Subject: Tips semasa membeli tayar kereta
Saya ingin kongsikan
pengetahuan dan pengalaman saya mengenai tayar dan suku sakatnya.
Cuba
periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu
bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai
ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar
kita perlu di tukar dalam masa 3 - 4 bulan lagi.
Apabila kita hendak membeli
tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini
melibatkan keselamatan.
1. Mula-mula pilih saiz yang
sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak
menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan
saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak
merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih
pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.
2. Selepas mendapat saiz yang
sesuai, cuba
perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti
dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini
memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun)
dan batch pengeluaran di kilang. Jadi, apabila tayar tidak memenuhi
spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar dipasaran.
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian
tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang
(selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan).
Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada: 4001 bermaksud tayar tersebut
dikilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut
sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003.
Jadi sekiranya kita dapati ada
kedai yang menjual tayar degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba
periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar
yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan
kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa
kelajuan tinggi.
3. Tentang saiz tayar, cuba
perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi
tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 %
dari kelebaran 205mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR
bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa
menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan
tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan
tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
4. Tentang jenis tayar pula,
kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Jepun. Harganya
lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar tayar seperti michelin, yokohama,
falken etc. lebih lembut kerana tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim
sederhana yang kurang panas, tetapi apabila digunakan di Malaysia
yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang
pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga
tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak
sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam
dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi, kalau kita hendakkan tayar yang
senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.
5. Tayar sepatutnya di tukar
kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan
belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama
saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam
rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang,
belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke
dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung
kepada jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
6. Jika kita perhatikan bunga
tayar selepas beberapa lama, bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan
bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian
tengah, ini bermaksud selama ini tekanan tayar adalah kurang dari yang
sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan
terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu
mencapah ke dalam dan jika haus bahagian dalam sahaja, tayar kita terlalu
mencapah ke luar (alignment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang
haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.
Sekian, terima kasih.