Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Maktab kami - Maktab Perguruan Pasir Panjang

Maktab Perguruan Pasir Panjang iaitu sebuah maktab " yang kecil tetapi comel" telah ditubuhkan pada tahun 1958. Pada asal penubuhannya ia dikenali sebagai Pusat Latihan Guru (DTC) Kuala Terengganu, menumpang di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman. Kursus yang ditawarkan pada masa itu ialah Kursus Perguruan Sekolah Rendah.

Memandangkan kesukaran menumpang, maka Kementerian Pelajaran membina bangunannya sendiri di jalan Pasir panjang, kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu. Pembukaan rasminya dijalankan pada 8.11.1969 oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussin, iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Akhibat kelebihan guru dan terdapatnya beberapa masalah lain, beberapa buah Pusat Latihan harian ( DTC ) di Malaysia telah ditutup pada awal tahun 1970 termasuk Pusat Latihan Guru Kuala Terengganu. Pada tahun 1972 ia dibuka semula untuk program khas iaitu " Program Pendidikan Kesihatan ", melatih guru-guru terlatih dalam bidang Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan. Namanya diubah menjadi Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan dan Nilai Pemakanan.

Setelah sepuluh tahun Maktab ini mengelolakan Kursus Dalam Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan, maka pada bulan Januari 1983, kursus ini diberhentikan dan dipindahkan ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Maktab ini kembali kepada fungsi yang asal iaitu melatih guru sekolah rendah dan menengah. Nama maktab ini telah diubah menjadi maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu hingga ke sekarang.

 

Pemandangan hadapan maktab


Cogankata Maktab

Iltizam , Istiqamah , Ihsan


Misi Maktab

Seluruh warga Maktab Perguruan Pasir Panjang
bertanggungjawab mempertingkatkan keyakinan diri
dalam kemahiran keguruan,melahirkan guru yang berwibawa,
bersahsiah murni,menguasai kemahiran berfikir,
mewujudkan iklim dan budaya kerja yang selesa


Balik ke homepej