Maktab Perguruan Pasir Panjang
Setiap tahun Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengiklankan pengambilan guru pelatih ke maktab di dalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh memohon untuk mendapat borang permohonan daripada Bahagian Pendidikan Guru atau boleh dibeli daripada pejabat pos. Borang hendaklah disi dan dihantarkan sebelum tarikh tutup permohonan. Sekiranya anda layak, anda akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP), dan sekiranya anda layak, anda akan dipanggil untuk ditemuduga.
Kursus-kursus yang ditawarkan di maktab ini adalah Kursus Diploma Perguruan Malaysia dan Kursus Diploma Perguruan Khas
Kursus Diploma Perguruan Malaysia mengambil masa selama tiga tahun (enam semester), anda dikehendaki memilih matapelajaran opsyen yang terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris (TESL), Sains, Matematik, Kajian Sosial, Muzik, Pendidikan Jasmani, Prasekolah dan Pendidikan Agama Islam.
Kursus Diploma Perguruan Khas mengambil masa selama satu tahun, anda dikehendaki memilih matapelajaran opsyen yang terdiri daripada Bahasa Inggeris (TESL) dan Sains.
Kelayakan asas akademik untuk Kursus Diploma Perguruan Malaysia, anda mesti memilik Sijil SPM/SPVM dengan lima kepujian sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan lulus Ujian Lisan di peringkat SPM/SPMV atau Prinsipal Bahasa Melayu diperingkat STP/STPM boleh menggantikan Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/SPVM/SPMV, dengan syarat lulus Bahasa Melayu/malaysia dan lulus ujian lisan di peringkat SPM/SPMV.
Memiliki sekurang-kurangnya EMPAT kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM/SPVM/SPMV termasuk kepujian dalam mata pelajaran MAJOR I dan MAJOR II yang dipohon.
Sekurang-kurangnya lulus Matematik pada peringkat SPM/SPVM/SPMV kecuali untuk kursus Major I Pengajian Inggeris, Pengajian Agama Islam dan Pengajian Muzik.
Untuk kursus Diploma Perguruan Khas, yang dipohon melalui Jabatan Pendidikan Negeri, anda perlu memliki Sijil Perguruan dan disahkan dalam jawatan.
Selain daripada kuliah-kuliah akademik, semua guru-pelatih dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum seperti permainan, persatuan dan pertubuhan beruniform. Pelbagai kursus akan diadakan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru pelatih.
Tiga blok asrama yang boleh menampung lebih kurang seratus orang guru pelatih wanita. Guru pelatih lelaki dan guru pelaith wanita yang tidak di tempatkan di kolej kediaman dikehendaki menyewa rumah di sekitar maktab. Walaubagaimanapun pihak Persatuan Guru Pelatih akan menguruskan penyewaan rumah untuk semua guru-guru pelatih yang tidak di pilih untuk menduduki kolej kediaman.
Terdapat sebuah padang untuk permaian, sebuah jimnasium untuk latihan jasmani, dua gelanggang tenis, dua gelanggang sepak takraw,satu gelanggang bola jaring, satu gelanggang bola keranjang dan satu gelanggang bulu tangkis dalam Dewan Nadwah.
Untuk kemudahan guru-guru pelatih Islam beribadat dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan, sebuah madrasah juga telah disediakan. Madrasah ini dinamakan Madrasah Al-Firdaus
Sebuah Pusat Sumber disediakan untuk kemudahan semua guru pelatih, pensyarah, staf sokongan. Pusat Sumber dibuka dari jam 8:00 pagi hingga 4:30 petang.
Terdapat dua buah makmal komputer yang dilengkapkan dengan seratus buah komputer 'standalone' dan sebuah makmal komputer dengan tiga puluh buah komputer berangkaian .
Sebuah makmal bahasa disediakan untuk kemudahan guru pelatih mempelajari bahasa. Selain daripada itu sebuah bilik muzik, dua makmal sains, empat buah dewan kuliah dan lima belas buah bilik kuliah juga terdapat di maktab ini.
Sebuah kelas prasekolah didirikan untuk memberi latihan 'insitu' kepada guru pelatih prasekolah.
Untuk mendapat maklumat tambahan tentang maktab ini , e-mel mpppkt@hotmail,com atau yahyamp@pc.jaring.my atau tulis kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Maktab Perguruan Pasir Panjang, Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Untuk mendapat maklumat tambahan tentang kursus - kursus perguruan atau Bahagian Latihan Guru :
i ) tulis kepada Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 4 & 5, Blok F, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur.
ii ) guna kan GURU infoLINE Dial 600-83-7891 dan ikut arahan-arahan
iii ) lawat homepej Bahgian Pendidikan Guru