Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
undefined
undefined

MASALAH-MASALAH PENCETAK

 

MASALAH – MASALAH PADA PENCETAK DOT MATRIX

PENCETAK TIDAK BEROPERASI DAN LAMPU PANEL TIDAK MENYALA

Kemungkinan besar keadaan ini adalah disebabkan oleh bekalan kuasa:-

  • Semak bekalan kuasadaripada plug dinding. Jika anda dapati fius  yang terbakar sila gantikan dengan yang baru.
  • Semak voltan current terus ( DC ) pada output power supply . Jika voltan kurang daripada yang diperlukan tidak stabil sila ambil langkah untuk membaiki unit bekalan kuasa.

HASIL CETAKAN TIDAK TERANG

Keadaan ini berlaku mungkin kerana sebab – sebab  berikut:-

  • Kebiasaannya  hasil cetakan menjadi tidak jelas kerana ribbon lama digunakan .

  • Kepala pencetak tidak di adjust dengan betul. Kebanyakan pencetak  mempuyai kemudahan untuk membuat adjustment supaya head boleh digerakkan rapat atau jauh daripada platen.  Jika hasil cetakan didapati tidak terang sila adjust  kepala  pencetak ( printhead ) supaya kedudukannya lebih rapat kepada platen.

  • Cetakan yang dihasilkan biasanya menjadi tidak jelas juga sekiranya ribon tidak bergerak kerana mekanisma ribon tidak  berfungsi dengan baik .

TERDAPAT GARISAN HITAM MERENTASI HURUF YANG DICETAK SECARA MENDATAR

  • Kemungkinan telah berlaku litar pintas ( shot circuit ) kepada kepala pencetak(printhead).

  • Mungkin terdapat dawai pencetak ( prinwire ) yang terlekat dalam keadaan out. Bila ini berlaku menyebabkan berlakunya garisan hitam mendatar. Anda boleh  mengatasi keadaan ini dengan menolak dawai pencetak yang anda agak melekat supaya ianya bebas bergerak . Jika anda masih tidak berjaya  menggerakannya sila buat pembersihan kepada kepala pencetak serta dawai pencetak dan sebelum  memasang semula kepala pencetak sila letakkan sedikit minyak ringan ( light oil ).

  • Kerosakan mekanikal juga boleh berlaku  kepada kepala pencetak ( printhead ). Dalam operasi biasa dawai pencetak   ( printwire ) dalam kepala pencetak ( printhead ) akan bergerak sebanyak  1200 kali dalam setiap saat . Untuk dawai pencetak ini  berfungsi dengan baik maka perlulah ada hubungan diantara dawai pencetak dan solenoid , jika berlaku gesaran yang kuat maka pencetak tidak akan  dapat menghasilkan cetakan yang baik. 

RIBBON TIDAK BERGERAK 

  • Keadaan ini berlaku mungkin kerana giar yang memusingkan ribon melekat dan tidak dapat beroperasi dengan baik. Bersihkan gear ini dengan menggunakan pembersih 'non – solvent cleaner'. Sebelum anda memasang semula giar berkenaan sila  keringkan terlebih dahulu dan meletakkan sedikit minyak pelincir jenis ringan  ( light oil ).

  • Ribon mungkin terputus di dalam cartridge. Jika ini berlaku anda terpaksa menggunakan satu set ribon yang baru.

KERTAS TIDAK BERGERAK

  • Kemungkinan terdapat sesuatu yang menyekat pergerakan platen . Sila buat ujian dengan memusingkan platen dengan tangan .

  • Motor bergerak platen ( Stepper motor ) melekat terutama jika pencetak telah lama tidak digunakan .

  • Motor penggerak platen ( Stepper motor ) telah rosak.

KERTAS MELEKAT MENGELILINGI  PLATEN

    Keadaan ini berlaku kerana roller telah terkeluar dari  alignment. Kebiasaannya terdapat 2 atau 3 jenis roller pada pencetak dot matrix iaitu platen roller, cradle roller dan ball roller. Bagi membolehkan kertas bergerak dengan baik semua roller mestilah berkeadaan selari dan sama tekanannya. Jika keadaan tekanannya adalah tidak sama kertas akan bergerak secara serong ( Skew ).

