Tahukah Anda?
1.
Mao Tse tsung tidak pernah memberus
gigi sepanjang hayatnya. Beliau menggunakan air teh utk berkumur dan akan
mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.
2.
Purata sebatang pensel boleh melakar
garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan.
3.
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda
mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan
buih di dalam sendi itu.
4.
Planet Pluto mengambil masa 248 tahun
utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak
dari berlanggar dengan planet
5.
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud
tidak.
6.
Kebanyakan debu yang berterbangan di
dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
7. Perut
akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk
melancarkan proses penghadaman.
8.
Kandungan emas di laut adalah 200 kali
ganda lebih banyak berbanding di daratan.
9.
Jika semua salur darah dalam tubuh
manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km.
10.
Jika usus kecil manusia dibelah dan
dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
13.
Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa
menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
14.
Matahari memiliki tenaga yang cukup utk
menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
15.
Tekanan jantung manusia semasa mengepam
darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah
sejauh 9 meter.
16.
Purata setiap manusia manusia memiliki
100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam. Sementara itu,
hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
17.
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000
km dalam tubuh manusia.
18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah
dan ultraungu.
19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh
darah.
20.
Terdapat banyak spesies labah-labah yang
sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah
utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesame sendiri.