua
ilusi penghabisan
penjuru
arah kemanusiaan
Tiada
lagi lintup pribadi
atas
nama ruang universal ini
lantas
ke mana jua harus kuusung
mimpi-mimpi
hijau anak
pada
kebeningan yang semakin terlucut
dari
warna kartasis sebenar
Tanpa
terbatas, hingga tersumpah
langit
menjadi koyak
jernih
samudera semakin berkelodak
dan
gugusan pelantar semakin mengerak
sedang
udara letih menyimpan puin-puin rosak
menjadi
mangkin racun paling berbisa
Semakin
kronik benua kontangmu
digeladah
tangan kontraversi
yang
sasau
Tidurlah anak dalam tangismu
agar tidak berpanjangan kau tatapi
warna hijaumu rosak disakiti
Mimpikanlah kehijauan itu
yang mampu tercapai oleh mindamu
agar kau bisa tenang dan tersenyum sejenak
Tapi jangan sekali-kali kau idamkan
warna hijau itu kembali
menerjah tumpah sujud di hadapanmu
itu tidak mungkin akan berlaku
Kau nangislah lagi dalam tidurmu
semoga air matamu bisa terpercik
ke dada mata dan ruang ilusi mereka
dan biar mereka tersentak
bahawa kehijauan warna esok hari
tidak mustahil akan pupus
mulai hari ini …
Dipetik
daripada Antologi Puisi :
Dari
Rosmera ke Nor Sadhana
Persatuan
Penulis Johor 1994
Dipetik
daripada Makalah :
Wadah
Jilid
2: Bil.: 1 (USM)
SIMFONI GELISAH
Balada
resah dari daerah pasrah
berdegup
jantungnya masih mengira
kepingan
guguran roti
dari
kuasa sakti ‘Merak Kayangan’
Pada
tiap gugusan
rerintik
hujan rahmat
di
situlah kakimu mengejar
dan
belajar bertatih
kehidupan
sebuah kelaparan
Pada
tiap gegendang
yang
punya waktu mendengarkan
di
situlah suara-suara serak dilaungkan
erti
sebenar keperitan
Pada
tiap tangan
yang
menghulur dan menabur
di
situlah dingadahkan tangan dan kaki
seluruh
ketakutan
Daerahmu
tenat disogok hiba
pusakamu
pecah di dalam keranda
dan
kemuflisan udara
tak
terbayar nafas mereka
kerana
masih belum ada
kuasa
yang benar-benar ajaib
maha
kuratif untuk
menghidupkan
kembali jenazah arwah
meskipun
Lautan Merah
kedua
kalinya harus terbelah
semakin
pekat dengan limpahan
sungai
darah yang tertumpah
ke
dasar Telukmu …
Lahat
mereka di sinilah
masih
merah
masih
kritikal
payah
tidak terusung
wajah
anak-anak putih
kian
rapuh diajar ilmu hikmat cepat tua
agar
bisa menukarkan permainan senjata
kepada
yang sebenarnya
Kemanusiaan
yang rosak
nazak
merangkak terus
mengekori
tapak-tapak kecil
Di
kubur yang bertanah datar ini
ada
doa dan tangkal azimat
yang
tertanam di setiap penjuru
agar
mayat-mayat di dalamnya
tidak
terbangkit oleh kejutan dan pekikan
saudara-saudaranya
yang masih lagi meraung berjuang
Dari
jampi pawang tua
telah
membungkuskan satu rahsia
ada
kewarasan sedang mencari bentuknya
ada
kekosongan menjalar belit minta diisikan
Namun
siapakah yang menyedari
kesemua
hakikat ini
sekadar
melihat dan memberi
gandum
untuk menutupi
daerah
tandus yang digilas tragedi.
Dipetik
daripada Antologi Puisi ::
Dari
Rosmera ke Nor Sadhana
Persatuan
Penulis Johor 1994
PARADOKS SEORANG ISTERI
Penantian
seorang pemaisuri
adalah
pertapaan mengalah di gua sunyi
yang
terikat di atas bugaran duri
dan
tangannya menggenggam bara api
Dosa
apakah yang terpecah
menyerkup
tumpah
menjadikan
aku
orang
yang sentiasa menjadi ‘pesalah’
Adakah
ini suatu sumpah
hanya
kerna aku seorang wanita
maka
aku selayaknya
hanya
menjadi penerima
Pada
air mata darah
seorang
isteri
kepada
kemudi
seorang
suami yang dicintai
Terhimpit
di
pertembungan dua arah
ribut
taufan yang menggila
dan
kemarau senja yang tega
Aku
terus terdera
kerana
aku punya cita-cita
Bagaimana
harus aku bercerita
erti
sebenar air mata seorang wanita
dan
dunia keputusannya
yang
tidak pernah mudah
Bagaimana
lagi harus aku lukiskan
status
quo berserah dan menerima
agar
kau mengerti
jerih
perih seorang wanita
apabila
ditabalkan sebagai permaisuri
di
singgahsana condong dan merekah
Tuhan!