    Roller yang kotor dan keras. Bila pencetak telah lama digunakan roller yang diperbuat daripada getah akan menjadi kotor dan keras. Ini menyebabkan akan menjadi kurang efisyen untuk menggerakan kertas. Anda boleh membersihkan roller ini dengan menggunakan pembersih getah yang boleh didapati daripada menjual typewriter  atau kedai DIY. Bila menggunakan pembersih getah ini jangan ia membiarkannya ianya mengenai komponen plastik dalam pencetak anda .

KEPALA PENCETAK TIDAK BERGERAK WALAUPUN MENDAPAT BEKALAN KUASA

    Kemungkinan bekalan kuasa kepada motor penggerak kepala ( head carriage motor / stepper  motor ) rosak.

    Mekanisma penggerak kepala seperti pulley dan bearing melekat. Ini berlaku kerana pelincir – pelincir lama telah menjadi keras dan ini boleh menyekat pergerakan kepala pencetak .

    Pencetak tergantung bila tidak dapat menyempurnakan ujian ingatan ( memory test ). Biasanya bila suis pencetak di buka, mikropemproses ( CPU ) pencetak  akan mencari ingatan bila ia gagal menemui semua lokasi ingatan segala operasi akan terhenti.  Anda boleh membuat ujian ingatan ( memory ) ini dengan  menggunakan 'Logic Analyser'.

    Kepala pencetak tidak bergerak mungkin juga disebabkan oleh mikropemproses ( CPU ) atau IC sokongan yang rosak. Anda boleh membuat ujian  mikropemprosesan  pencetak dengan menggunakan ' Logic Probe '. Ujin pada pin garisan data (data line ) dan garisan address ( address line ). Isyarat digital pada garisan ini  sepatutnya tinggi  ( +5 – volt ) atau rendah  ( 0 –volt ), tetapi jika isaratnya berada di antara  2-3 volt maka ia menandakan mikropemproses pencetak rosak.

    Litar interface rosak . Litar interface mengawal pergerakan data di antara pencetak dan komputer. Pencetak akan mula berfungsi jika ia menerima isyarat melalui sambungan input / output  ( I / O port ) tetapi jika input yang diterima tidak sesuai ia akan menyekat pencetak daripada bermula.

    Jika kabel pencetak tidak dipasang dengan betul, pencetak tidak akan memulakan cetakan. Perkara lain yang boleh menyebabkan pencetak tidak memulakan cetakan ialah:

Ø      Kabel RS- 232C atau Centronics yang menyambungkan pencetak dengan komputer rosak .

Ø      Penyambung ( I /O Port ) pada bahagian belakang komputer rosak atau tidak berfungsi dengan baik .

Ø      Penyambung ( I /O Port ) pada bahagian belakang rosak .

Anda boleh membuat ujian secara tukar ganti ( substitution ) untuk mengesan kerosakan kabel dan penyambung .

ADA TANDA GERAKAN KEPALA PENCETAK TETAPI TIDAK BOLEH MENCETAK

  • Kerosakan pada litar interface seperti masalah yang lepas .

  • Data Buffer tidak berfungsi. Biasanya komputer boleh menghantar data lebih cepat daripada pencetak boleh  mencetak data berkenaan. Untuk mengatasi keadaan ini maka sediakan satu data buffer ( in- board memory) di mana semua   maklumat yang dihantar oleh komputer dapat disimpan sementara sebelum pencetak dapat mencetaknya.

PENCETAK TIDAK MENCETAK DENGAN TEPAT

  • Printwire driver rosak. Aksara yang di cetak oleh pencetak dot matrix di hasilkan oleh dawai pencetak ( Printwire ). Jika satu dawai pencetak ( printwire ) tidak keluar, maka akan wujudlah satu baris  yang tidak bercetak. Anda boleh menentukan sama ada isyarat sampai ataupun tidak kepada printwire driver berkenaan dengan membuat ujian menggunakan Logic Probe.

  • Data Buffer yang tidak berfungsi dengan baik.

  • Kabel dan penyambung ( I /O port ) yang kurang baik. Buat ujian untuk menentukan semua wayar pada kabel  RS-232C atau Centonic adalah baik. Gantikan kabel dengan baru jika keadaannya kurang memuaskan.

