Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


                BAB 10: EKOSISTEM TERANCAM.....

        PENGENALAN

        ANCAMAN TERHADAP
           EKOSISTEM

        JENIS DAN PUNCA            PENCEMARAN

        KESAN RUMAH HIJAU

        PENIPISAN LAPISAN
           OZON

        PENGURUSAN DAN
           PEMBANGUNAN EKOSISTEM

        BAHAN RUJUKAN

        PENGHARGAAN

KESAN RUMAH HIJAU

     Kesan rumah hijau adalah penting bagi menampung hidupan di bumi kerana dapat memanaskan atmosfera dan meningkatkan hasil pertanian.Sebahagian sinar matahari yang menembusi atmosfera akan dipantul balik ke angkasa oleh permukaan bumi sebagai sinar inframerah. Gas-gas rumah hijau seperti metana , kloroflurokarbon, oksida nitrogen dan karbon dioksida akan menyerap haba yang dipantulkan lalu memanaskan bumi. Jika ketiadaan gas-gas ini, suhu bumi mungkin serendah –18’C. Akan tetapi, peningkatan pembebasan gas ini ke atmosfera membawa kepada peningkatan suhu bumi ataupun pemanasan global. Kejadian ini juga dikenali sebagai kesan rumah hijau. Amerika syarikat didapati menyumbang 1/5 daripada peningkatan gas-gas rumah hijau ini pada 1997.


      Buka/Tutup

Peningkatan kepekatan karbon dioksida di atmosfera
Nama Gas Penyumbang Punca
Karbon Dioksida
(CO2)
50% Daripada pembakaran bahan api fosil ,perlombongan,industri berat dan penyahhutanan
Klorofluorokarbon
(CFCs)
20% Daripada penyaman udara,peti sejuk, aerosol dan polisterina.
Metana
(CH4)
16% Daripada penanaman nasi,sisa haiwan, paya dan tempat pembuangan sampah
Ozon
(O3)
8% Daripada pencemaran udara
Oksida Nitrogen
(N2O)
6% Daripada baja bernitrogen, pembakaran bahan api fosil dan pesawat supersonik

SETERUSNYA