Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PENGENALAN
Home | Back| Next |




Istilah Hantu
Istilah hantu difahami secara meluas bermaksud roh orang yang telah mati yang memperlihatkan diri kepada yang hidup. Hampir semua kebudayaan pada beberapa peringkat sejarahnya mempercayai hantu akan kembali ke dunia orang hidup. Kehadirannya membawa tanda samada bertujuan baik atau buruk.

Kuasa Istilah
Istilah atau nama mempunyai kuasa di dalam sistem kepercayaan tradisional. Amalan upacara berdasarkan formula 'aku tahu asal usul mu' adalah sebahagian daripada mentera menghalau hantu. Melalui kedatangan agama Hindu, dewa-dewa Hindu mempunyai pengaruh yang kuat dalam mentera. Kemudian, dengan kedatangan agama Islam, kuasa-kuasa baru seperti jin mula digabungkan. Terokai Hantu ialah perbendaharaan unik berkenaan tradisi lisan, adat-adat kuno, makna-makna agama dan budaya popular. Pameran menerokai hantu-hantu ini bukan sebagai paranormal atau pernyataan psikologi tetapi sebagai fenomena sosio-budaya dan sejarah di Malaysia, negara serantau dan dunia keseluruhannya.

Hantu perspekti sejagat
Perspektif sejarah
Dalam lipatan sejarah setiap masyarakat terdapat kepercayaan yang diwarisi dalam bentuk agama, mitos dan cerita rakyat. Masyarakat kuno Ibrani, Mesir, Greek dan Roman percaya kepada hantu yang tidak tenteram. Amalan jahiliah terus hidup dalam perayaan keagamaan seperti -All Soul's Day, Holloween dan Day Of The Dead- bila mana hantu dan roh menjelma.
Perspektif Austronesia
Kepulauan Asia Tenggara didominasi oleh penutur bahasa Austronesia. Warisan budaya bahasa ini mendasari kepercayaan bersama bahawa hantu (roh) menyebabkan penyakit. Upacara menghalau hantu telah dikesan sejak zaman pra-sejarah lagi. Turut berkembang luas ialah penyembahan berhala kepada roh-roh utama untuk memastikan kesihatan, kesuburan dan keselamatan.
Perspektif Asia
Cerita rakyat India menyediakan tata nama lengkap bagi hantu-hantu. Di Jepun dan China, hantu-hantu nenek moyang adalah satu hakikat hidup yang kerap diselang-seli dalam hubungan anak cucu. Sebaliknya orang mati yang terbiar atau tidak dikenali mestilah dihindari. Di kalangan orang Cina, perayaan 'Hantu Lapar' melaksanakan fungsi ini.
Perspektif yang lebih luas
Kepercayaan terhadap hantu meresapi agama tradisional Oceania dan Afrika. Ro-roh orang mati ditonjolkan dalam amalan-amalan kebudayan orang asli Amerika Utara dan Selatan. Malah, upacara ritual Tarian Hantu orang asli Amerika Utara menjadi pengenalan penentangan yang kuat terhadap orang kulit putih semasa kurun ke-19.
Perspektif Barat
Ghost Club (ditubuhkan di london pada 1862) adalah sebuah pertubuhan yang menyiasat fenomena paranormal. Namun, sungguh pun penyelidikan rapi lebih sekurun di Barat, persoalan tentang hantu masih belum terjawab