KERTAS BERGERAK SECARA TIDAK TETAP

  • Kuasa kepada motor penggerak platen/kertas (stepper motor) adalah tidak tetap.

  • Gear penggerak kertas melekat. Ini biasanya berlaku jika pencetak telah lama tidak digunakan pelincir pada ‘gear’ akan menjadi keras dan melekat. Buka ‘gear’ penggerak kertas ini dan bersihkan dengan “non-solvent cleaner”. Keringkan terlebih dahulu dan diletakkan sedikit minyak pelincir sebelum dipasang semula.

KEPALA PENCETAK BERGERAK TETAPI TIADA CETAKAN

  • Semak wiring kepada ‘kepala pencetak’ (printhead). Gunakan multimeter untuk  menyemak sama ada terdapat persambungan (continuity) pada litar kuasa.

  • Periksa ‘solenoid’ dan ‘elektromagnet’. Ujian ini hendaklah dibuat selepas anda telah menutup suis kuasa. Biasanya kebanyakan ‘kepala pencetak’ mengandungi   solenoid atau elektromagnet yang berlainan. Buat bacaan dengan menggunakan multimeter, jika rintangan (resistance) yang ditunjukkan oleh multimeter adalah 0 ohm, ini menunujukkan solenoid berkenaan telah mengalami litar pintas (short circuit) di bahagian dalamnya. Solenoid yang baik (tidak rosak) mempunyai  rintangan 10 hingga 100 ohm.

  • Semak dawai pencetak (printwire). Biasanya jika sudah lama anda tidak menggunakan sesuatu pencetak, dawai pencetak terlekat dalam kepala pencetak. Anda boleh melepaskan keadaan ini dengan menolak ‘print wire’ ini secara perlahan supaya ‘print wire’dapat bergerak daripada kedudukannya dan tidak lagi terlekat. Jika ‘print wire’ sudah berkarat dan sukar digerakkan dengan tangan, keluarkan kepala pencetak daripada pembawa (carriage) dan letakkan sedikit minyak.

  • Semak sama ada kepala pencetak terlalu panas. Kebanyakan kepala pencetak menjadi panas jika terlalu lama digunakan dan dipenuhi oleh debu-debu kertas yang menyekat pengaliran udara di bahagian ‘printhead’. Bersihkan semua debu kertas ini dan juga biarkan ‘printhead’ sejuk.

MASALAH-MASALAH MENGENAI PENCETAK LASER

    Bila anda menjalankan kerja membetulkan kerosakan pencetak laser anda perlu berhati-hati tentang beberapa perkara. Beberapa bahagian pencetak laser seperti laser itu sendiri dan bekalan kuasa boleh mendatangkan bahaya. Jadi untuk membaiki bahagian ini anda sepatutnya mempunyai pengetahuan yang mengenai laser dan bekalan kuasa. Jika anda kurang mempunyai kepakaran dalam bahagian ini jangan sekali-kali cuba membaikinya.

MENGELUARKAN IMAGE YANG KESEMUANYA HITAM

    Wayar Corona utama rosak. Corona utama ialah alat yang menarik keluar toner daripada catridge ke dalam drum. Jika ianya kotor atau rosak menyebabkan ianya menarik terlalu banyak “toner” dan akan menyebabkan cetakan/image yang telalu gelap. Sila bersihkan wayar corona ini.

    Litar kawalan rosak. Biasanya jika litar kawalan pencetak rosak boleh menyebabkan pancaran laser tidak dapat dikawal dan berjalan terus menerus hingga menyebabkan hasil cetakan gelap.

PENCETAK LASER TIDAK BOLEH BEROPERASI

    Periksa bekalan kuasa pencetak. Jika terdapat fius sila semak fiusnya sekali. Juga buat ujian bagi menentukan jumlah voltan (gunakan multimeter) adalah sesuai untuk kegunaan pencetak laser.

KERTAS MELEKAT DALAM PENCETAK

    Kertas tidak bergerak mungkin disebabkan ianya tidak diletakkan dengan betul didalam tray. Jika kedudukan kertas dalam tray adalah baik, sila semak jenis kertas yang digunakan.