kembalikan
kekuatan
untuk
kuubati
dadaku
yang terkopak
untuk
kusumbat iman koyak
Berikanlah
aku kesempatan
untuk
terus berdoa dalam tenang
keluar
dari bayang
Bangkitlah!
sejuta
semangat keramat
permaisuri
sewajarnya penasihat
Dan
akan aku terus mendoakan
agar
tugasan sesat tidak berterusan
dan
mimpiku kelak
menjadi
kenyataan …
GALAKSI PUISI
Maknaku
yang
kiotik
aku
transfiuskan
ke
galaksi puisi
dan
kualamatkan ke
dunia
untuk
kusedekahkan
kepada
semua,
kerana
maknaku
adalah
makna
semua
…
BICARA SENI
Jumpakah
dikau, aku
dalam
mimpi-mimpi panjangmu
Bagai
sungai malam
yang
mengalir deras ke daerah kelam
Terjawabkah
rungsingmu
dalam
jeram ucapan kiotikku
Atau
hanya tertakung bingung
dalam
pusaran teka teki lubuk
ke
dasar ia berhenti
Teruslah
bertanya
dan
cuba meneka
seni
itu memang indah
dan
yang indah itu tidak mudah
Kita
sebenarnya kedangsang
untuk
bersuara
dalam
satu bahaa
dalam
satu rasa penuh dewasa
dalam
satu minda penuh sedar
Walaupun
sesekali
tergigit
dan tenggelam punca
namun
kita harus terus menyelam dan berenang
kerana
jika tidak
kelak
aku bimbang
kelodak
tengkujuh
bisa
terpecik ke muka
mengaburkan
mata
menyukarkan
telinga
menumpulkan
bicara
Kembalikanlah
bisikan itu
dan
akan kucuba mentafsirnya
dalam
bahasaku
KROMA
Sesekali
jangkaulah
ke
ruang ini
bermeditasi
dalam kulit diri
ke
ruang kroma
kroma
menjejak kepudaran
kroma
melewati kekeliruan
dalam
paksi diri
Jingga tetap jinggatapi dibaliknya
kuning tetap kuning
merah tetap merah
Dipetik
daripada Makalah
Berita
MPJB Bil.: 2 1990
KE RANGKA HIDUP III
Jangkauan
belum sampai
ke
destinasinya
meniti
konflik bara
atas
dasar keunggulan mimpi
ingin
diterokai
manusia
yang menuju
ke
alam kesempurnaan
akan
meninjau erti sebenar
konflik
yang bernas dan jitu
kerana
di jantungnya
ada
sesuatu yang lebih matang
dari
itu
yang
mengajar manusia
dan
ia akan tetap hadir
Yakin
di sana
ada
jalan
selagi
ada kemampuan
mengekori
rentaknya
kita
hanya perlu percaya
bahawa
segala yang digenggam kini
adalah
mimpi yang tidak mustahil
bakal
kita kecapi
Dipetik
daripada Makalah
Berita
MPJB Bil.: 2 1990
KAU
YANG KURISIK
untukmu SIJORI
Inilah
permulaan
bukan
kemahuan fikiran
atau
desak dan pintaan perasaan
hadirnya
telah lama dirasakan
baru
sekarang terijabkabulkan
Kuserahkan
hantaran ini
busana
indah bersulam kasih
telapak
tangan berinaikan janji
tersuakan
akrab jabat sehati
Kurisik…kurisikkan
jua
segala
harapan dan janji
hingga
tercapai segalanya
kuarakkan
hingga ke pelamin tertinggi
Kujungjung
seperti sirih
kurumpunkan
seperti serai
kuungkai
adat yang terpilih
di
atas pelaminan kita berinai
Siapakah
yang akan terduga
jodoh
pertemuan kita di sinilah
rindu
untuk bersatu sekian lama
bertemu
dalam satu nada
tiga
penjuru ke satu arah
Berjanjilah
wahai kekasihku
bahawa
kita tetap bersama
ribuan
tahun yang merdeka
biarpun
sejengkal cuma
usia
dan usaha kita
akanku
mahligaikan semuanya
Lantaran
kau dan aku
adalah
penghuninya
yang
inginkan kesentosaan
serumpun
angkatan
kita
jayakan
kita
nyalakan
hantaran
kemesraan
zaman
berzaman