Petang ini, Petang ini sayembara sang guruh membara Dengan petir, dan hujan umpama senjata Tempikan guruh lantas hentikan musuhnya Pohon dipanah petir menyembah bumi segera Insan dibasahi hujan mencari tuduhan Bagai rintangan gerimis kehidupan Berlimpahan sejuta satu dugaan Jiwa terus ditakhluki kedukaan Berjuang jua walau kepenatan Dengan destinasi yang hanya harapan Malam, Malam bermula cerah diterkam Guruh makin semacam geram Panah petir tikam-menikam Hujan menjunam bumi tenggelam Malapetaka hukuman alam Bumi mula terasa suram Diselubungi kegelapan malam Bagai tamat harapan terpendam Esok, Esok hari nadi harapan Esok hari fajar bersinaran Membawa erti mula kehidupan Membawa erti tibaan harapan Menyeri jiwa penuh semangat Menyeri jiwa azam menghangat Membawa tuah insan bersemangat Membawa tuah harapan diikat Dibungkus sekali bersama tekad Dibungkus sekali ketiadaan had Langkah Langkah bergegaran sang pahlawan Mentertawakan segala kedukaan Yang tiada kemampuan membunuh harapan Walau serangan tiada batasan Akan ku terus berhadapan Jiwaku bagai jiwa pahlawan Sentiasa setia pada harapan Apa jua halangan kehidupan Tetap ku langkah menuju harapan Kerana ku sentiasa sedia untuk berlawan Akulah Pahlawan.
©Chauw Proom Wichit. Hak Cipta terpelihara