    Pencetak laser perlu menggunakan kertas yang tidak lebih 20 pound dan tidak kurang 14 pound. Kertas yang digunakan mestilah kering dan hendaklah selalu disimpan di tempat yang kering.

    Jika kertas yang digunakan adalah sesuai, sila periksa pula sama ada terdapat roller yang sangat kotor. Untuk membersihkan roller yang kotorsila gunakan kain lembap. Pastikan juga pencetak berkenaan telah cukup sejuk sebelum memulakan kerja membersih. 

    Pastikan juga tidak terdapat cebisan kertas atau ‘paper clip’ yang boleh menghalang pergerakan kertas.

HASIL CETAKAN YANG DI KELUARKAN ADALAH KOTOR

  • Drum yang kotor boleh menyebabkan hasil output yang kotor.Biasanya drum boleh menjadi kotor  bila ianya telah lama di gunakan  dan terdapat toner yang berlebihan melekat pada tepi drum. Jika keadaan ini berlaku anda terpaksa menggunakan cartridge toner dengan yang baru.
  • Feed roller yang kotor menyebabkan kertas yang bergerak melaluinya menjadi kotor. Gunakan kain yang lembut untuk membersihkan toner yang melekat pada  roller. Jika toner yang berlebihan telah menjadi keras  sila gunakan kain yang  lembap. Jangan sekali-kali menggunakan kain kasar atau detergent.

  • Fuser roller yang kotor. Untuk membersihkan roller ini anda terpaksa  menutup suis kuasa pencetak  laser dan membiarkannya sejuk selama kira-kira 2 jam. Gunakan kain yang lembap untuk membersih toner yang melekat pada roller ini ( kerana kebanyakan toner yang melekat ini telah menjadi keras).

PADA KERTAS HASIL CETAKAN TERDAPAT GARISAN ( JALUR ) PUTIH MELINTASINYA

  • Masalah pencetak yang digunakan oleh pencetak laser.Pencetak laser boleh menggunakan berbagai jenis kertas sama seperti kertas yang digunakan oleh mesin fotokopi. Jika ketas yang di gunakan adalah jenis yang tinggi kelembapan  atau yang ada mempunyai lapisan khas di permukaannya, maka kemungkinan kertas ini tidak boleh dicas dengan baik dan ini menyebabkan hasil cetakan kurang memuasakan . untuk mengatasi masalah keadaan ini sila gunakan kertas yang baik dan yang kurang kelembapan.

  • Litar kawalan. Kebiasaanya data yang dihantar kepada pencetak laser akan diterima oleh pengawal litar dan sekiranya pengawal ini mengelami kerosakan atau ingatannya rosak, maka ianya tidak boleh menghantar sebarang maklumat yang sempurna kepada unit laser.

  • Fuser rosak. Fuser ialah bahagian yang melekatkan imej ke atas dengan menggunakan pepanasan haba dan tekanan. Jika fulser ini telah haus atau tidak panas secukupnya maka hasil cetakan akan kotor dan kurang memuaskan. Kalau fulser ini kurang baik maka perlulah digantikan dengan yang baru  kerana ianya tidak boleh dibaiki.

CETAKAN PADA KERTAS KURANG TERANG ( FAINT ) ATAU KERTAS KOSONG SAHAJA  ( TANPA CETAKAN )

  • Keadaan ini boleh berlaku bila cartridge telah kehabisan toner. Keluarkan cartridge dan cuba goncang untuk menggerakan toner didalam cartridge.

  • Wayar corona utama rosak. Corona utama ialah alat yang menarik keluar toner daripada cartridge kepada drum. Jika ianya kotor atau rosak akan menyebabkan cetakan / image yang tidak terang. Bersihkan wayar corona ini.

  • Kawalan intensity pada tahap yang salah. Kedudukan suis kawalan intensity boleh menyebabkan image menjadi terang atau gelap. Periksa butang pengawal ( control dial ) dan pastikan ianya teletak di tengah – tengah antara terang dan gelap. 

  • Drum Sensitivity setting tidak tepat. Terdapat dua suis  drum sensitivity yang terdapat dibahagian dalam pencetak laser. Jika salah satu daripada suis ini rosak maka image akan menjadi kurang terang.

 ^ Back to Top